TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 9 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
oktrin Perencanaan Amerika itu menyebut perkara berikut, antara lainnya:

“Semasa konflik yang tidak diselesaikan dengan Iraq itu memberikan kewajaran yang spontan daripada Amerika untuk menghantar satu ketumbukan tentera Amerika di rantau Teluk itu, sekali gus ia melangkau kewajaran menangani isu rejim Saddam Hussein.” Rumsfeld sudah begitu ghairah mahukan alasan untuk menyerang Iraq. Kini kita tahu betapa sebanyak 10 kali beliau telah meminta CIA mencari bahan-bukti yang boleh mengaitkan Iraq kepada 9/11, yang sudah tentu tidak dapat dilaksanakannya. Sebaliknya, pentadbiran Bush telah mendapat bantuan kabinet Tony Blair untuk mendesak pihak media menyiarkan laporan risikan yang palsu sebagai usaha mencari sokongan. Yang lain itu adalah bahan sejarah sahaja.

Peperangan mengganyang keganasan itu telah memberikan satu lesen besar kepada rencana Amerika Syarikat untuk mendominasi dunia dan merompak bumi Islam dan minyaknya. Selepas dua tahun yang berlalu apa pula kesannya?

Kesan yang tidak terlaksana ialah keadilan kepada kaum keluarga mereka yang terkorban semasa 9/11 itu seperti mana ratusan ribu nyawa yang berharga yang telah terkorban di Iraq, Palestin, Bosnia, Somalia, Chechnya dan beberapa negara lain kerana dimangsakan oleh Dasar Luar Amerika. Kita tidak akan mencapai kedamaian sehinggalah kita memahami sepenuhnya akar-umbi motif sebenar Amerika terdedah secara terbuka dan dihentikan.

Sejak bermulanya apa yang disebut sebagai peperangan mengganyang ‘keganasan’, bolehlah kita campurkan segala taksiran 6,500 nyawa orang awam yang terkorban dan sekitar 30,000 yang dianggarkan tercedera, sekitar 1200 askar Croatia yang nasibnya sengaja disorok oleh Pentagon dan jumlah sebenar Mujahidin yang mati dan cedera di Afghanistan. Kelentungan itu akan berterusan lagi. Kita boleh juga mengambil kira sekitar 10,000 rakyat Iraq yang menjadi mangsa kerana kesan pencerobohan terhadap Iraq, sekitar 28,000 yang cedera dan 13,00 askar tentera Iraq yang terbunuh ataupun cedera, beberapa pejuang pertahanan yang terbunuh ataupun tercedera, 338 askar Bersekutu yang mati mengikut Centcom sedangkan taksiran sebetulnya adalah tiga kali ganda lagi. Bagaimana pula dengan kehilangan seorang askar setiap hari, lebih 1100 askar AS yang cedera semasa berperang dan lebih 6,000 orang yang pulang kerana sakit mental dan fizikal. Begitulah seterusnya.

Masih ada 600 orang banduan, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kini ditahan dalam sangkar besi berukuran 2 kaki x 6 kaki di Teluk Guantanamo. Mereka ini tidak pun dikenakan tuduhan melakukan sebarang kegiatan jenayah, tidak pula dibenarkan peguam dan Pentagon sendiri mengaku mereka bukannya tangkapan orang yang akan berkesudahan dengan hukuman mati dalam kamar hukum-mati yang disediakan khas oleh Haliburton. Terdapat lebih 3500 pejuang haram yang masih ditahan mengikut keadaan tahanan yang sama di Afghanistan dan sekitar 6,000 tahanan yang sedang ditahan di Iraq, semuanya tanpa hak dan tidak ada kes perbicaraannya. Memang masih ada lagi ramai tahanan beragama Islam yang ditahan di serata dunia termasuk 900 yang ditahan tanpa dakwaan di Amerika setelah mereka ditangkap sejurus berlakunya peristiwa 9/11 dan semasa mereka menghadirkan diri untuk “pendaftaran khas”. Begitu juga dengan Sulayman al-Faris (John Walker Lindh) yang masih menjalani hukuman 20 tahun kerana membantu Taliban terhadap Pakatan Utara, sedangkan beliau tidak pernah mengacu senjata kepada sebarang askar Amerika.

Perangkaan di atas memang kelihatan menarik khususnya setelah diambil-kira kesan balas yang dicetuskan oleh jenayah itu. Rakyat Amerika tidak lagi merasa selamat berbanding dahulu dan semakin tertekan untuk hidup dalam suasana rapuh kerana hak asasi mereka yang dicerobohi. Kuasa mutlak yang diberikan kepada pentadbiran Bush ekoran peristiwa 9/11 yang menonjolkan Akta Patriot, Akta Patriot 2, hak dipantau tanpa diberitahu terlebih dahulu, hak untuk ditahan tanpa sebab, hak untuk dikenakan saringan, penubuhan satu kerajaan rahsia yang menguatkuasakan dasar dan program tanpa akauntabiliti, adalah merupakan satu kemestian hidup ‘masyarakat bebas’ di Amerika.

Ada satu pencapaian Amerika yang berjaya membohongi sekutunya yang rapat itu dengan pencerobohan haram ke atas Iraq dan telah membuktikan kepada seluruh dunia siapa Amerika sebenarnya. Bermula dengan projek pembikinan saluran paip yang dikuasai oleh Amerika di Afghanistan dan dibikin dengan menggunakan dana penderma mengikut panji-panji ‘pemulihan’ hinggalah kepada telaga minyak Iraq yang disamunnya, dana tunai dan segala khazanah Iraq serta segala kontrak tertutup yang diberikan kepada Haliburton, dan Bechtel menyebabkan orang Iraq kini hidup tanpa bekalan air, elektrik dan telefon dan lebih teruk keadaannya berbanding semasa pemerintahan Saddam. Semua ini menyebabkan kelentungan agenda AS itu tidak dapat dilupakan oleh orang ramai. Sikap kurang ajar Amerika mengabui PBB, sebuah institusi yang memang sudah lama menjadi abdinya, kepada masyarakat antarabangsa yang ditagih sokongannya, sedangkan itu juga masyarakat yang sama yang pernah diperlekehkannya (sambil menghina dan menolak kontrak mereka). Sikap AS bertegas mahu terus menguasai minyak dan wang Iraq, pasti tidak akan direstui oleh masyarakat dunia.

Apabila senjata pemusnah besar-besaran (weapons of mass desruction = WMD) tidak dapat dikesan di bumi Iraq, Amerika telah dihantui masalah kredibiliti yang kini sudah berubah menjadi masalah tanggungan jenayahnya (criminal liability). Apabila WMD itu tidak dijumpai, bererti lebih 500,000 kanak-kanak yang telah mati kesan sekatan ekonomi sejak 1994, semasa para pemeriksa senjata melaporkan negara itu sebenarnya bersih, adalah kematian yang tidak bermakna yang sememangnya boleh dipersalahkan ke atas Amerika. Sememangnya Amerika menjadi kurang ajar kalau ada sesuatu yang menghalang agenda besarnya, termasuk nyawa manusia, sama ada di luar negara mahupun di negara sendiri.

Pentadbiran Bush mendakwa telah berjaya melumpuhkan secara serius ke atas jaringan Al-Qaeda tetapi pada waktu yang sama, mereka gagal menangkap orang yang paling disyaki, Osama bin Laden. Pada akhir September dan awal Oktober 2001, para pemimpin dua parti Islam Pakistan telah merundingkan proses mengekstradisi Osama bin Laden untuk diadili di Pakistan kerana peristiwa 9/11. Namun, mengikut kata seorang pegawai AS, usaha itu akan “mengerdilkan matlamat kita” dan menggugat usaha masyarakat antarabangsa seandainya muncul ketikanya Osama bin Laden, benar-benar telah tertangkap. Pada November 2001, tentera udara AS telah membuat aduan betapa ia telah dapat mengesan pemimpin Al-Qaeda dan Taliban sebanyak sepuluh kali dalam tempoh enam minggu sebelum itu, tetapi tidak berjaya menyerang mereka kerana tidak mendapat kelulusan berbuat demikian dalam masa yang secepatnya.

Bersambung ke Bahagian 10

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light08.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 15.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini.
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: