TAG 1592-2:
Rahsia Besar Pengerusi FELCRA, Hamzah Zainuddin, Sudah Terbongkar (Bhgn 2/4)
(The ‘big secret’ of the Chairman of Felcra, Hamzah Zainuddin, revealed) Oleh Raja Petra Kamarudin - 28.04.2004

Keadilan Mungkin Tergendala Lambat-laun Terlaksana Juga

Kira-kira satu tahun yang lalu, Anwar telah terserempak dengan salah seorang bekas gurunya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, semasa dia menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Guru ini sudah pun meninggal dunia selepas itu, tetapi beliau sempat menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Guru itu telah memeluk Anwar sambil berkata: “Keadilan mungkin tergendala, tetapi lambat laun akan terlaksana juga.”

Sesungguhnya, Anwar mungkin tidak akan berjaya mendapatkan keadilan daripada mahkamah di Malaysia ini. Beliau juga tidak mungkin mendapatnya daripada Perdana Menteri baru yang begitu takut menjentik kemarahan TKT Mahathir sehinggakan sanggup berenggang jauh daripada hal ehwal membabitkan masalah Anwar. Namun demikian Anwar seolah-olah menerima satu bentuk keadilan daripada Yang Maha Berkuasa Ilahi walaupun bantuan itu mungkin tergendala munculnya.

Sekarang mari kita teliti senarainya:

Ummi Hafilda Ali: memainkan peranan utama dalam konspirasi terhadap Anwar. Beliau telah dinyah oleh bapanya sendiri yang tidak mengakunya sebagai seorang anak, sehinggalah si bapa menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ayah Ummi Hafilda adalah juga ayah kepada Azmin Ali, tentu kita dapat maklumat khusus dalam perkara ini. apakah gerangannya nasib seorang anak perempuan yang telah tidak diiktiraf sebagai seorang anak oleh bapanya sendiri? Bayangkan apa azabnya nanti apabila si ayah menghembuskan nafas terakhir sebelum memberi keampunan kepada anaknya.

Azizan Abu Bakar: Beliau merupakan pelakon utama yang menjadi regu Ummi Hafilda semasa melakukan kerja-kerja jenayah yang jijik itu. Inilah musibat yang menuduh Anwar meliwat dirinya tetapi telah menarik balik dakwaan itu. Beliau telah memandu keretanya dan terlibat dengan satu kemalangan yang meragut nyawa isterinya. Beberapa lama kemudian beliau telah ditangkap berkhalwat dan dikenakan hukum penjara selama enam bulan.

Aziz Shamsuddin: Inilah dia ketua konspirator. Beliau juga terlibat dengan kemalangan kereta yang meragut nyawa isterinya. Ada laporan yang menyebut semasa ambulans mengangkut mayat isterinya ke hospital mereka telah terjumpa sekeping cek bernilai RM3 juta yang merupakan wang sogokan seorang kontraktor Cina yang telah diberikannya satu kontrak perniagaan. Semua orang akan menghadapi ajalnya satu hari nanti. Tetapi sesuatu kematian yang berlaku ketika jasad bergelumang dengan wang haram adalah satu kejadian yang tidak menyenangkan.

Kita semua tahu apa yang telah berlaku ke atas bekas Peguam Negara yang bertanggungjawab dengan kerja-kerja mengenakan Anwar Ibrahim sepanjang perbicaraan ke atasnya. Dia terlantar dalam keadaan koma selama satu tahun gara-gara terjatuh dan terhentak kepala apabila diserang angin ahmar.

Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa menebuk dan membelah tempurung kepala beliau untuk meredakan bengkak di bahagian otak kepalanya tetapi gagal menjahit semula tempat itu kerana bengkak yang semakin menjadi-jadi. Akhirnya tengkorak kepala itu terpaksa ditutup dengan menggunakan plaster untuk menghalang otak daripada tersembul keluar.

Setelah menghembuskan nafas yang terakhir, kepalanya menjadi kecut. Mereka yang pernah menziarahi beliau ketika waktu kematian itu berkata bahawa kepalnya berubah seolah-olah menjadi kepala seekor beruk. Alangkah dahsyatnya apabila seseorang yang ketika hidupnya tidak menggunakan otaknya dengan sempurna tetapi cuba mempermainkan sistem keadilan negara laksana beruk sahaja kelakuannya?

Masih ingatkah lagi anda kepada Dr. Ristina Majid, seorang lagi konspirator? Beliau pernah didapati mabuk ketika anak saudara perempuan yang patut diawasinya terjatuh ke dalam kolam renang dan terkapai-kapai sehingga mati lemas. Sebenarnya dia memang mengharapkan Aziz Shamsuddin akan memperisterikan beliau sedangkan Aziz tidak teringin berbuat demikian. Mungkin secara kebetulan pula Azizan Abu Bakar penah berkhidmat dengan beliau sebagai supirnya.

Ternyata sangat bagaimana ‘budi’ yang baik selalunya dibalas dengan baik juga. Kalau nasib yang buruk semacam itu mungkin menimpa segelintir manusia, kematian mungkin balasan yang paling sesuai sebagai hukumannya. Sebagai contoh, ialah manusia seperti Hamzah Zainudin yang begitu seronok dengan hidup glamor dan kepura-puraan. Tentunya dia tidak akan dapat terus hidup dengan keseronokan begitu. Dia harus dibiarkan hidup dan melayari kehidupan dengan penuh keaiban. Keaiban seperti itu tentu akan dirasai oleh insan serupa Hamzah laksana nasib yang lebih buruk padahnya daripada kematian.

Apakah gerangannya nasib Hamzah nanti yang akan menjadi lebih dahsyat daripada satu kematian?

Akan bersambung ke Bahagian 3.

-Raja Petra Kamarudin - 30.04.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN