TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 3 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
elepas berminggu-minggu menggali maklumat, segala-galanya ternyata semakin jelas. Namun yang jelas, membuatkan hati menjadi marah. Walaupun saya dapat merasakan kesedihan melihat banyaknya nyawa yang terkorban pada 11 September itu, bersama puluhan ribu nyawa yang terkorban kesan keganasan yang dilaksanakan di bawah panji-panji Dasar Luar Amerika (American Foreign Policy), semua itu sebenarnya merupakan setitik air dalam baldi semata-mata. Kehidupan di New York tidaklah secanggih kehidupan seorang Palestin ataupun seorang warga Somalia – daripada sudut pembunuhan yang menggila. Hakikatnya inilah satu peperangan terhadap umat Islam yang tidak bermula pada 11 September, tetapi dalam bentuknya sekarang ini, ia sudah lama bermula dua dekad dahulu, hasil biji benih yang disemai sejurus berakhirnya Perang Dunia Kedua. Peperangan ini telah disemarakkan oleh kerajaan Amerika di sebalik topeng Dasar Luarnya yang mengandungi motif khusus untuk kepentingan Zionis dan kumpulan pilihan. Dalam proses ini media merupakan alat pilihan untuk menggerakkan naluri massa dan menyungkup apa jua bentuk jenayah terhadap insani, yang membabitkan sekumpulan individu, organisasi dan kerajaan.

Apabila Oktober berakhir, saya semakin aktif membuat kerja-kerja mengarkibkan berita harian daripada sumber bebas dan penerbitan perdana. Dengan berbekalkan pengetahuan sejarah konflik itu, saya mula nampak bagaimana keseluruhan longgokan haprak yang diputar-belit ataupun di ‘spin’ dalam berita yang disogokkan setiap hari kepada kita. Setiap hari ada sahaja pembunuhan baru (sewaktu itu Amerika dan tentera sekutunya sudah pun menakluki Afghanistan) dan kisah umat Islam ditahan di mana sahaja, khususnya di AS dan kemunculan secara mendadak undang-undang baru yang memperkasakan kerajaan Amerika dengan kuasa yang tiada sempadan hadnya. Setiap malam hari kita disogokkan berita baru menunjukkan gambaran yang muluk-muluk betapa Amerika sedang mengusahakan kebaikan terhadap masyarakat Afghan yang begitu ‘tertekan’ yang sedang ‘dibebaskan; daripada cengkaman Taliban, dan rencana Osama bin Laden akan ditangkap ‘sama ada hidup ataupun mati’, betapa Amerika dan dunia ini menjadi semakin selamat dan kenapa kita semua di Barat harus pergi membeli-belah untuk menentukan ekonomi terus menyerlah. Di kebanyakan pagi hari saya selalu mencari-cari gambar yang mati dan cedera dan apa yang termampu saya sambut tayangan rakaman itu ialah dengan mengalirkan air mata. Pergi membeli-belah.....? Alangkah...!!!!

Menjelang Disember, Amerika Syarikat telah membeli ruang siaran komersial melalui satelit di seluruh dunia. Sebagai seorang penerbit, saya amat faham apakah impak tindakan itu. Golongan (penerbit) bebas tidak lagi mempunyai peluang untuk menyiarkan gambar-gambar mereka kepada seluruh dunia. Afghanistan sudah pun dikunci dan jentera propaganda Amerika sudah mempunyai kebebasan untuk memutar kelentungan perihal masa kini dan juga masa depannya seperti mana yang dibuatnya terhadap zaman silam.

Apabila kami berehat untuk cuti Krismas, saya mula merasakan satu perasaan mual di bahagian dalam diri saya. Saya mempunyai satu sahaja agenda kerja apabila memulakannya minggu ini; untuk mencari hal ehwal Osama bin Laden. Apakah benar dia seorang ‘perpetrator’ (penceroboh), dikehendaki dan di mana letaknya segala kesilapannya. Barulah saya menjadi begitu terkejut, mual dan memang betul-betul naik angin.

Oleh kerana perniagaan masih terhincut-hincut, saya tidak mampu melupakan perkara itu dengan mudah. Taman bunga saya, majlis jamuan makan malam dengan kawan-kawan ataupun usaha memberikan fokus baru kepada perniagaan, tidak mampu mengalihkan minda saya kepada segala maklumat yang dapat saya perolehi. Saya tidak mampu duduk diam setelah mengetahui segala maklumat, yang mereka di Barat masih belum tahu-menahu. Saya berfikir panjang mengenainya. Sebagai seorang wanita yang menikmati separuh persaraannya, apakah yang boleh saya lakukan di tepian pantai Lautan Pasifik di satu perkampungan yang terpencil di banjaran gunung yang berdekatan Lions Bay? Kenapakah saya mesti ambil peduli sebenarnya? Saya tahu peperangan di Afghanistan itu tidak akan tamat hanya selepas beberapa bulan, kerana itu adalah tertakluk kepada Dasar Luar Amerika yang mempunyai sejarah panjang menguasainya. Dengan berbekalkan pengalaman dalam dunia penerbitan yang begitu lama dan mengetahui mainan serta sepak terajangnya luar-dalam, saya sudah pun memiliki satu syarikat pembangunan laman web yang dianggotai satu kumpulan kecil manusia bijak-bestari yang pakar memberi laluan kepada pasaran yang terbuka luas dengan kos yang paling minimum. Saya boleh mengakses pelayan Internet yang berkuasa tinggi. Memang saya berkepakaran dalam bidang pasaran dan komunikasi dan para pereka yang pakar-pakar yang boleh saya hubungi dengan cepat. Saya telah mencipta barangan yang berjaya pada masa lalu. Saya juga ada menyimpan dan menabung duit walaupun sekadar sedikit.

Berbekalkan semua itu, saya membuat keputusan untuk melancarkan satu laman web dengan harapan memberitahu orang ramai akan sedikit perkara yang saya dapat tahu dan memberikan satu suara kepada pihak sebelah sana yang sedang berperang mengganyang ‘keganasan’.

Rencana Yang Semakin Sempurna

Apabila percutian itu berakhir, saya telah memberitahu teman-teman rapat bahawa saya mahu melancarkan satu portal, dengan harapan untuk menjadi pakar dalam urusan hal ehwal Timur Tengah dan usaha memberikan suara kepada isu itu semua, akan menjadi usaha seumur hidup saya. Pastinya muncul pelbagai reaksi yang berbeza-beza daripada “kenapa perlunya semua itu?” kepada “betul, tetapi apakah anda akan mendapat keuntungan daripada usaha itu?”. Ada juga pihak yang menjadi kaget dengan idea itu. Barulah saya sedar ketika itu, saya tidak akan mendapat sokongan padu untuk bergantung harap. Saya terpaksa melaksanakannya sendirian kerana laman itu akan merupakan sesuatu yang penuh kontroversi dan berterus terang sekali – menepati kebenaran yang sepatutnya.

Saya memberikan nama portal itu setelah merujuk kepada satu buku yang laris jualannya tulisan Benjamin Barber, ‘Jihad vs McWorld’. Memang hebat kesan usahanya kerana ia menjelaskan pertembungan dua tamadun, tetapi ia telah melupakan alasannya, kenapa. Lantas terciptalah ‘Jihad Unspun’.

Langkah seterusnya ialah melakar konsep strategi pasaran dan kewangan, rangka-masa dan jadual pengeluaran. Untuk menerbus pasaran dan diterima secara serius, segala maklumat mesti dibentangkan kepada pihak atasan, mengikut cara yang disenangi oleh para pembaca Barat untuk menerimanya. CNN mempunyai jutaan dollar untuk menjadi modal kerjanya – tetapi saya hanya mempunyai sedikit wang sahaja dan hasil kutipan yang amat kecil dan semakin mengerdil. Saya faham betapa kami harus benar-benar unggul untuk mencapai matlamat dan saya terpaksa menggembleng segala yang ada termasuk kepakaran profesional yang mampu didapatkan untuk memulakan usaha ini. Saya berikan tumpuan kepada kekuatan kami; penerbitan, rekacipta dan pembangunan sistem yang benar-benar canggih.

Bersambung ke Bahagian 4

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light03.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 09.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: