TAG 1589:
‘Keamanan Telah Terhenti’
('Peace has come to an end') - Al-Ahram Weekly Online 
Walau desakan membalas dendam bergema di Jalanan,
pemimpin Hamas Khaled Meshaal memberi alasannya 
kepada Sherine Bahaa


Pembunuhan pemimpin Hamas Abdul Aziz Al-Rantisi telah memadamkan nama kedua dari senarai Israel yang dirujuk sebagai ‘bom jangka yang menanti masa’. Al-Rantisi telah dibunuh dalam satu serangan misil kurang sebulan selepas ketuanya Sheikh Ahmed Yassin dibunuh. Dua hari selepas sokongan Presiden AS George W.Bush keatas perancangan PM Israel Sharon, pembunuhan Al-Rantisi jelas memperlihatkan yang Israel condong kearah menguatkuasakan penyelesaian unilateral kepada konflik itu. Kenyataan Bush secara berkesan telah mematikan harapan dari Persidangan terakhir dahulu.

Pemimpin hamas yang berpengkalan di Damsyik Khaled Meshaal telah memberitahu Ahram Weekly yang ia enggan untuk melayan desakan ancaman membalas dendam.

 “tindakan kita tidak perlu diukur secara itu kerana ia boleh membahayakan perjuangan kita.” Beliau menambah yang tindakbalas keatas pembunuhan Yassin adalah tanggungjawab sayap tentera pergerakan itu yang menghadapi ‘kesukaran logistik’ dalam menjalankan serangan balas buat masa ini. “tindakbalas kita atas pembunuhan Yahya Ayash (pakar bom Hamas yang dibunuh tahun 1996) selepas 60 hari selepas ia dibunuh,” kata beliau.

“pembunuhan pemimpin kita adalah petunjuk jelas betapa tentera penjajah tidak mampu menghadapi strategi penentangan kita,” Meshaal memberitahu Weekly selepas menghadiri majlis memperingati Al-rantisi di Damsyik.

Meshaal yang dikatakan seorang pegawai tinggi negara haram Israel sebagai dalam kedudukan teratas senarai untuk dibunuh pernah mengalami kecederaan dalam satu percubaan bunuh terhadapnya di Amman Jordan dalam tahun 1997.

Menurut meshaal, tindakan terbaru negara haram Israel membunuh secara luar undang-undang adalah sebahagian dari polisi jangka panjang PM Sharon untuk melemahkan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza.

“ini adalah formula menjaga air muka tentera Israel untuk mendakwa keluar dari Gaza dengan kejayaan selepas kekalahan di Lebanon. Ia juga sebagai propaganda kehebatan tentera Israel dan keunggulan teknologinya. Akan tetapi sekiranya ia bertujuan untuk menghadkan pertelingkahan itu sebagai antara Israel dan Hamas ia jelas satu polisi yang gagal. Ratusan ribu rakyat Palestin yang menghadiri pengkebumian Al-Rantisi menunjukkan yang bangsa Palestin tetap bersatu.”

Meshaal mempertikaikan betapa Israel telah tersalah faham tentang intipati penentangan, tersilap mempercayai yang ia bergantung kepada kepimpinan yang tersusun. Malah penentangan sebenarnya adalah semangat yang menyubur dan menyebar antara rakyat kita dari kelompok yang berbeza. Secara ringkasnya, dengan syahidnya pemimpin kita di tangan musuh yang kejam akan sebenarnya menguatkan lagi pergerakan, jauh sekali dari melemahkannya.”

Dalam membincangkan pembunuhan oleh Israel itu, Meshaal berkata: “keganasan dan kekejaman adalah menjadi polisi terbuka negara Zionis itu, dan apa yang dibuat Sharon adalah lanjutan dari polisi sedemikian sejak tertubuhnya negara haram itu dari Deklarasi Belfour.”

Strategi Hamas pula bergantung kepada pendekatan dalaman yang terutamanya menanam perpaduan di kalangan rakyat Palestin. “Kami mengamalkan pendekatan berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota kami dan kerahsiaan tindakan yang diambil, dan salah satunya ialah merahsiakan nama pemimpin kami di Gaza.” Satu lagi pendekatam keselamatan yang penting ialah ditujukan kepada pendedahan pemberi maklumat  dan talibarut yang menjadi satu masalah sejak Perjanjian Oslo.

Meshaal menolak pendekatan politik sebagai jalan penyelesaian dengan berkata yang mereka sudah keletihan dan tidak lagi boleh berfikir ketika ini. “kebanjiran orang ramai di jalanan memberi jawapan yang lebih baik berbanding dengan pemimpin Arab yang masih berpaut kepada pemikiran lampau. Pemimpin sebegitu memberi panduan yang salah kepada masyarakat antarabangsa untuk mempercayai kepada suatu yang sudah pun lama hilang.

 “rundingan dan politik, telah membuktikan yang ianya sia-sia sahaja kepada perjuangan kami. Ianya telah memacu kami kearah penghakisan hak bangsa melalui pelbagai konsesi dan kompromi dalam satu perjanjian demi perjanjian,” kata beliau.

Samada di meja rundingan atau medan pertempuran campurtangan AS secara berterusan memihak kepada Israel, menurut Meshaal. “Ini adalah pertempuran besar dan musuh kami bukan sahaja Israel tetapi Amerika juga. Untuk turut dalam pertempuran ini kami perlu mencari rakan untuk bersama perjuangan Palestin. Ini memerlukan penglibatan kesemua orang Arab dan Islam. Kita semua tahu, projek Israel-Amerika bukan sahaja untuk membalun Palestin bahkan rejim dan juga semua orang dalam dunia Arab dan Islam.”

Satu-satunya jalan keluar kata Meshaal ialah supaya pemimpin Arab menjadi lebih bertanggungjawab kepada warga mereka. Beliau merayu kepada pemimpin Arab supaya memperkukuhkan hubungan dengan rakyat mereka dengan mengatakan yang strategi sebegitu tidak akan mengancam rejim mereka bahkan akan memulihkan peluang kesinambungan untuk jangka panjang.

“Projek Zionis dan AS tidak mahu kan kewujudan negara Arab yang perkasa di rantau ini—mereka tidak mahu kan Mesir, Syria atau Arab Saudi, mereka hanya mahu kan rejim boneka yang tunduk kepada kekuasaan AS dan negara haram Israel.”

Sementara kesemua rakyat Palestin dari sekutu dalam politik telah menyeru penyatuan kepimpinan Palestin, kontrovesri dalam butiran lengkapnya telah menghenyak kemajuan yang diharapkan. Meshaal berkata yang kekuatan politik bangsa Palestin perlu lebih bekerjasama atas agenda politik yang bersatu dan pendekatan yang lebih berkesan untuk mencabar penjajahan.

 “ini bukanlah tanggungjawab satu kumpulan sahaja. Ia patut dilakukan dengan sokongan seluruh bangsa Palestin secara konsesus. Pehak berkuasa Palestin sedang dilemahkan (oleh Sharon) setiap masa sehingga ia menjadi satu struktur yang terhimpit dan rapuh.”

Meshaal menyatakan yang Amerika Syarikat dan Israel mencuba untuk mengikat kesemua pertubuhan politik bebas dalam wilayah Palestin. “Hamas dianggap sebagai pertubuhan pengganas dan begitu juga dengan Jihad, Fatah, Al-Aqsa Briged. Malah Presiden Palestin Yasser Arafat sendiri yang memasuki pelbagai perjanjian dengan Israel telah diakira sebagai pengganas juga dan dihadkan pergerakannya dalam rumah sendiri di Ramallah,” kata beliau sambil menekankan yang perancangan AS-Israel ialah untuk menghapuskan kesemua pemimpin melainkan talibarut yang terpilih. Kepimpinan sebegitu, pertikai Meshaal  tidak akan memiliki hak sokongan dari rakyat Palestin yang sangat curiga dan menyedari akan percubaan Israel untuk menempatkan rejim boneka.

Dalam konteks situasi keganasan yang meningkat dan kegagalan masyarakat antarabangsa untuk melindungi hak Palestin, Meshaal memberi amaran yang “Jalan keamanan telah menemui titik berhentinya.”

© Copyright Al-Ahram Weekly. All rights reserved
Al-Ahram Weekly Online : Located at: http://weekly.ahram.org.eg/2004/687/fr2.htm

27.04.2004 - Terjemahan E-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN