TAG 1604:
15 Kepelikan Yang Menyelubungi Kematian Nick Berg
(15 Anomalies Surrounding Death Of Nick Berg) What Really Happened.com Letters - 14.05.2004

Pakar Bahasa Arab berkata betapa  lelaki yang menyamar sebagai Zaraqawi seorang rakyat Jordan tidak pun bercakap dalam dialek Jordan. Yang lainnya pula telah berpendapat yang lelaki yang membaca kenyataan bertulis itu mungkin bukan penutur asal dalam bahasa Arab.

Zaraqawi telah kehilangan sebelah kakinya dan telah dipulihkan dengan kaki palsu yang tidak mungkin menyamai kaki asal dan tidak sempurna fungsinya. Beliau tidak boleh berjalan atau berdiri secara normal dengan kaki palsu itu. Tidak ada walau seorang pun dalam kumpulan itu yang menunjukkan bukti sebegitu. Pelbagai sumber dalaman yang mengatakan Zaraqawi telah terbunuh oleh serangan helikopter AS yang dibuat beberapa bulan lalu apabila ia gagal bergerak dengan cepat untuk lari dari rumah yang menjadi sasaran itu. Sementara yang lain berjaya keluar tepat pada masanya untuk menyelamatkan diri, beliau meninggal dunia dihempap bangunan yang runtuh itu.

Sebagaimana yang boleh disahkan oleh sebarang pakar bedah, penyembelihan yang didakwa terjadi adalah satu pembohongan. Pemisahan kepala dari badan akan menyebabkan limpahan darah yang memancut ke sana-sini. Tentu akan terdapat darah di merata-rata tempat itu sekiranya benar penyembelihan itu berlaku. Apabila algojo mengangkat kepala Berg sebaik sahaja apa yang dinyatakan sebagai penyembelihan orang hidup itu, tidak pun terdapat aliran darah yang sewajarnya dari leher atau percikan darah pada algojonya.

Lebih menarik lagi, kesan penyembelihan itu begitu kemas dan rapi jika ia dilakukan secara kasar dan kelajuan yang pantas menggunakan sebilah pisau. Sesiapa sahaja yang pernah memotong ayam piru (turkey) tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang dikatakan sebagai pancung itu. Kepala yang diangkat itu menunjukkan yang Berg telah dipancung dengan kemas oleh Guillotine. (alat memancung pesalah yang digunakan di Perancis satu masa dahulu-Penterjemah)

Pakaian pesalah ‘jumpsuit’ berwarna oren itu adalah pakaian biasa yang diberi tentera AS kepada tahanan di bawah jagaannya. Adalah tidak mungkin Berg akan terus memakai uniform tahanan AS sekiranya ia dibebaskan oleh tentera sebagaimana yang didakwa. Hakikat betapa ia terus memakai uniform itu begitu menuding dan terang siapa sebenarnya yang telah menghukumnya. Kita akan terpaksa meneka apakah berlaku pemindahan segera Berg dari tentera AS kepada seseorang yang tidak kita kenali, lantas menghalang Berg dari menanggalkan pakaian penjara AS itu.
 
Beberapa orang lelaki dalam filem itu begitu gemuk pada kebiasaan orang Iraq. Sekiranya mereka itu ialah anggota Fedayeen atau Mujahidin, mereka tentu sahaja tinggal di bawah tanah bersembunyi sejak hari pertama pencerobohan berlaku. Puluhan ribu rakyat Iraq telah ditunjukkan dalam berita apabila mereka berarak dan membantah pencerobohan. Kita begitu sukar untuk melihat walau seorang dari ribuan orang itu yang gemuk.

Sesetengah dari mereka mempunyai kulit tangan yang begitu putih sekali. Sekali lagi kita akan tertekan untuk mencari lelaki Arab yang mempunyai tangan putih serelah sedemikian.

Kurangnya darah yang memancut mencadangkan yang Berg sudah pun mati semasa ia dipotong kepalanya. Adalah satu kemungkinan yang jenazah Berg ditayangkan dengan lehernya yang sudah pun separuh dipotong. Apa pun yang pastinya beliau telah pun dibunuh sebelum lakonan penyembelihan itu dibuat. Sekiranya kejadian itu berlaku, ia mencadangkan yang para pencoleknya tidak mempunyai keberanian untuk memotong hidup-hidup kepala seorang yang masih bernyawa lantas memilih kaedah lunak bagi menyempurnakan tugasan. (Mungkinkah Berg disuntik dengan ‘lethal injection’ dahulu, kemudian baru dipotong kepalanya. Ingat CIA dan FBI mempunyai pelbagai bahan kimia membunuh untuk mencapai maksud mereka! –Penterjemah)

Jeritan yang kedengaran telah ditafsirkan sebagai jeritan orang perempuan oleh ramai pemerhati. Mereka yang pakar dalam soal rakaman pita Video dengan lebih jauh memperkatakan yang jeritan itu telah disadur masuk secara amatur ke dalam rakaman itu.

Terjemahan kerajaan AS akan satu kenyataan yang dibuat dalam video itu ialah: “Adakah al Qaeda memerlukan alasan lain lagi?” ini ialah satu penipuan. Kenyataan sebenar mendesak rakan-rakan pemberontak supaya bangun melakukan sesuatu. Ada yang menganggap penterjemah yang telah dipergunakan oleh tentera AS ialah seorang keturunan Arab, jadi ianya tidak boleh dikatakan sebagai satu usaha yang baik maksudnya. Ini mencadangkan yang kerajaan AS mahu menyogok kepada umum bahawa kumpulan al-Qaeda lah yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Nick Berg.
 
Rakyat Iraq yang telah melihat rakaman video itu dalam siaran berita Arab secara umum berkata yang ‘pengganas’ itu bukan lah rakyat Iraq. Apakah mereka mengatakan begitu sebahagiannya kerana jurucakapnya tidak berbunyi dialek Iraq? Dari mana kah keyakinan itu berasal?

Pakar senjata menyatakan yang AK-47 yang dibawa oleh salah seorang lelaki itu sebenarnya adalah “Gilal”. Ini ialah senjata yang dibuat Israel berdasarkan senjata terkenal AK-47 buatan Russia. Fedayeen dan kumpulan-kumpulan pemberontak lain menggunakan senjata AK-47 secara umumnya.

Lelaki dalam pita video yang dikatakan sebagai Zarqawi itu memakai cincin emas. Ini diharamkan oleh undang-undang Islam.

Pihak tentera AS telah menyatakan yang Berg tidak pernah ditahan oleh tentera AS dan mendakwa bahawa ia ditahan oleh Polis Iraq. Pihak polis Iraq pula berkeras menafikan yang Berg pernah ditahan di bawah mereka. Pada 1 April, sebuah e-mail dari Beth A. Payne Pegawai Konsulat AS di Iraq yang dihantar kepada keluarga Nick Berg. Surat itu menyatakan yang Cik Payne telah berjaya menjejak Nick yang ketika itu ditahan oleh tentera AS. Kita kena membuat kesimpulan sama ada email itu satu penipuan atau pun tentera AS sendiri telah berbohong.

Kerusi yang diduduki Berg dalam rakaman video itu adalah kerusi tentera yang serupa dilihat dalam gambar foto berwarna yang diambil di Penjara Abu Ghraib. Kebarangkalian bilik tahanan milik ‘pengganas’ akan menggunakan kerusi yang sama sungguh kecil sekali.

http://www.rense.com/general52/anom.htm

16.05.2004 - Terjemahan N-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN