TAG 002:
Mana Satu Pilihan Anda: Jasad Atau Roh Anda
(Pick Your Price: Your Blood Or Your Soul)
Adakah Anda menyokong Tentera Kita Melakukan jenayah kemanusiaan Di Iraq?
Do you support our killer troops committing genocide in Iraq?
By John Kaminski - skylax@comcast.net - 20.04.2004

Apakah yang anda akan lakukan –sekiranya anak, suami atau bapa anda  dituduh membunuh? Dengan sengaja mencabut nyawa orang lain.

Pastinya, ia akan menjadi keputusan yang memedihkan—untuk membuat pilihan antara mengamalkan apa yang dikhutbah sebagai keadilan atau bersama dengan keluarga yang terhenyak. Satu pilihan yang tidak akan mendatangkan kecemburuan—pertahankan darah daging anda atau mematuhi undang-undang Tuhan dan masyarakat.

Dan kemudiannya, bagaimana pula jika ia satu pembunuhan yang kejam? Katakan ia menembak belakang kepala seorang wanita tua dan melihat sahaja si malang mati—dengan cara menghalang kakitangan perubatan dari merawatnya. Mungkin juga wanita tua itu sudah cedera lalu dia habisi sahaja riwayat perempuan itu dengan peluru. Mungkin ia dilakukan dengan megah dari atas sebuah helicopter.

Ianya tentu sahaja suatu yang sukar buat keluarga anda- fikiran dan juga naluri anda dalam keadaan yang dahsyat itu. Siapa yang sanggup mencela anda atas keputusan yang dibuat.

Tentu sahaja keadaan amat berbeza dalam kancah peperangan walaupun ia satu perang haram yang hanya bersandar kepada pembohongan yang dianyam rapi seperti suasana di Iraq.

Maksud saya, memang mudah untuk berkata yang saya hanya mengikut arahan. Malangnya itu juga lah apa yang dibuat Nazi semasa PD2, akan tetapi mereka tetap dihukum bunuh juga selepas perbicaraan pasca peperangan.

Saya cuba membayangkan apa akan terjadi sekiranya rakyat Amerika mendapati diri mereka terperangkap dalam situasi sebegitu tidak lama lagi.

Berada dalam situasi ketenteraan memang amat berbeza sekali. Orang awam yang tidak berdosa sentiasa sahaja terbunuh apabila tentera melibatkan diri. Sesetengahnya tidak disengajakan, setengahnya memang sengaja akan tetapi dalam banyak kes kita tidak dapat membezakan antara keduanya. Mayat dihumban ke dalam lubang dan dilupakan, kecuali kepada bagi sesetengah  orang yang akan menjerit ketakutan terbangun pada tengah malam kerana mimpi ngeri.

Lama sesudah fakta yang menjolok mata itu menjadi pengetahuan umum, kadang-kadang kita mendapat keadilan. Kebanyakannya terlepas begitu sahaja. Ingat tak apabila bekas senator Bob Kerrey mencuba untuk mengembalikan pingat Vietnam dengan membuat pengakuan yang ia telah membunuh wanita dan kanak-kanak bukannya musuh merbahaya seperti yang tertulis dalam akuannya. Bagaimana orang awam memberi reaksinya? Kita langsung tidak mahu mendengar cerita sebenar darinya. Kita telah menyuruhnya menyimpan terus pingat itu, menutup mulutnya serta melupakan keseluruhan cerita jenayahnya itu.

Manusia berhati syaitan seperti Joseph Farah, Michael Savage dan Rush Limbaugh kesemuanya mencadangkan betapa pembunuhan sejumlah besar rakyat Iraq yang tidak berdosa adalah untuk “mengajar mereka”. ‘Pengajaran” itu ialah supaya tidak sewenangnya mencari fasal dengan AS dan membunuh pembunuh upahannya, para pembunuh upahan yang dibayar gaji yang lumayan itu ditugaskan untuk membunuh cerdik pandai kalangan rakyat Iraq, apabila AS merasakan mencukupi, hanya terdapat segelintir kecil sahaja rakyat yang cerdik yang ada untuk membantah kem tahanan “demokratik” yang telah Amerika ciptakan.

AS dan Britain telah mengambil keputusan untuk mengamalkan teori Pol Pot tentang kejuruteraan sosial—bunuh setiap cerdik pandai. Dan apabila rakyat Iraq yang marah bangun menentang kaedah pengawalan populasi gaya Israel itu, AS telah meningkatkan lagi tahap kekejamannya ke paras yang lebih haprak—mengebom Bandar yang tiada perlindungan dari udara tanpa  pedulikan siapa yang terbunuh, dan bunuh kesemua lelaki di bawah usia 45 tahun. Saya ulangi: membunuh kesemua lelaki di bawah usia 45 tahun. Itu lah yang sedang berlaku wahai rakan senegara ku, dalam bencana yang dipanggil Fallujah, Iraq. Itu adalah penghapusan kaum. Tiada keraguan lagi.

Begitulah   gelagat para tentera kita di negara orang. Anak, suami dan juga bapa anda semua.

Hey! Mereka hanya mengikut arahan. Berdasarkan pembohongan.

Inilah apa yang negara kita lakukan terhadap orang yang tidak berdosa. Membunuh mereka tanpa tangguh, tanpa mengambil kira siapa dan apa yang telah mereka lakukan, berapa orang anak mereka atau apa perkara menarik yang telah mereka lakukan dalam kehidupan ini.

Mana mungkin mereka bimbangkan tentang kanak-kanak kalau anak mentah itu pun dibunuh mereka juga. Dengar apa yang dikatakan oleh doktor itu yang terpaksa membuka kliniknya dalam garaj yang kotor menceritakan bagaimana seorang budak kecil dengan tempurung kepalanya tanpa secebis otak pun di dalamnya. Atau tentang seorang lelaki yang dibawa ke kliniknya dengan kebakaran yang teruk sehingga ia nyahhidrat dan dijemput maut dalam masa 24 jam. Bagaimana pula tentang budak lelaki yang tidak tahu  berenang mereka humban ke sungai dan dibiarkan mati? Atau semasa awal pertempuran, seratus remaja mereka tutupkan muka dengan topeng dan dijemur mentari lalu ditembak mati seorang demi seorang kemudiannya oleh tentera Amerika.

Kesemua kekejaman ngeri itu dibuat oleh anak, suami dan bapa anda. Hanya menurut perintah.

Tahukah anda, kita sepatutnya merasa takut kepada tentera kita yang haprak sebegitu apabila mereka pulamng nanti, kesemuanya yang bergelomang dengan darah pembunuhan, bersedia untuk menceritakan pengalaman hebat mereka semasa di Iraq, atau dari mereka yang tidak jauth sakit dan kojol dari senjata radioaktif yang terpaksa mereka kendalikan atau dari imunisasi beracun yang terpaksa mereka tempuhi. Atau sekurang-kurangnya mereka akan mampu memberitahu kita bagaimana mereka bertempur dalam Perang keatas keganasan di Iraq dengan membunuh wanita yang tidak bersenjata dari belakang dan mengebom kejiranan penduduk dan menaburkan anggota tubuh di sepanjang tembok-tembok di Baghdad.

Mereka ketakutan. Adalah diterima untuk membunuh mereka apabila dalam ketakutan

Ini adalah gelagat yang dibolehkan oleh berita Fox setiap malam, hanya kerana mereka tidak memberitahu anda akan perkara ini—mereka memberitahu anda bagaimana Presiden kita yang gagah berkata “teruskan berjuang”, dan tentang bagaimana rakyat kita sedang kegembiraan tentang kehidupan yang telah mereka tamatkan itu.

Berpura-pura sebagai berani dan patriotic sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya apabila menghantar anak mereka ke negara yang aman, bermegah betapa bangga mereka yang anak mereka telah bergadai nyawa untuk perang genosid yang berdasarkan kelentongan.

Amerika. Apa nak jadi. Negara yang sudah gila.

Dan ini bukanlah satu perkara yang baru. Jangan berpura-pura terkejut. Jangan beritahu saya yang ini adalah satu perkara mulia yang Amerika lakukan dengan kerapnya.

Ianya sudah lama berlarutan—di Iraq sahaja sudah LIMABELAS tahun! Malah di palestin ianya mencecah LIMAPULUH tahun, secara rasminya. (yang sebenarnya lebih lama dari itu)

Akhir-akhir ini saya tidak pun terdengar frasa Konvensyen Geneva. Kali terakhirsaya mendengarnya tatkala Rumsfeld mengkritik tentang rakyat Iraq yang mengambil gambar tahanan perang Amerika sebagai melanggar Konvensyen Geneva.

 AS menggunakan frasa Konvensyen Geneva apabila  ia boleh digunakan untuk menghentam orang lain. Amerika terlupa akan frasa itu apabila ia menggamabrkan sikap mereka di Iraq, Afghanistan, Colombia, Lebanon, palestin, Filipina, Nicaragua, Vietnam atau lebih ratusan tempat lain yang berkait dengan Fort Benning, Georgia, tempat di mana mereka mengajar kursus untuk bagaimana melanggar Konvensyen Geneva itu sendiri.

Pada penghujung Perang Teluk yang pertama tahun 1991, Raja dadah kita barry McCaffrey telah supervised pembunuhan di atas Lebuhraya maut yang telah meragut nyawa ribuan askar Iraq yang telah pun menyerah diri. Ini telah dicatat sebagai pencabulan egregious Konvensyen Geneva—membunuh tentera yang menyerah diri.

Akan tetapi rakyat Amerika bersorak kebanggaan kepada anak, suami dan bapa mereka.

Kemudian untuk lebih 15 tahun tentera Amerika dan Britain TANPA kelulusan dari PBB—berterusan mengebom  sebahagian besar Iraq dan dalam tindakan yang terang-terangan melanggar Konvensyen Geneva mengebom loji perawatan air, hospital dan lain-lain perkhidmatan perlu yang mengakibatkan kematian lebih SEJUTA kanak-kanak Iraq dari kecacatan lahir sehingga lah kepada penyakit kanak-kanak yang mudah sahaja untuk dirawat jika tiada sekatan akan ubatan tertentu.

 Kini, angka kematian rakyat Iraq (ramai General AS berkata yang ianya tidak perlu untuk mengira angka kematian rakyat Iraq-   )  mencecah lebih 30,000. Sembilan puluh peratus darinya ialah orang awam.

Diputar mida nya oleh senjata permainan video Amerika, oleh para  anak, suami dan bapa anda.

Yang paling dahsyatnya, seluruh dunia kini mengetahui yang Amerika tidak mempunyai alasan langsung untuk menceroboh Iraq kali ini. Iraq tidak pun memiliki senjata pemusnah Besar SPB (seperti yang dikatakan oleh Scott Ritter, Hans Blix dan lain-lainnya) dan Iraq juga tiada kaitan dengan Al-Qaeda (walaupun kini dilaporkan yang AS cuba menyeludup masuk SPB dan mendakwa yang Saddam telah menyembunyikannya selama ini). Tiada langsung alasan yang sah untuk berperang.

Pencerobohan keatas Iraq secara keseluruhannya adalah suatu yang tidak adil, jenayah besar keatas kemanusiaan yang telah dilakukan oleh anak lelaki, suami dan bapa anda yang telah membunuh orang yang tidak berdosa- begitu juga dengan kelentongan pemimpin kita yang berterusan sehingga kini.

Dan kini calon pembangkang Presiden yang katanya adalah hero perang yang baru mengetahui akan ketururna darah yahudinya, berkata ia akan meneruskan polisi sama yang membunuh secara rawak dan menafikan keazaman diri jika ia menang dalam pilihanraya 2004 yang telah pun ditentukan keputusannya. Ini berakna yang rakyat America telah ditakdirkan menjadi satu bangsa yang tiada berhati perut, pembunuh untuk jangka masa yang panjang. Dan ianya hanya menanti masa untuk perkara seperti ini berlaku dalam negara kita.

Anak, suami dan bapa anda semua adalah pembunuh. Konvensyen Geneva telah menyatakan dengan jelas yang apabila tentera tahu yang pemimpin mereka memberi arahan yang haram atau tidak bermoral, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk tidak mematuhinya. AS telah menggunakan perbalahan itu dalam perbicaraan pasca Perang Dunia Kedua terhadap Jepun dan Jerman, dan tentu sahaja seluruh dunia akan pasti menggunakannya pula terhadap Amerika apabila negara itu dibicarakan terhadap genosid haram keatas rakyat Iraq.

Lakukan kebaikan untuk penduduk dunia dan fikirkan kesemua ini apabila anda mendengar the Star Spangled Banner, atau apabila ada kalangan tentera yang empok ponggongnya berkata dalam keadaan yang mabuk, “Sokonglah tentera anda!”

Hantukkan gelas minuman anda dan jawab dengan penuh kejujuran dan senyuman, “Ya, saudara ku, sokonglah tentera kita yang menjadi pembunuh   itu.”

Kemudian jangan lah anda pergi ke rumah ibadat kerana Tuhan akan melaknat anda.

John Kaminski
http://www.johnkaminski.com/
04.05.2004 - Terjemahan N-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN