TAG 1703:
Krisis Baru Dalam Badan Kehakiman Malaysia
(Crisis erupting in the Malaysian judiciary)  Oleh Raja Petra Kamarudin - 18.08.2004

Satu krisis sedang meledak dalam badan kehakiman Malaysia. Kejadian ini berlaku hampir 18 tahun selepas mantan perdana menteri, Tun Kepala Taik Mahathir, memekap mulut badan itu dan menyebabkannya tersungkur penuh keaiban. Untuk memahami dengan lebih terperinci apa yang telah terjadi sejak akhir 1980-an dulu, kita mesti mula-mula membaca apa yang telah ditulis dalam halaman pendahuluan buku Tun Salleh Abbas berjudul “May Day For Justice”.

“Mahathir sentiasa tertekan dengan badan kehakiman kerana beberapa keputusan mahkamah telah dibuat bercanggah dengan selera kerajaan. Mengikut Timbalan PM ketika itu, Datuk Musa Hitam, salah satu kata cemuhan Mahathir ialah “Pergi jahanam dengan peguam! Pergi jahanam dengan Para Hakim.” Sejak 1987, beliau telah mempergiatkan serangannya terhadap badan kehakiman negara melalui media, sambil membuat kenyataan yang mengaibkan. Jelas, beliau tidak faham akan peranan badan kehakiman yang seharusnya bebas daripada cengkaman eksekutif dan cawangan legislatif kerajaan. Sesungguhnya Badan Kehakiman wujud sebagai pemeriksa dan pengimbang terhadap sikap pembaziran Eksekutif . Ternyata inilah hakikat yang tidak difahami oleh Tun Kepala Taik itu. Sebaliknya beliau telah menuduh para hakim melakukan campur tangan politik yang berkemungkinan dengan kecelaruan serta hakisan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Kerana itu muncul keghairahan beliau mahu menghenyak badan kehakiman agar menjadi hamba abdi kepada Eksekutif. Inilah keghairahan yang menjadi impian hidupnya.

Pada April 1987, sejurus selesai pertandingan pucuk kepimpinan UMNO di mana Mahathir hampir-hampir kecundang kepada menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, terdapat dakwaan betapa beberapa ahli perwakilan yang telah mengundi telah disingkir daripada bahagian yang tidak didaftar dengan betul mengikut Akta Pertubuhan 1966. Satu rayuan telah dikemukakan oleh sebelas orang perwakilan UMNO agar pilihan tersebut dianggap tidak sah dan dibatalkan.

Mahathir memang amat arif akan bahaya yang menghantuinya sambil menunggukan keputusan rayuan. Beliau terpaksa bertindak cepat. Pada Oktober 1987, beliau telah melancarkan ‘Operasi lalang’ yang amat menjijikkan itu, di mana 106 orang telah ditangkap dan ditahan tanpa bicara mengikut ISA. Antara yang ditangkap termasuk tiga orang pengkritik beliau yang amat pedas, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, ahli sains politik Dr. Chandra Muzaffar dan seorang peguam terkemuka Karpal Singh. Kemudian Mahathir telah mengemukakan satu usul kepada Parlimen untuk meminda perlembagaan yang membolehkan Eksekutif mempunyai kuasa yang lebih perkasa daripada badan kehakiman.

Pada Mac, 1988, serangan ganas Mahathir yang begitu tajam dan kejam terhadap badan kehakiman negara telah mendorong Ketua Hakim Tun Salleh Abbas untuk mengadakan satu persidangan. Dua puluh orang hakim telah bertemu di Mahkamah Tinggi, seminggu selepas pindaan perlembagaan yang dianggap sungguh memalukan itu dilaksanakan. Melalui pakatan sebulat suara, satu surat telah dikirimkan kepada Yang DiPertuan Agong (yang juga merupakan Sultan Johor) dengan salinan kepada semua Sultan. Surat itu merakamkan kekesalan terhadap segala cemuhan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri. Surat itu telah dihantar pada 25 Mac, dan Tun Salleh Abbas telah berangkat mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat dan disusuli dengan lawatan amalan haji beliau ke Mekah. Beliau mempunyai tugas berat sekembalinya daripada Mekah. Beliau telah menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan sebelas orang ahli UMNO itu, pada bulan Jun. Kerana menganggap perkara itu penting beliau telah menetapkan agar kuorum yang penuh mengandungi sembilan orang hakim Mahkamah Tinggi bertugas mendengar kes itu.

Tiga hari kemudiannya Tun Salleh Abbas telah digantung daripada jawatannya oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Pada waktu yang sama beliau menerima surat penggantungan itu, Pemangku Ketua Hakim, Tan Sri Abdul Hamid telah mengeluarkan kes sebelas orang ahli UMNO itu daripada jadual mahkamah sebagai cara memutuskan hubungan antara dua kes yang rumit itu.”

Sekarang ini kuasa TKT Mahathir sudah tinggal tahap gusi sahaja Begitu juga Mohamed Dzaiddin Abdullah yang telah berkhidmat sebagai Ketua Hakim di penghujung tempoh cengkaman kuasa Mahathir sebagai Perdana Menteri. Mohamed Dzaiddin turut terlibat memanipulasi badan kehakiman sebagai satu alat kepada tetuan politiknya dan pihak yang berkuasa. Tempat mereka berdua sudah digantikan oleh perdana menteri baru Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Hakim baru Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Akan tetapi, pengaruh Paklah bukannya setara cengkaman busuk TKT Mahathir dan Ahmad Fairuz bukannya dihormati sangat oleh para hakim semuanya. Ahmad Fairuz bukannya orang yang sepatutnya menjadi ketua hakim negara, tetapi beliau telah disungkit pada jawatan itu dengan melangkah orang lain yang lebih layak. Beliau ditempekkan di situ kerana boleh dimanipulasikan. Lagipun ramai hakim-hakim yang lebih berwibawa daripada beliau adalah bersikap reformis dan tidak mudah diperkotak-katikkan.

Pada zaman silam, tugas Ketua Hakim ialah memberi arahan kepada para hakim apa yang patut mereka lakukan terhadap kes yang tertentu, dan arahan itu bergantung kepada selera Perdana Menteri. Ramai hakim sudah berani membuka rahsia bagaimana mereka kerap menerima panggilan telefon daripada pihak atasan memberi arahan cara menentukan penghakiman.

Kaedah begini tidak laku lagi, sekarang ini. Para hakim sudah berani mengetepikan arahan Ketua Hakim dan menolak campur tangannya. Mereka tidak lagi takut kepada kesan tindakan mereka. Mereka sudah sedar kalau mereka bersatu tidak banyak yang boleh dibuat oleh perdana menteri ataupun ketua hakim sendiri. Mereka boleh memecat segelintir hakim seperti yang dilakukan oleh Tun Kepala Taik pada akhir 1980-an dulu.

Tetapi mereka tidak boleh pecat keseluruhan panel hakim. Buat masa ini negara memang ketandusan hakim. Bagaimana gerannya mereka mahu menggantikan keseluruhan panel hakim?

Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman 10 Ogos 2000 yang menghukum beliau kerana perbuatan (apa yang dikatakan) sodomi, serta hukuman penjara sembilan tahun akan merupakan satu ujian sengit membabitkan kebangkitan pihak hakim.

Rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan, yang telah bertugas daripada 10 Mei hingga 30 Mei 2004, telah didengar oleh Hakim Abdul Hamid Mohamad, Rahmah Husein dan Tengku Bahrudin Shah Tengku Mahmud. Abdul Hamid dan Tengku Bahrudin memang setuju melepaskan Anwar sedangkan Rahmah mahu mengekalkan hukuman. Apabila Rahmah sedar yang dia telah ‘tewas’ beliau berlari mengadu kepada Ketua Hakim yang kemudiannya memberi arahan agar mahkamah melengahkan kes itu, yang pada asalnya dijadualkan pada 9 Ogos. Tekanan ditumpukan kepada dua hakim tadi agar merobah pendirian tetapi setakat ini, Alhamdulillah, mereka masih bertegas dengan pendirian asal mereka.

Kerana tidak boleh lagi melecehkan kes itu, disebabkan tekanan ‘International Commission of Jurists’ (ICJ) dan ‘Inter-Parliamentary UNION (IPU)’, mereka telah menetapkan Ogos 28, 2004, bersamaan hari Sabtu sebagai hari mengumumkan keputusan mahkamah. Pada waktu yang sama dalam masa sepuluh hari sebelum itu, beberapa usaha akan diteruskan untuk memujuk dua orang hakim terbabit agar merobah pendirian dan mengekalkan hukum bersalah terhadap Anwar dan penjara selama sembilan tahun.

Dua orang hakim persekutuan itu telah menerima sokongan moral daripada teman-teman mereka dan masyarakat peguam. Malahan, beberapa orang hakim Mahkamah Tinggi yang satu ketika dulu pernah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar kini meminta dua orang hakim Mahkamah Persekutuan ini memihak kepada Anwar. Kini, mereka mengaku bahawa Anwar adalah mangsa satu ketidakadilan yang sungguh dahsyat dan mereka tidak punya pilihan lain selain mengikut arahan pihak atasan untuk menghukum Anwar walaupun memang tidak ada bukti yang sahih terhadapnya.

Badan kehakiman Malaysia sedang melawan balik. Mereka tidak lagi ingin melihat kebebasan kehakiman dicemari ataupun membiarkan mahkamah menjadi satu alat tetuan politik mereka. Mereka mahu menjalankan tugas hanya mengikut peraturan undang-undang dan bukan kerana pertimbangan politik.

Memang ramai yang mahu melihat kembalinya kebebasan mahkamah kepada kegemilangan asalnya. Hanya segelintir sahaja hakim-hakim yang masih taksub mengikut arahan ketua politik mereka. 28 Ogos 2004 adalah merupakan tarikh keramat. Ia dianggap penting bukan kerana kemungkinan Anwar dibebaskan selepas berada selama 2,168 hari di dalam penjara Sungai Buluh. Ia dikira penting kerana akhirnya nanti selepas hampir 18 tahun, badan kehakiman Malaysia sedang cuba mengembalikan kebebasan mahkamah dan mengeluarkan hukum pengadilan berasaskan undang-undang dan bukan kerana politik.

Marilah kita berdoa mereka akan berjaya dan berharap mereka akan terus menunjukkan keberanian seperti yang mereka pamerkan setakat ini.

Raja Petra Kamaruddin
(http://www.Malaysia-today.net/)
19.08.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: