TAG 1609-1:
Kekejaman Amerika – Tiada Yang Baru
(American Atrocities - Nothing New) Oleh Bill Phillips - 10.05.2004

Pendedahan bagaimana tentera AS telah menyeksa dan membunuh tahanan rakyat Iraq telah mengejutkan dan merisaukan manusia seluruh dunia. Namun, pendedahan itu sepatutnya tidak mengejutkan sesiapa juga.

Keganasan Amerika bermula tatkala negara itu mula dibentuk dengan melakukan pembunuhan genosid terhadap peribumi Benua Amerika dan penyeksaan telah menjadi operasi rahsia sebahagian dari polisi AS semenjak Perang Dunia Kedua (PD2) lagi. Selepas PD2, AS telah melindungi penjahat Nazi supaya ia boleh belajar dari mereka dan mengamalkan teknik-teknik penyeksaan.

Selepas CIA dibentuk secara rasmi ia menjadikan bahagian penyeksaan sebahagian dari polisinya dan mengeksport penggunaannya ke seluruh dunia. Dalam tahun 1963, CIA memulakan Operasi Phoenix, program penyeksaan dan pembunuhan ke atas orang awam di Vietnam. Dalam masa yang sama AS menghumban kerajaan demokrasi Iran dan meletakkan Shah Iran di puncak kuasa. CIA mencipta, melatih serta menguruskan Polis Rahsia Iran, SAVAK yang menyeksa dan membunuh tidak terhingga banyaknya rakyat Iran. Selepas negara Chile berani mengamalkan demokrasi dan memilih seorang Presiden yang tidak diperkenan AS, dengan pantasnya Amerika menabalkan diktator kejam Pinochet yang menyeksa dan membunuh puluhan ribu rakyatnya sendiri. Skuad pembunuh yang dikuasai CIA di Amerika Tengah telah dengan kejamnya menyeksa dan membunuh lebih 200,000 rakyat negara itu semasa tahun 80an. Jutaan lainnya di seluruh dunia telah dibunuh sebagai akibat terus dasar Amerika Syarikat.

Kaedah penyeksaan telah diajar dengan meluasnya di Sekolah Americas milik AS yang terkenal sebagai penceroboh Hak Asasi Manusia yang paling buas di dunia. Amnesty International menyatakan yang AS adalah pembekal terbesar peralatan kejutan elektrik kepada kerajaan-kerajaan yang mengamalkan penyeksaan kejutan elektrik. Peralatan kejutan elektrik bernilai USD3 juta telah dijual kepada rejim di Arab Saudi pada tahun 1990.

Namun bukan sahaja CIA atau tentera yang bersalah dalam melakukan penyeksaan. Jabatan Polis Chicago juga telah menggunakan teknik penyeksaan yang kejam ke atas pesalah bukan kulit putih sehingga ke tahun 80an. Di keseluruhan sistem penjara di AS, penyeksaan dan rogol memang satu kejadian biasa sahaja. Malah keadaan menjadi begitu teruk dalam tahun 2000 apabila PBB telah membuat celaan yang keras terhadap rekodnya yang menghalang penghukuman ke atas mereka yang mendera serta menghina. Amensty International juga berulang kali mengutuk pasukan polis atas “cara penggunaan kekerasan yang menyamai penderaan.”

Apa yang digelar “Perang menentang Keganasan’ itu digunakan bagi mencipta budaya kejam dari peringkat atasan. Media massa telah berpendapat yang penyeksaan adalah perlu bagi melindunginyawa rakyat Amerika. Pada Januari tahun 2001, majalah bulanan The Atlantic menyoal dalam cetakan besar, “PERLUKAN KITA MENYEKSA?” penganalisis keganasan Bruce Hoffman dari Rand Corporation berpendapat yang penyeksaan adalah perlu bagi melindungi kepentingan Amerika. Telah ramai rakyat Amerika yang berpendapat penyeksaan wajar dihalalkan secara perundangan.

Hakikatnya penyeksaan bukanlah kaedah yang baik bagi memperoleh maklumat. Maklumat yang diperolehi melalui penyeksaan tidak boleh diterima pakai dan seseorang yang telah diseksa akan memberi apa sahaja maklumat yang dikehendaki hanya untuk menghentikan penyeksaan yang dihadapinya itu. Seorang pegawai penyiasat yang baik akan memperoleh maklumat yang dikehendakinya tanpa perlu menyeksa yang tertuduh. Malah buku manual latihan CIA sendiri "Human Resource Exploitation Training Manual--1983:" mengatakan:

Kesakitan yang dahsyat akan menghasilkan pengakuan pal