TAG 1605:
Hentikanlah Sikap Perasan
(End Self-Delusion) Oleh: Charley Reese

Sekiranya anda mempunyai kecenderungan kepada keadilan, jangan benarkan kerajaan AS menjadikan beberapa orang tentera di penjara Abu Ghraib sebagai kambing hitam di Iraq. Tentu sahaja itu lah yang bermain-main dalam kepala rejim Washington, malah proses itu sudah pun bermula.

Apabila cerita itu mula merekah, saya telah berkata yang ianya adalah kerja CIA juga, dan ternyata ianya benar sekali. Matlamat  penghinaan serta gambar foto itu bertujuan memudahkan tahanan disoal siat-siasat- apa yang Pentagon gelar “melembutkan pegangan mereka”.

Sebenarnya, terdapat satu keyakinan apabila anda berurusan dengan pehak tentera. Mereka yang dihadapkan ke mahkamah tentera itu bukan lah asal-usul kepada kehaprakan itu. Mereka hanya mengikut arahan saja. Mereka mengikut arahan Leftenan, yang mentaati arahan Kapten, yang mengikut arahan Major, yang mengikut pula suruhan Leftenan Kolonel, yang pastinya patuh kepada arahan Kolonel (digelar ‘full bird’), yang mengikut arahan General, yang mengikut arahan General yang lain pula, yang menurut titah Pegawai awam di Jabatan Pertahanan. Jika adalah satu pertubuhan yang berantaian arahannya, ianya adalah tentera Amerika Syarikat.

Sebagai sebahagian dari tugas saya, saya telah mengikut dua sesi perdebatan hangat di mana Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld hadir. Biarkanlah sekumpulan senator yang menganyam cerita bagi menggambarkan Rumsfeld sebagai seorang hero. Sebenarnya bedebah itu tidak begitu pun.

Strategi mereka begitu jelas. Tentera AS yang muda di Abu Ghraib kini seolah-olah dipencilkan. Setiap seorang Senator berebut mengucapkan yang tertuduh itu bukanlah menggambarkan nilai Amerika, hanya bebudak nakal serta tidak mewakili AS secara keseluruhan.

Oh? Negara mana yang memiliki industri porno bernilai $8 bilion? Anda boleh tengok segala yang merosakkan iman itu di tv kabel, jutaan tapak web lucah dan kekadang juga dalam perarakan golongan pondan. Industri hiburan komersial milik siapa agaknya yang beranggapan perkara yang menguntungkan ialah seks dan keganasan? Negara mana kah yang mempunyai jumlah banduan yang paling ramai di dunia? Negara mana dalam tahun 1999 mempunyai lebih 15,000 kes pembunuhan dan 89,000 rogol secara paksa?

Jawapan kepada semua soalan yang memalukan itu ialah Amerika Syarikat. Remaja dalam polis tentera ialah hasil dari budaya Amerika yang haprak itu. Dan demi Tuhan, rakan-rakan, kenapa kita percaya sekiranya kita sanggup menembak, mengebom, membakar serta menghancurkan tubuh badan rakyat Iraq dan memusnahkan negara mereka, kita akan teragak-agak untuk mendera pula? Tanpa ragu lagi, Amerika syarikat adalah sebuah negara yang cukup perasan di atas muka bumi ini, dan menjadi sarang kepada para pembohong yang menduduki Washington bekerja sepenuh masa untuk mempertahankan sikap perasan itu.

Kita seumpama seorang wanita dalam sajak Bobby Burns yang duduk lenggak berpakaian sutera terbaik dalam gereja sedangkan di kepalanya kutu keluar merayap dari celahan rambut. Kita perlu membaiki serta memulihkan diri dari kesan madat pembohongan Washington dan melihat diri kita dengan realistik. Kita sebenarnya dan selamanya telah menjadi negara yang gemar berperang. Dan apabila kita terjun ke kancah peperangan, kita menjadi teramat ganas. Jenayah perang itu sudah seusia dengan tertubuhnya Amerika sendiri.

Dalam Perang Teluk yang pertama, sesetengah bedebah menjadikan bahan lucu akan kisah rakyat Iraq yang cuba lari dari Kuwait dengan kenderaan yang sarat dengan barangan curi. Mereka tidak terlepas. Mereka telah dibakar hangus dalam apa yang digelar “Lebuhraya Maut”. Akan tetapi saya segera teringat akan kisah General William Sherman. Apabila tentera nya meninggalkan Columbia, S.C. dalam keadaan punah terbakar, wagon yang dipenuhi harta curi - dari rumah, gereja dan perniagaan - memanjang sejauh 5 batu. Jenayah perang telah dilakukan di seluruh Selatan oleh tentera Utara yang menceroboh dan kesemuanya tidak pun dihukum. Namun, nasib penduduk Selatan jauh lebih baik berbanding dari penduduk asal Indian Amerika.

Saya tidak tergolong dalam khalayak yang “membenci Amerika”. Saya menyayangi negara ini. Akan tetapi saya menyayangi untuk apa yang sebenar tentangnya, buruk dan baiknya. Bukannya kerana cerita fantasi yang direka oleh politikus kaki tipu bagi menutup gelagat jahat mereka.

Kita bukannya manusia pilihan Tuhan seperti Nabi. Kita ialah negara umat manusia dan seperti mana juga negara lain kita ada campuran antara kemegahan dan juga jenayah.

Jangan benarkan kumpulan yang bersalah di Washington menjadikan beberapa tentera kita di Abu Ghraib sebagai kambing hitam untuk mereka korbankan di sebalik kepura-puraan itu.

16.05.2004 - Terjemahan J-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN