TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 6 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
ukannya mudah untuk seseorang menukar agamanya kerana berbuat demikian akan merungkai segala kebenaran di mana sistem kepercayaannya itu diasaskan. Saya merupakan penganut yang begitu tebal kepercayaannya sehinggakan mendapat beberapa kesan daripada penganutan Kristian. Ketika itu ialah April 2002, dan JUS (Jihad Unspun) telah melepasi beberapa minggu tarikh asal sepatutnya ia dilancarkan, sedangkan saya pula sedang dihantui dilema kepercayaan agama. Pada mulanya saya mahu menangguhkan dahulu apa juga yang ada kaitannya dengan Islam sehingga selesai pelancaran syarikat baru itu, tetapi gagal menyekatnya. Sepanjang hayat saya, pencarian untuk mendapatkan kebenaran sudah menjadi satu perjuangan saya dan ketika itu saya baru berdepan dengan sesuatu yang sungguh hebat. Saya boleh menyorot kepada barang bukti yang ternyata benar bahawa Tuhan tidak mengongsi hidup dengan sesiapa kerana pernah mencampuri hidup saya beberapa tahun sebelum itu, jauh lebih lama sebelum agama Kristian menjamah diri saya. Lagipun sudah ada bukti tanpa dolak-dalik lagi bahawasanya Nabi Isa a.s. tidak boleh menyerupai Tuhan. Saya sudah sedar bahawa Tuhan itu adalah Allah kerana terdapat banyak bukti termasuk apa yang diterjemahkan dalam Kitab Injil yang dulu-dulu. Saya percaya bahawa Nabi Muhammad (saw) adalah Rasul Allah kerana kesempurnaan Al-Quran dan kerana pesanan Baginda adalah cerminan pesanan yang dibuat oleh nabi-nabi yang terdahulu. Dengan itu tidak ada pilihan lain yang perlu dibuat, kerana saya sudah membuat pilihannya.

Pada 12 April 2002, nun jauh di puncak gunung British Columbia, saya telah melafazkan Syahadah di hadapan majlis agama pemuda Islam dan mengisytiharkan kerelaan menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala..! La ilaha illalaah!!!!!!

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari  keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan  Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." - Al-Ankabuut 29:69
Perjalanan Panjang dan Berliku

Serba-serbi berubah sejurus saya menganut agama Islam. Terdapat beberapa perkara yang perlu diubah pada portal sebagai menepati kehendak agama baru saya dan perubahan itu mesti dilakukan dengan segera. Kami telah menambah beberapa kandungan yang berunsur keIslaman dan walaupun saya mengekalkan pendekatan pemasaran yang menyeluruh itu, ini bermakna beberapa seksyen portal itu perlu diubahsuai juga. Saya masih mengekalkan perniagaan web kami, yang bermakna terdapat sedikit kelewatan setiap hari semasa kerja-kerja pengubahsuaian JUS dilakukan dan ini bermakna kos kami meningkat. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mendiamkan semua itu untuk sementara dan lakukan apa yang termampu sahaja. Banyak yang diketepikan; komitmen para pelanggan, sahabat, majlis-majlis dan semuanya terlibat sama. Pada saat akhir minggu sebelum dilakukan pra-pelancaran itu, kami telah mendapatkan pakar kod yang lebih ramai untuk bertugas 18 jam setiap hari, tanpa rehat dan cuti sepanjang sepuluh hari terakhir sehingga kami pernah bekerja 24 jam setengah tanpa henti-henti untuk memetik suis dan menghidupkan JUS yang muncul pada 21 April, 2001. Allahu akbar!!!!

Saya masih ingat betapa letihnya sehingga dapat merasakan jantung saya berdenyut-denyut. Memang terlalu panjang jalan yang kami lalui itu. Setelah siap segala-galanya, saya duduk bersendirian di pejabat di pergunungan itu. Apabila melihatkan hasil kerja kami, saya tidak sedar air mata mengalir di pipi. Memang saya begitu takjub melihat hasil kerja yang kami buat itu. Sebenarnya saya tidak mudah tertawan oleh hasil kerja kami, kerana tugas saya ialah melihat sebarang kecacatan jika ada. Apa yang pada awalannya terpetik di minda saya sebagai satu perkara kecil telah bertukar wajah menjadi satu portal yang sungguh menawan. Ini merupakan hasil kerja yang membabitkan banyak kepala dan tangan yang entah bagaimana mampu digembleng secara berpadu untuk menghasilkan satu kerja tangan yang boleh saya banggakan. Segala pujian itu hak Allah dan kepadaNya sahaja!!!

Selepas tiga puluh hari pertama kami beroperasi, JUS telah berjaya memikat 40,000 pelayar setiap hari. Kami menerima begitu banyak pandangan melalui emel yang bererti konsep itu diminati orang dan ini juga bererti kami sudah mempunyai peminat di tahap awal lagi. JUS telah terus membangun sehingga mampu pada hari ini dicapai oleh 800,000 pembaca setiap hari. Ini merupakan angka yang melebihi jangkaan saya dari mula lagi. Pengunjung kami yang paling ramai ialah sekitar 70% yang berada di negara barat dan yang lainnya di beberapa negara di merata dunia dan mereka ini adalah sama sahaja pecahan agamanya antara yang beragama Islam dan yang tidak. Ini bererti kami sebenarnya sudah pun menepati sasaran pemasaran yang dijangka dahulu. Saya masih yakin bahawa adalah tidak memadai kalau orang Islam bercakap dengan orang Islam sahaja; kita perlu mempunyai upaya berkomunikasi kepada keseluruhan dunia yang luas, khususnya mengenai kebenaran peperangan itu.

Memulakan sesuatu perusahaan dan meneruskan perusahaan itu adalah dua perkara yang amat berbeza. Suasana sambutan kami itu tidak bertahan lama kerana kami sudah bergiat cergas dalam bidang penerbitan secara besar-besaran. Langkah pertama, tentulah mendapatkan kewangan berterusan supaya kami dapat melaksanakan rencana perniagaan kami itu. Model rencana perniagaan saya berasaskan sistem bayaran (para penyumbang dan pelanggan). Ini bermakna mesti ada kandungan maklumat yang tinggi mutunya, yang tidak ada di tempat lain dan ini juga bererti kami mesti ada peruntukan dana secukupnya untuk kerja-kerja sidang pengarang. Barangan kami memang hebat setakat satu prototaip, dan saya sudah pun membuat persiapan menghubungi saluran kewangan tradisi yang pernah berhubungan mesra selama bertahun-tahun lamanya untuk meyakinkan saya menjaja barangan itu. Akan tetapi sebaik sahaja bakal pembiaya kewangan diberitahu yang kami membawa unsur-unsur keIslaman dalam hidangan kami, mereka enggan menyentuhnya lagi! Satu demi satu, setiap sumber kewangan terputus menjadikan kami kering-kontang.

Pada awal dulu lagi saya telah membuat keputusan tidak mahu menyiarkan sebarang iklan. Saya telah mencipta beberapa barangan yang merangsang iklan dan amat faham bahawa para pengiklan akhirnya akan menentukan isi kandungan yang mungkin membawa resipi kepada kemusnahan. Kami mungkin terpaksa memikirkan perkara itu pada satu ketika perniagaan itu membesar. Adalah masih awal lagi untuk dimajukan sistem pembayaran para pelanggan di laman web dan tanpa bajet sidang pengarang yang berpada, memang tidak ada jalan lain kami dapat meneruskan perniagaan itu. Kami mengambil keputusan untuk mempercepatkan usaha melaksanakan rangkaian ‘streaming’ sebagai satu sumber menjana hasil untuk mengongkosi portal itu. Kami mencapai kejayaan separuh dari jangkaan kerana dua sebab. Pertama, tanpa kuasa membeli perkakasan serta perisian yang lebih mahal, kami hanya mampu membuat ‘streaming’ pada separuh dunia ini. Kedua, kami dapati bahawa ramai orang Islam mengharapkan berita, video dan apa sahaja secara percuma. Konsep membayar bil rupanya masih belum serasi kepada mereka dan saluran streaming kami hari ini masih terus mempunyai lebih ramai pelanggan bukan-Islam berbanding pelanggan beragama Islam.

Sepanjang tempoh itu kami dapat merasakan perasaan pelanggan kami terhadap peperangan mengganyang ‘keganasan’. Pada bulan-bulan terawal kami memulakan penerbitan, emosi memang bergegar pada tahap yang tinggi, tetapi pada hari ini, tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa kami menerima surat menyurat yang membenci pihak lawan. Kumpulan yang bergelar ‘patriot’ adalah kumpulan yang paling haprak, kerana menggunakan bahasa kesat, ancaman bunuh dan sebagainya. Akan tetapi masyarakat Islam turut menghadapi masalah memahami kenapa kami terpaksa menulis untuk santapan kedua-dua belah pihak. Ada segelintir yang memikirkan bahawa kami begitu licik untuk diuruskan oleh kumpulan Islam, kerana ini merupakan satu anggapan yang amat sukar diselami memandangkan orang Islam begitu berpelajaran tinggi secara umumnya dan agama kita mahukan kita melakukan yang terbaik sahaja. Syukurlah, kerana ini semua telah menggalakkan para peminat mengutus emel mereka walaupun pada mulanya perkara itu memang tidak dijangka.

Bersambung ke Bahagian 7

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light06.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 12.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: