TAG 1592:
Rahsia Besar Pengerusi FELCRA, Hamzah Zainuddin, Sudah Terbongkar (Bhgn 1)
(The ‘big secret’ of the Chairman of Felcra, Hamzah Zainuddin, revealed) Oleh Raja Petra Kamarudin - 28.04.2004

Sebelum kisah beliau tersebar, tidak ramai yang kenal siapa dia Hamzah Zainuddin. Bagaimana mungkin dia menjadi Pengerusi FELCRA, satu jawatan yang selalunya dikhaskan kepada mereka yang menghamba abdikan diri kepada pihak yang berkuasa? Dalam hal ini ialah Perdana Menteri basi Malaysia, Tun Kepala Taik Dr. Mahathir Mohamed. Apakah jasanya kepada Tun Kepala Taik itu, sehingga dilantik menjadi Pengerusi FELCRA?

Bagaimana pula sebagai seorang Pengerusi FELCRA, dia mempunyai aset yang banyak sehinggakan Mahkamah Syariah Ipoh mengeluarkan perintah agar beliau membayar isteri pertama yang telah ditinggalkannya dulu sejumlah wang setinggi RM11.20 juta. Itu pun, jumlah sebanyak itu dikatakan hanya sebahagian kecil daripada harta karunnya?

Hamzah merupakan salah seorang anggota kumpulan konspirator yang menerima balasan Tuhan. Sememangnya dia kaya-raya tetapi wang yang dikumpulkannya adalah melalui tipu daya dan amalan syaitan, termasuk melibatkan isteri beliau yang ada dan ketika bersama dengan Annuar Musa, telah membalun RM40 juta daripada dana yang diperuntukkan untuk warga miskin.

Paklah dihantui bayang-bayang Mahathir yang menghambatnya

Sebelum kita bercerita mengenai Hamzah Zainuddin, eloklah kita bercerita dulu akan perihal Perdana Menteri baru, Abdullah Ahmad Badawi (Paklah) Bagaimanakah seorang manusia penyangak seperti Hamzah masih kekal sebagai Pengerusi FELCRA sedangkan Anwar Ibrahim masih terpenjara dan dinafikan permohonan rawatan perubatan?

Sejurus Paklah naik sebagai Perdana Menteri, beberapa penyokong setia beliau (Anwar) telah pergi bertemu Paklah membincangkan kemungkinan membenarkan Anwar mendapat rawatan perubatan yang amat diperlukannya.

Ketika itu memang sudah tersebar luas betapa Ezam Mohd Nor telah berjumpa dengan Paklah perihal kemasukan menyertai UMNO semula. Sebenarnya pertemuan itu ialah mengenai keadaan Anwar.

Beberapa sesi pertemuan telah dilaksanakan tetapi akhirnya Paklah telah menolak permohonan mereka. Beliau menjelaskan betapa kedudukannya dalam UMNO masih lagi goyah - kerana masih menjadi Pemangku Presiden dan belum lagi dipilih ke jawatan itu. Beliau belum lagi diperakukan sebagai Presiden oleh Persidangan Tahunan UMNO yang dijangka akan bersidang pada bulan Jun tahun ini. Lantas dia amat gusar seandainya
dia membenarkan Anwar diberi rawatan, orang–orang Mahathir si Tun Kepala Taik, akan melihat ini sebagai satu kelemahan sehingga mereka mungkin berani cuba mengusirnya daripada tampuk kuasa.

Memang nampak sangat betapa Paklah begitu gusar dengan ramainya orang-orang suruhan TKT Mahathir di persekitarannya kerana begitu sangsi adanya usaha untuk menggulingkan beliau dengan menggunakan Timbalan beliau, Najib Tun Razak sebagai denak mereka dan Hamzah adalah orang suruhan Najib kerana itu dia perlu dibiarkan dahulu bergayut kepada jawatannya di FELCRA.

“Lagipun,” kata Paklah, kisah Anwar itu adalah masalah antara Anwar dengan Mahathir,” sambil menambah betapa dia tidak terlibat dari mulanya lagi semasa dicerna konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Kerana itu dia memang enggan melibatkan diri.

Paklah tidak pernah berkata bahawa Anwar bersalah terhadap apa yang disebut sebagai jenayah yang didakwa ke atasnya ataupun itu adalah terpulang kepada mahkamah menentukannya. Dia mengaku semua itu adalah mainan politik dan adalah masalah antara Anwar dan TKT Mahathir. Oleh kerana dia belum lagi memperkasa kedudukannya dalam UMNO, Paklah enggan memutarbalikkan apa juga tindakan yang dilakukan oleh TKT Mahathir kerana takutkan kalau-kalu ada arahan Perdana Menteri yang sudah basi itu agar orang-orangnya menyanggah beliau menjelang Jun nanti. TKT Mahathir telah melantik Hamzah menjadi Pengerusi FELCRA supaya tidak ada campur tangan dalam perkara ini juga walaupun kini sudah ada pendedahannya yang semakin terbongkar.

Bersambung 2: Keadilan Mungkin Tergendala, lambat-laun terlaksana juga.

-Raja Petra Kamarudin - 28.04.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN