TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 5 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
aman remaja saya memang sesuatu yang huru-hara, sehingga menghambat diri ketika baru berusia 32 tahun. Saya menjadi pemabuk yang kronik dan memerlukan apa juga bentuk perubatan yang perlu. Para doktor memberikan saya hanya satu tahun untuk hidup kecuali saya hentikan tabiat minum yang memang amat sukar dilakukan.

Saya boleh mengawal benda-benda yang lain dengan mudah, tetapi tidak mampu berhenti meminum. Pada satu ketika muncul saat tertekan yang begitu hebat sehingga saya menjerit kepada Tuhan. Apa yang Tuhan lakukan kepada saya? Apa pun tidak ada, sedangkan saya selalu memerlukan minuman keras untuk ditogok. Saya berkata: “Ya Tuhan, kalau benar kamu wujud, walaupun aku tidak mempercayainya, tetapi kalau benarlah kau ada, ambil balik benda ini daripada ku kerana aku terlalu sakit dan memang tidak ingin menjadi peminum lagi.” Rupanya Tuhan makbulkan permintaan ku. Dengan pantas selepas itu saya tidak lagi ketagih meminum arak. Bayangkan apabila seorang insan seperti saya ini yang sudah tidak mampu bangkit dari katil tanpa menogok dua dos minuman keras, dan terpaksa mengharungi pelbagai bentuk rawatan dan ketika itu tidak boleh memegang sebarang jawatan; tentunya ada satu sahaja penjelasannya. Tuhan telah campur tangan secara menyeluruh ke dalam kehidupan saya ini, sebagai jawapan kepada doa dan harapan saya, lantas saya tidak boleh menafikan kewujudanNya.

Malangnya tidak pula saya mengusahakan sesuatu terhadap pengetahuan yang baru saya perolehi ketika itu. Namun, secara bersahaja saya mengucapkan ‘terima kasih Tuhan, biarlah saya teruskan hidup ini daripada sini.”

"Maka apabila mereka menaiki bahtera, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya; maka tatkala Allah menyelamatkan pelayaran mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah)." Al-Ankabuut 29:65
Apabila saya sudah berjaya menghentikan tabiat meminum minuman keras, saya telah dapat merasakan keyakinan untuk berdiri tegak semula dan selama sepuluh tahun berikutnya saya bekerja bertungkus-lumus membangunkan syarikat-syarikat penerbitan dan pembangunan. Itulah tahun-tahun yang sungguh samar, sehingga waktu kini. Saya telah diminta menganggotai majlis pengarah syarikat yang berjaya, dan saya telah menang penganugerahan. Saya telah dilantik menjadi perunding kepada program kerajaan, dan membeli kondominium. Saya melonjak sebagai satu ‘kisah kejayaan’ dengan satu pengecualiannya. Saya tidak merasa puas dan masih bernafsu untuk mahu berjaya lagi. Tidak kiralah sama ada saya mencapai sesuatu kejayaan itu, tidak lama kemudiannya saya merasa kekosongan lagi. Setelah merenung keadaan itu, barulah saya sedar betapa saya telah melupakan Tuhan dan sudah tentu itulah yang sebenarnya kekosongan dalam jiwa saya. Tidak lama kemudian saya menyerahkan jiwa raga kepada ajaran Kristian.

Dalam perbincangan saya dengan orang Islam mengenai agama Kristian, mereka memberikan andaian seolah-olah penganut Kristian tidak melakukan apa-apa kecuali pergi ke gereja pada hari Ahad dan kemudiannya hidup sebagai ‘pagan’ (jahiliah) untuk hari-hari seterusnya. Walaupun ada kebenarannya dalam andaian sebegitu, memang wujud satu trenda di kalangan gereja Kristian untuk kembali menyorot kepada fundamentalisme Kitab Injil dan sudah ada peratusan penganut Kristian yang begitu taat kepada kepercayaan agama mereka. Saya bernasib baik kerana dapat bertemu dan diKristiankan oleh Dr. Charles Stanley, pengasas ‘In touch Ministries’ di Atlanta Georgia. Sebagai seorang agamawan yang serius dia telah mengajar saya bagaimana melayari hidup sebagai seorang penganut Kristian yang setia. Saya telah mempelajari Kitab Injil dengan khusyuk dan menghabiskan masa yang panjang berdoa setiap hari, sambil mendengar rakaman pita dan syarahan untuk memahami setiap aspek agama itu. Inilah yang membawa kesan hebat ke atas diri ini, panas baran saya mula melembut, dan saya telah menjuarai pelbagai usaha kemanusiaan dan program gereja sambil melepaskan bisnes penerbitan majalah yang sungguh dahsyat dan sengit itu untuk menubuhkan satu syarikat pembangunan yang baru berasaskan prinsip Kristian. Saya telah memahami kuasa pengampunan, dan sedar bahawa Tuhan itu wujud sebenarnya. Dialah yang bergiat aktif dalam hidup saya dan barulah saya sedar bahawa tujuan hidup ini ialah untuk mengabdikan diri kepadaNya.

Selama beberapa tahun awalan, semuanya berjalan dengan licin sehingga satu waktu apa yang saya sebutkan sebagai ‘zaman kontang’. Seperti yang umum mengetahui, agama Kristian mempercayai ‘Triniti’. Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Tuhan Roh Kudus. Triniti merupakan salah satu perkara dalam Kristian yang sukar untuk diperjelaskan, kerana ia hanya merupakan satu kepercayaan yang mesti dianuti. Saya memang tidak menghadapi masalah mengenainya, tetapi dalam hidup saya itu saya masih membuat dosa dan masih tidak faham kenapa? Saya telah bertanya kepada beberapa orang berpengetahuan yang memberikan jawapan yang sama sahaja; “anda memerlukan Roh Kudus dalam hidup anda” dan mereka akan mengarahkan saya dengan nasihat cara melakukannya. Tidak kiralah berapa kerap saya berdoa, berpuasa memohon dan menitiskan air mata, saya masih tidak berjaya ‘mencapai kuasa roh Kudus itu’. Namun, saya masih percaya bahawa perkara ini merupakan sesuatu yang akan muncul juga akhirnya.

Semasa saya masih meningkatkan kesangsian terhadap Islam daripada kaca mata kewartawanan, tiba-tiba saya terbaca Al-Quran dalam terjemahan Bahasa Inggeris. Selepas membaca Kitab Taurat, dan mempelajari Kitab Injil, saya berani katakan bahawa Al-Quran bukannya sembarangan kitab suci. Sebelum itu saya tidak pun tahu bahawa orang Islam percaya kepada nabi-nabi, Nabi Isa, dan Hari Kiamat. Lagi banyak yang saya pelajari, lagi berminat keghairahan di hati. Yang menjadi kehairanan saya untuk kali pertama ialah keseluruhan Islam sebagai satu agama. Islam telah membentangkan satu gambaran (hidup) yang sungguh menyeluruh. Saya juga sudah tertarik kepada sikap penyabar, keadilan dan segala prinsip hidup yang dibentangkan oleh Nabi Muhammad (saw) Namun saya masih mempunyai satu halangan besar dan ia ada kena mengena dengan Nabi Isa, yang menyelamatkan saya. Selama dua minggu saya lakukan kajian menyeluruh dan menjadi semakin jelas bahawa Nabi Isa tidak boleh merupai Tuhan dan Tuhan pula tidak mungkin mempunyai pasangan hidup. Patutlah saya tidak dapat menghayati kuasa Roh Suci itu, kerana memang tidak ada di situ.

Kalau Nabi Isa bukannya Tuhan, tentunya ia sekali gus menidakkan agama Kristian. Soalannya selepas itu apakah yang patut saya lakukan seterusnya?

Bersambung ke Bahagian 6

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light05.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11
Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 11.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: