TAG 1580:
Isteri Saddam Kata Tahanan Amerika Itu Bukan Suami Beliau
(Saddam’s Wife Says US Prisoner Isn’t Her Husband) Oleh Maxim Progodin

Minggu lalu, pihak berkuasa Amerika telah mengatur satu pertemuan antara mantan diktator Iraq dengan isteri beliau, di markas tentera Amerika dengan iringan Sheikh Hama Al-Thani. Hasil pertemuan itu mencetuskan berita yang sungguh mengagetkan. Puan Sajina isteri Saddam mendakwa bahawa lelaki yang ditahan oleh Amerika itu bukanlah suami beliau, tetapi merupakan penyamar sahaja.

 Mereka telah mendirikan rumah tangga selama dua puluh lima tahun, tentulah dia tahu apa yang dicakapkannya. Mungkin juga kelakuan Saddam sudah berubah sejak kematian dua orang anak lelaki beliau pada 24 Jun, 2003. Akan tetapi kalau kenyataan isterinya itu boleh diterima-pakai bererti segala ujian DNA yang disahkan kepunyaan pemimpin Iraq itu ternyata satu pembohongan.

Namun, kenyataan isterinya itu boleh difahami sangat kerana ia merupakan cara terbaik dan paling mudah untuk memokokkan musuh.

Anak perempuan Saddam yang bongsu bernama Hala turut berada di markas tentera di Qataar bersama dengan dua orang cucu lelaki beliau dan dua orang lagi kakaknya, menjadikan kesemua tetamu beliau sejumlah lapan orang. Mereka telah menjadi tetamu kepada Sheikh Muza isteri kepada Sheikh Hamid al-Thani dan tinggal di salah satu istana baginda. Anak-anak perempuan beliau yang tua Ragad dan Rada telah datang lebih awal bersama lima orang cucunya daripada Jordan.

Akhbar ‘Elaf’ menyatakan kemungkinan keseluruhan keluarga Saddam akan menetap di Qatar untuk selama-lamanya.

‘Saddam Hussein’ mula ditangkap oleh tentera Amerika pada Disember 2003 dan ditahan di salah sebuah istana di Baghdad di satu wilayah yang dikuasai oleh tentera ‘bersekutu’. Kemudian, kerana masalah keselamatan ‘dia’ telah dipindahkan kepada markas tentera Amerika di Qatar, dan dijangka terus berada di situ sehingga hari perbicaraannya. Tamat.

Maxim Progodin - 20.04.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN