TAG 1574:
Walaupun Terbuang Subra Masih Tenang
(Subra stays cool after dramatic exit) Oleh K. Parkaran - The Sunday Star - 11 April, 2004 (Focus 26)

Tepat tiga minggu selepas beliau dikuis ke tepi, Timbalan Presiden MIC Datuk Subramaniam, telah bertemu dengan Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu. Itulah pertemuan kali pertama selepas Samy membuat pengumuman yang mengejutkan semua pihak bahawa Subramaniam akan digugurkannya daripada senarai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum.

Walaupun tidak ada pilihan lain, mereka akhirnya bertembung jua dalam persidangan majlis tertinggi Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh Perdana menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada April 3 lalu.

Kalau ada pemimpin BN yang menjangkakan pertemuan mereka berdua akan mencetuskan suasana yang penuh tegang dan huru-hara, ternyata bahawa tersilap juga.

“Pertemuan kami begitu mesra membolehkan kami bertegur sapa. Saya telah tanya keadaan kesihatannya dan dia menjawab mahu ke Singapura menjalani pembedahan bahagian pinggangnya, dan akan berada di sana selama dua minggu,” kata Subra.

“Kerana itu dia telah membatalkan satu mesyuarat majlis tertinggi. Seperti yang saya pernah lakukan, saya ucapkan beliau selamat sejahtera sejurus sebelum meninggalkan tempat itu.”

Saya merasa pelik juga dan bertanya kepada Subra kenapa dia tidak menyoal Presiden itu alasan mengetepikan beliau dan tidak menghormati kedudukannya sebagai seorang  yang dipilih rakyat dengan memberitahu beliau terlebih dulu. Subra hanya mengetahui berita buruk itu melalui siaran radio.

“Sebagai seorang insan biasa, saya memang mempunyai pendapat sendiri akan sesuatu perkara yang terjadi. Tetapi saya sudah belajar banyak pengelaman dalam politik. Jangan terburu-buru seperti ramai pemimpin politik, harus bertenang dan fahami dalam-dalam sesuatu perkara sebelum bertindak,” kata Subra lagi.

Para wartawan yang lama sudah mengenal Subra memang kerap melihat beliau berdolak-dalik dalam usaha mengelak terlibat dengan konfrontasi dengan Presiden partinya. Perangai ini memang amat berbeza dengan sikapnya pada 1998 dulu ketika dia bersaing sengit dengan Samy Vellu untuk jawatan Presiden parti. Apabila tewas dia nyaris terhumban jauh oleh Samy Vellu yang enggan memberikan beliau sebarang kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum, tahun berikutnya.

Mujur juga Perdana Menteri ketika itu, Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad masuk campur dan menampan penggelongsoran politiknya yang amat nyata. Subra telah ditawarkan jawatan Senator dan diberikan jawatan Timbalan menteri, sehinggakan Samy Vellu terus naik jaki.

Memang wujud beberapa teori mengenai tindakan politik si TKT ketika itu. Akan tetapi  antara yang mungkin lebih banyak dipercayai ialah kisah hubungan akrab antara isteri TKT dengan isteri Subra, Datin Christina Suganti. Hanya TKT Mahathir yang dapat mengesahkan spekulasi itu semua.

Pada kali ini, situasi sudah banyak berbeza. Kerana sudah dilantik dua kali sebagai seorang senator, Subra sudah mencapai tahap paling maksimum dalam meraih peluang itu, lantas tidak layak dilantik untuk menjawat pangkat dalam kerajaan.

Apakah ini bererti akan berakhirnya kerjaya seorang insan yang mungkin memegang rekod paling lama sebagai seorang Timbalan menteri dan Timbalan Presiden? Beliau telah menjadi Timbalan menteri sejak 1979 dan Timbalan Presiden MIC sejak 1981.

Golongan yang amat arif tentang struktur parti dan jaringan kuasa yang begitu berserabut hasil tipu muslihat Presiden parti, memang tahu amat betapa Subra sentiasa dimangsakan oleh Samy Vellu. Ramai pemerhati berkata Samy memang begitu taksub mahu menentukan betapa simbol kuasa itu tidak akan terlepas ke tangan Subra.

Untuk berlaku adil kepada Subra, kita mesti faham betapa beliau tidak pernah menunjukkan keghairahan merangkul puncak kuasa MIC sejak gagal dalam usaha itu 15 tahun yang lalu. Tentu dia telah banyak belajar daripada pengalaman itu dan mengikut para penyokong beliau, tentu dia sengaja cari fasal seandainya beliau mencabar Samy Vellu dalam apa juga pertandingan parti selepas itu.

Beliau pernah menolak satu permintaan untuk di wawancara oleh The Star dua tahun dulu, mengenai cara MIC merancang peralihan kuasa yang menyentuh banyak parti komponen Barisan Nasional waktu itu.

“Sepatutnya anda hubungi Presiden parti dan tanya dia sendiri,” jawab beliau.

Apabila beliau ditekan untuk memberikan satu jawapan, minggu lalu, bagaimana dia mahu membetulkan apa yang ramai orang anggap sebagai satu “ketidakadilan” kerana membuatkan beliau terpinggir, Subra mengambil sikap berdolak-dalik lagi dan terus berhati-hati.

Ketenangan dan sikap ceria secara bersahaja memberikan gambaran betapa dia memang sudah lali dibuli oleh ketuanya. Tidak pernah pun dia menjadi begitu beremosi ataupun bersuara meninggi sebagai pertanda yang dia ambil hati.

Wawancara kami kerap terganggu oleh panggilan telefon daripada para penyokongnya. Ada satu panggilan daripada seorang temannya daripada Eropah, yang begitu mahu tahu apa kan jadi padanya.

“Ini politik.....lah. Mesti ada turun naik. Saya masih merupakan Timbalan Presiden yang dipilih oleh perwakilan dan tentu saya ada peranan untuk melaksanakannya. Saya perlu tunggu dan lihat apa yang akan jadi seterusnya.” Demikian jawapan beliau kepada si pemanggil daripada Eropah itu.

Beliau berpaling kepada saya dan berkata : “Inilah yang mampu saya katakan ketika ini. Saya perlu mengkaji dulu keadaan dan tidak mengeluarkan sesuatu yang boleh mencemar parti dan Barisan Nasional.”

Beliau telah ditanya apakah gerangannya yang membuatkan Presiden parti menggugurkan nama beliau? Subra telah mencungkil peristiwa yang mungkin menyebabkannya. Ia bermula apabila Tun Kepala Taik mengeluarkan kenyataan pada BERNAMA pada Oktober tahun lalu, mengatakan semua pemimpin lama yang masih mencengkam kuasa seharusnya berundur selepas dia bersara, katanya.

Kenyataan ini telah menyebabkan Presiden Indian Progressive Party Datuk M.C. Pandithan melenting dan menyeru agar Samy Vellu akur kepada nasihat Tun Kepala Taik.

“Alasan Pandithan mengeluarkan kenyataan itu memang tidak ada kena mengena dengan saya. Yang dimaksudkan oleh beliau ialah pengunduran Samy Vellu, akan memudahkan kemasukan IPF menjadi anggota Barisan Nasional. Saya memang selalu mengelak mengeluarkan kenyataan yang ada kena mengena antara Presiden dengan Pandithan. Mereka telah lama bermusuhan dan saya tidak ada kaitan dengan perkara itu.”

Subra berkata dia tidak membuat sebarang komen kerana “itu adalah urusan Samy Vellu dengan Pandithan. Saya fikir tidak ada sebab saya mesti masuk campur.”

Akan tetapi, Subra menyentuh perihal Presiden People’s Progressive Party, Datuk M. Kayveas memberitahu media bahawa tidak ada orang yang lebih berwibawa memimpin MIC selain Samy Vellu, dia merasakan bahawa Kayveas sepatutnya tidak menyibuk, kerana PPP bukannya ada seorang Timbalan Presiden pun.

“Sebenarnya saya tidak tahu menahu yang tidak akan diberi kerusi untuk bertanding. Memang ada juga cakap-cakap kosong, tetapi saya tidak mengendahkannya, kerana lebih bersedia menunggu Presiden parti memberitahu sendiri apakah beliau ada rencana seperti itu.

“Cuba lihat sendiri apa yang dibuat oleh Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Badawi sebelum menggugurkan seseorang menteri kabinet. Mengikut laporan The Star, beliau telah memanggil setiap menteri kabinet itu dan memberitahu beliau yang dia akan digugurkan daripada kabinet yang baru. Itu merupakan satu tindakan bertanggungjawab dan saya hormati Paklah kerana peranannya.”

Sepanjang wawancara itu, memang sukar mencungkil apakah tindakan yang difikirkan oleh Subra. Nampaknya dia sengaja menyimpan rahsia itu ataupun masih belum pulih daripada kejutan yang diberikan oleh Samy Vellu.

Apabila Subra habis tempoh sebagai Timbalan Presiden MIC usia beliau akan mencecah 61 tahun. Samy Vellu akan berusia 70 tahun dan kalau Subra dianggap tua ketika itu, tentulah tidak masuk akal. Subra bukan sahaja kelihatan muda, malahan dia tidak ada rekod sebarang penyakit. Lagipun dua daripada tiga naib Presiden parti adalah lebih tua darinya, sedangkan yang seorang lagi hanya empat tahun lebih muda daripada beliau.

Datuk C. Palanivel berusia 55 tahun, Tan Sri K.S.Nijhar berusia 67 dan Datuk S. Veerasingham ialah 63 tahun.

Usia dan kesihatan memang menyebelahi Subra, kerana itu ramai yang berfikir apakah beliau hanya akan berpuas hati mempertahankan jawatannya pada 2006 nanti ataupun mencabar jawatan No. 1 nanti. Sekali lagi Subra mengambil sikap acuh-tak-acu dengan perkara itu.

“Saya belum merancang apa-apa, buat masa ini. Dua tahun adalah satu penantian yang lama, saya perlu masa memikirkannya.”

Ketika itu beliau mula bersuara membayangkan perasaannya, sambil mengimbau beberapa tahun silam ketika berkhidmat dengan kerajaan dan masyarakat. Secara tiba-tiba terpancar cahaya di matanya.

“Saya boleh menoleh ke belakang dengan bangganya, kerana telah berkhidmat sebaik mungkin. Saya tidak terlibat dengan sebarang salah-laku dan salah-guna kuasa. Dalam perkara ini memang saya tidak ada perasaan takut pun.”

Subra yang berkelulusan sarjana, telah menafikan spekulasi yang dia akan dilantik sebagai seorang duta ataupun mengetuai satu agensi kerajaan.

“Itu tidak benar. Tidak ada sesiapa yang pernah menemui saya dengan tawaran semacam itu,” katanya.

Apabila ditanya bagaimana isteri beliau menangani keadaan mereka, beliau menjawab: “Dia sudah biasa dengan perkara semacam ini.” Jawapan bersahaja itu disambut oleh satu senyuman daripada Christina, yang sibuk menyambut tetamu yang datang menemui suami yang sudah tidak berjawatan.

Seandainya Subra bertindak mahu mencabar Samy Vellu kerana sesuatu sebab ataupun lebih dari itu, ini merupakan usahanya yang ketiga dan mungkin yang terakhir baginya. Selain pertembungan 1989, mereka berdua pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 1979 dan telah kalah tipis.

Walaupun Subra begitu berhati-hati dalam wawancara yang diadakan di rumah kediamannya di Seksyen 16, Petaling Jaya, gaya gerak-geri badannya memaparkan pertanda yang berbeza - tidak mungkin Subra akan menyerah kalah dengan mudah walaupun sedar yang dia berdepan dengan seorang gergasi.

- K. Parkaran - 12.04.2004

Catatan penterjemah: Mengikut seorang perawi, Samy terpaksa menyerahkan jawatannya kepada Subra sebelum 2006 disebabkan Faktor tiga ‘K’. Lainlah kalau Subra ‘lesap’ seperti Dr. Fernandez di Lunas, dulu!
Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN