TAG 1576:
Masanya Untuk Kita Mula Bertanya
(Now is the time to ask questions) Oleh Lee Hwok Aun – Pensyarah Ekonomi/Pentadbiran UM
(muka surat 10 The Sun – 15 April, 2004)


Barisan Nasional (BN) menang 90 peratus kerusi Parlimen. Kemenangan begini membuatkan mana-mana kerajaan merasa selesa.

Sesungguhnya Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi telah membina menara pentadbirannya yang baru dalam banyak sifatnya. Ujian sebenar terhadap sebuah kerajaan yang benar-benar dilantik secara amalan demokrasi bukan terletak kepada kekuatan kuasa yang mahu dihayunnya, tetapi kepada keupayaan untuk bersedia mengongsinya.

Kepimpinan manusiawi yang baik bukan terletak kepada keteguhan kedudukannya, tetapi kepada keterbukaan kepada kedudukan yang lain. Pertanda baik sesuatu demokrasi yang matang dan adil itu bukan bergantung kepada kemurahannya kepada golongan majoriti, tetapi kepada kesanggupannya untuk memberi keselesaan kepada golongan minoriti.

Sebagai permulaan, kita perlu menyelesaikan masalah kesangsian yang terus menghantui pemikiran terhadap cara pilihan raya dikendalikan dan keputusan darinya. Pada kali ini terlalu banyak keraguan yang begitu tinggi tahapnya yang belum pernah dialami sebelum ini.

Semua itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja sebagai rungutan pihak yang sudah kalah. Segala kepincangan dalam pilihan raya itu mesti diselidiki dengan hati-hati dan secara terbuka, di mana semua pihak memberikan sumbangannya dan hasilnya disiarkan secara meluas juga.

Imbangan antara Parlimen dan kabinet perlu diwujudkan semula kepada tahap yang lebih menyenangkan. Satu paparan Malaysia baru yang dianggotai oleh pemimpin yang bertanggungjawab, pegawai kerajaan yang prihatin dan sebagainya mesti diisytiharkan.

Kabinet merupakan satu wacana untuk memaparkan kepimpinan semacam itu, tetapi Parlimen masih merupakan rumah induk demokrasi, pentas untuk mendebatkan isu nasional di mana wakil rakyat yang dilantik mengemukakan keperluan konstituensi mereka ataupun keperluan negara untuk didebatkan.

Inilah tempatnya di mana tanggungjawab kerajaan dan segala khidmatnya dipantau dan dibentangkan. Inilah juga masanya untuk Parlimen disegarkan semua, dan satu penentuan kepada keperluan kabinet dapat diperjelas secara terus terang.

Lantas, pelantikan seorang Menteri untuk mengepalai urusan Parlimen ternyata menyongsang arus kehendaknya. Parlimen tidak memerlukan seorang Menteri khusus untuk menentukan kelicinan perjalanannya kerana kewujudan seorang speaker sudah mencukupi dan berpada.

Setiap ahli Parlimen perlu menunjukkan dedikasi untuk menghadiri sidangnya dan turut aktif dalam persidangan itu.

Penubuhan satu kabinet yang besar memang mencetuskan teka-teki tentang keberkesanan dan keperluannya. Kini kita mempunai 33 orang Menteri. Indonesia yang mempunyai penduduk sepuluh kali ganda jumlah penduduk Malaysia, hanya mempunyai 26 Menteri sahaja.

Kewujudan satu kabinet yang besar bererti wujudnya portfolio yang lebih khusus dan tentunya menyerlahkan satu kerajaan yang lebih berfokus. Akan tetapi, ini juga akan melahirkan lebih banyak istiadat, semakin banyak kepincangannya, dan mungkin juga secara ironis, satu kerajaan yang semakin kurang berkesan.

Kabinet yang ada mungkin merana daripada pemisahan keadilan dan penstrukturan yang tidak diperlukan.

Satu keMenterian menyangkuti Pengajian Tinggi telah pun diwujudkan untuk menyelia universiti dan kolej. Langkah ini memang telah diberikan kepujian. Menteri Pengajian Tinggi telah pun mengenal pasti masalah utama yang dihadapi oleh para graduan kita; cara menghafal melulu menyebabkan mereka kurang daya kreativiti dan motivasi.

Inilah yang dirungutkan oleh marhaen selama ini. Yang tidak cukup dikatakan lagi ialah segala masalah lama ini perlu ditangani daripada peringkat sekolah rendah lagi dan juga dalam ruang lingkup sosial dan politik kita.

Pada masa dulu, dasar pelajaran tidak mengambil kira kisah menguasai pemikiran para pelajar. Ini bererti perlu ada rombakan bukan sahaja terhadap sistem pendidikan, tetapi juga kepada aliran sosial dan politik kita.

Para pelajar tidak akan minat berfikir sendirian seandainya mereka terus dipantakkan agar berfikir seperti orang lain, seandainya mereka takut memberikan pendapat yang berbeza ataupun idea yang tulen dan tersendiri. Mereka tidak akan mempunyai daya kreatif kecuali mereka berada pada sekitaran yang menggalakkan perbezaan pendapat.

Kalaulah KeMenterian Pendidikan dan Pengajian Tinggi benar-benar serius dengan mandat mereka, sudah tentu perlu menilai dulu akan gambaran yang lebih besar. Mereka harus galakkan kebebasan akhbar dan segala unsur sokongannya.

Penyelesaian kepada masalah pendidikan bukan terletak kepada kewujudan satu keMenterian yang baru, walaupun tidak ada kesan negatif yang mencemarnya secara langsung. Namun, ia menggalakkan satu budaya baru dalam kaedah pembelajaran. Pembangunan luar bandar, pertanian dan perladangan mempunyai Menteri baru setiap satu. Penekanan dibuat terhadap pertanian, setelah begitu lama ia diabaikan. Inilah yang telah diberikan pujian. Namun demikian, kabinet baru itu telah memisahkan sektor sosio-ekonomi yang satu ini kepada tiga sektor kerajaan. Tentunya pemisahan begini akan mencetuskan konflik dan perbalahan.

Bagaimana nanti kalau kepentingan perladangan bertembung dengan kepentingan masyarakat luar bandar ataupun bentuk pertanian yang lain?

Pemisahan kuasa yang ada pada kerajaan tempatan sebenarnya mencetuskan risiko mengaburkan dasar kerajaan, dan berkemungkinan mencetuskan salah guna tanah ataupun peminggiran kelompok.

Kisah kemenangan besar ataupun apa juga namanya yang lain sudah pun berlalu, Majlis sambutan pun sudah semakin sampai ke tahap basinya. Kalau urusan kerja sudah bermula marilah kita sama-sama terus memajukan soalannya.
 

Lee Hwok Aun - 16.04.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN