TAG 1584:
Pasangan Dinamik Yang Tersasar
(Dynamic Duo miss the point) Oleh Timothy Bancroft-Hinchey - 17.04.2004

Bush dan Blair, Pasangan Haprak Yang Secocok
 
Kedua mereka mempunyai pegangan yang sama, ketinggian yang serupa, sikap bongkak yang setara, pentingkan diri sendiri dan memiliki pendekatan pengurusan krisis yang sama: Mulanya wujudkan krisis kemudian uruskan akibat yang terjadi.

Bush dan Blair adalah pasangan politik dinamik yang jelas telah tersasar sepenuhnya dalam sidang akhbar bersama mereka di Washington hari ini apabila mendakwa yang mereka akan meneruskan juga tekad untuk menstabilkan Iraq.

Persoalannya, siapakah yang telah menghuru-harakan negara itu pada asalnya atas harga nyawa yang besar serta preteks apa pula yang digunapakai? Kenapa agaknya pasangan sedondon itu tidak langsung menyentuh soal senjata pemusnah besar yang telah mereka janjikan dahulunya untuk mencari? Di manakah dia nya makmal bergerak yang rejim Bush dakwa telah bergerak sekitar padang pasir? Di mana kah agaknya gudang senjata kimia yang kedudukannya telah dikatakan memang diketahui oleh rejim Bush?

Pelbagai soalan tadi adalah perkara utama, Bukannya ‘peranan penting Blair’ dalam PBB yang tidak pun dirundingi pada awalnya oleh keazaman Bush dalam ‘membebaskan’ Iraq. Pasangan dinamik ini telah melakar peristiwa memalukan bagaimana dua orang yang memang tahu mereka telah melakukan kesalahan besar namun perlu untuk meneruskan juga kehaprakan itu dengan angkuh kerana untuk mengaku tersilap dan menghadapi kesan dari tindakan mulia sebegitu akan hanya membunuh politik mereka. Mereka terpaksa untuk terus bergelumang dengan pembohongan dan kelentungan yang mereka cipta untuk hari-hari berikutnya.

Kritikan semakin menggunung di AS, di Britain, negara-negara kecil yang pemimpin lemahnya telah dibuli dan digula-gulakan bagi menyokong keadilan palsu, pembunuhan beramai-ramai serta jenayah perang.

Keadaan sebenar di Iraq sungguh menakutkan dengan media Barat sedang terdesak mencuba untuk menyembunyikan cerita bagaimana isteri Saddam telah mengatakan lelaki yang ditahan AS itu adalah penyamar beliau (bukannya Saddam yang sebenar) setelah berjumpa dengan lelaki itu minggu lalu, separuh dari Iraq dalam keadaan berperang dengan Moqtada Al Sadr enggan untuk membubarkan sejuta pejuang tentera al-Mahdi, bersedia untuk menyembelih sebarang pengunduran di selatan negara itu dan pemimpin Islam memberi amaran kepada AS supaya jangan menceroboh Bandar suci Karbala dan Najaf, sementara itu pula tentera AS telah terpaksa menerima gencatan senjata.

Mereka telah hilang kawalan, kini terdapat dua pusat kuasa serta fakta betapa tentera penceroboh telah kehilangan inisiatif adalah petanda yang mereka tidak lah begitu sempurna untuk melakukan kerja haram itu. Iraq dalam huru-hara, dan ketidakamanan ini disebabkan oleh dua orang bedebah yang merupakan pasangan dinamik politik, yakni Bush dan Blair, pasangan Batman dan Robin dunia moden kini yang dibantu oleh Rumsfeld the Riddler, Powell the Joker, Dick Mr Freeze Chenney dan juga Condy Catwoman.

Malangnya ini ialah dunia nyata dan bukannya Gotham City.

Timothy Bancroft-Hinchey - 22.04.2004 Terjemahan N-SPAR (suntingan M@RHAEN)
http://english.pravda.ru/mailbox/22/98/387/12539_Bush.html

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN