TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 1 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
ama saya ialah Khadija Abdul Qahar dan saya adalah pemilik serta penerbit Jihad Unspun. Saya beragama Islam dan seperti ramai orang lain, memeluk agama itu sejurus berlakunya peristiwa 9/11. Ramai pembaca kami mengenali saya dengan nama Bev. Kennedy dan Paul Morris-Read, kerana itulah nama-nama pena yang saya gunakan di portal ini. Ia merupakan satu kewaspadaan yang begitu perlu pada tahap permulaan penerbitan portal ini, disebabkan sifat kerja kami. Saya telah memilih peristiwa 9/11 sebagai latar belakang cerita saya ini, kerana dua tahun sudah berlalu, dan saya dapat merasakan perubahannya hingga menjadi satu harapan bahawa ia akan menjadi satu inspirasi kepada orang lain meminati Islam dan mengambil sikap berani menentang perang mengganyang ‘keganasan’ yang sungguh memalukan itu.

Saya bukannya seorang ‘terroris’, mahupun seorang fanatik ataupun insan yang tidak waras. Sebaliknya, saya mempunyai keupayaan berfikir dengan waras, kerana saya adalah seorang wanita yang berperikemanusiaan dan menyumbang kepada masyarakat. Satu ketika dahulu saya bernama Bev Geisbrechet, seorang penerbit di Kanada yang kemudiannya menjadi seorang pemaju laman web. Saya pernah mengusahakan majalah perniagaan di Canadian and Pacific Northwest Coast yang telah memberikan saya kehormatan di kalangan rakan seperniagaan dan saya juga telah menjadi pengasas dan penganjur beberapa barangan yang berjaya, program perisian dan laman-laman web yang memberi keuntungan kepada pihak lain. Sesiapa yang berminat boleh melihat Curriculum Vitae yang saya sediakan melalui link berikut. (http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/bgcvfulljus.pdf)

Apakah sebabnya seorang wanita yang berjaya seperti saya, yang sudah jelas memiliki segala-galanya, menganut agama Islam dan menerbitkan portal ini? Berikut adalah jawapan saya.

Pada 11 September 2001, saya berada di Seattle Washington di satu pameran perniagaan Boeing sambil bersiap sedia menunjukkan satu perisian baru yang telah diusahakan oleh syarikat web saya selama satu tahun sebelum itu untuk pasaran bidang aero-angkasa (aerospace market). Kami telah mulakan kerja persiapan sehari sebelum itu dan bertungkus lumus sepanjang malam untuk menentukan segala persiapan akhir mempamerkan barangan baru berjaya di hari kemunculan perdananya. Sayangnya..... pameran perdana itu terbatal. Sejurus jam 8 pagi, seorang rakan niaga telah menelefon menyatakan bahawa sebuah pesawat Boeing telah menghunjam salah satu menara berkembar di New York dan Amerika sedang diserang. Saya menjerit agar beliau menghentikan lelucon itu, kerana saya tidak ada mud mendengarnya disebabkan keletihan bekerja sepanjang malam. Namun, dia menyuruh saya melihat peristiwa itu di TV. Ketika membuka TV saya dapat melihat pesawat kedua menghunjam menara yang satu lagi. Saya menjadi kaget. Tidak perlu dinyatakan lagi, pertunjukan Boeing telah dibatalkan pada hari itu dan saya terpaku di hadapan TV untuk beberapa jam kerana kehairanan dan tidak percayakan apa yang saya lihat. Pegawai syarikat saya daripada Kanada yang datang menolong, sepatutnya pulang pada petang hari itu. Pintu sempadan telah ditutup dan memaksa kami membuat pelbagai penyesuaian dan kerana itu memang tidak ada masa untuk beremosi. Pada hujung hari itu, apabila kesan impak peristiwa yang terjadi telah menghenyak perasaan saya lebih dahsyat lagi, kerana saya masih tidak percayakannya dan mula menangis sendirian. Amerika Syarikat, negara yang paling perkasa di dunia sedang diserang dan semuanya kini pasti akan berubah.

Akhirnya pameran yang dijadualkan selama empat hari itu, dibuka juga tetapi segala-galanya sudah musnah dan terpaksa di ‘write-off’, kerana mencetuskan kerugian sahaja. Para jemputan tidak berjaya mendapat tiket penerbangan mereka, para peserta pameran daripada Amerika dan Kanada tidak dapat pulang ke rumah mereka, kamar hotel sudah penuh dan orang ramai masih kebingungan. Orang-orang dewasa kelihatan menangis di jalan raya Seattle dan kaum wanita masih tercengang-cengang meneka apa yang patut mereka beritahu kepada anak-anak mereka. Memang.... hati saya merintih untuk Amerika sepanjang hari-hari itu.

Sejurus tiba di Kanada, saya mula menghitung kerugian peribadi. Kami telah berkorban selama satu tahun menyiapkan yang terbaik, sudah tentu kami akan menghadapi penangguhan selama beberapa bulan untuk melancarkan semula barangan aero-angkasa itu untuk meraih apa juga bentuk habuan daripadanya. Lebih separuh daripada perniagaan saya ketika itu ada kena mengena dengan aero-angkasa dan inilah perniagaan yang terpaksa digantung secara mendadak. Separuh daripada usaha itu memang tidak dapat diteruskan lagi. Perbelanjaan daripada pameran itu telah meningkat naik empat kali ganda daripada yang dibajetkan dan perniagaan terpaksa terhenti. 11 September telah menghenyak perniagaan kami dan kesugulan saya itu telah bertukar kepada marah secara serta-merta.

Saya menghabiskan beberapa hari seterusnya terpaku di depan TV mengikuti siaran CNN sambil memikirkan apa yang patut kami lakukan seterusnya. Tidak berapa lama kemudian Osama bin Laden telah dihukum oleh mahkamah untuk santapan orang ramai. Osama yang mana satu? Siapa dia? Malam berganti malam, pelbagai rupa analis telah ditonjolkan di paparan TV untuk memberikan apa yang mereka tahu. Kenapa begitu banyak ngobrol? Kenapa tidak terus tangkap sahaja lelaki itu? Sejurus kemudian, George W. Bush telah berdepan dengan rakyat Amerika di TV dengan berita yang kita akan menyerang Afghanistan, untuk menggulingkan kerajaan Taliban yang dianggapnya sebagai syaitan. Kenapa??? Kalau kita tahu semua itu adalah perbuatan Osama Laden, kenapa tidak gunakan operasi rahsia menangkapnya? Setiap insan yang waras sedar bahawa serangan bererti bom yang digugurkan untuk membunuh orang awam. Apakah dosa kerajaan Taliban? Mereka tidak pernah menyerang Amerika Syarikat. Apakah benar berita yang saya dengar – bahawasanya kita akan menyerang satu negara yang berdaulat kerana mereka enggan menyerahkan seorang penduduk tetap sebelum kita mengeluarkan bukti mengenainya?

Apa yang menghairankan saya ialah ketiadaan usaha diplomatik. Malahan, tidak ada sebarang usaha itu sama sekali. Kita telah meminta Taliban menyerahkan Osama bin Laden, mereka berkata "tunjukkan buktinya terlebih dahulu yang dia pernah melakukan jenayah itu" dan kita jawab pula “kami akan menceroboh negara anda seandainya anda ingkar". Ini bukannya cara masyarakat moden mengendalikan urusan harian mereka. Sebagai pemimpin dunia bebas, kita lebih berpengalaman menggunakan tekanan diplomatik untuk mencapai apa yang kita hajatkan. Tidak ada pun pertanda begini di tahap awalannya, dan saya semakin nampak bahawa menyerang Afghanistan itu adalah matlamatnya; bukan untuk menangkap Osama bin Laden sebagai penyelesaian kepada jenayah yang ada. Inilah yang menggusarkan saya. Apakah kita terpaksa mengambil tindakan seperti samseng jalanan?

Saya ingin rakamkan di sini bahawa saya bukan peminat Bush, khususnya selepas melihat cara mereka memanipulasi George Junior menaiki takhta Presiden. Namun, di tahap awalan sejurus berlakunya peristiwa 9/11 itu, saya fikir dia dapat mengendalikan keadaan dengan baik. Amerika dan dunia sejagat masih merasa kejutan dan cara beliau meminta rakyat berdoa, adalah satu pendekatan yang bagus sebagai permulaannya. Dia telah menunjukkan kepimpinan yang segak pada tahap awalannya yang sungguh memeranjatkan saya. Saya pernah memberitahu sahabat dan kenalan pada malam Bush dinobatkan sebagai Presiden dengan berkata: “dia ini kelihatan sebagai seseorang yang berbahaya” dan nampaknya begitulah selepas itu. Ternyata saya telah berkata benar beberapa kali selepas itu.

Bersambung ke Bahagian 2

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 07.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: