Masa Depan Pemikiran Islam
TAG 1495-3:
Bahagian 3: Mentaliti Keganasan – Dan Mainan Negara Yang Dilakonkan!
(The Mentalitty of Violence and athe Games nations Play!) Oleh Tarek Heggy. 26 Disember, 2003

Walaupun saya percaya bahawa mentaliti keganasan itu pada dasarnya adalah disebabkan oleh faktor dalaman, saya juga percaya bahawa wujud faktor luaran yang menyumbang kepada penyebarannya. Terutama sekali usaha-usaha songsang oleh pihak tertentu untuk meraih kuasa yang dicetuskan oleh mentaliti keganasan itu bagi mencapai tujuan politik. Contoh yang amat ketara ialah sokongan yang diberikan oleh pejabat M16 di India kepada satu kumpulan yang berusaha pada awalan abad kedua puluh dulu untuk menyatukan Semenanjung Arab di bawah satu sistem politik yang menghalalkan apa juga terjemahan Wahhabi terhadap ajaran Islam. Pergerakan Najdi yang juga dikenali sebagai Ikhwan (Muslimin) adalah satu contoh utama betapa wujudnya trenda ini pada tahun kedua puluhan di abad dulu.

Raja Abdul Aziz ibn-Saud, pengasas jelmaan ketiga negara Saudi, telah dipaksa untuk pergi berperang terhadap kumpulan yang menuduh beliau menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar kerana beliau menerima pakai ciptaan Barat seperti radio,kereta, telefon dan sebagainya.

Pada waktu yang sama Mesir telah menyaksikan satu pakatan antara British dan maharajanya, yang mempunyai minat mewujudkan satu entiti politik alternatif sambil menggunakan populariti agama di Mesir. Muslihat ini bertujuan sebagai pengimbang tara kepada pengaruh Ward Party, yang ketika itu memimpin satu pergerakan untuk merobah perlembagaan, mewujudkan sistem berparlimen dan juga kemerdekaan. Pakatan yang dibuat secara berahsia itu, kini sudah difahami oleh setiap pelajar sejarah moden Mesir.

Inilah contoh bagaimana orang politik bermain dengan bahaya akan mentaliti keganasan dengan harapan mereka dapat menggunakannya untuk mencapai matlamat sendiri. Mainan itu diulang semula pada 1970-an oleh Mesir dan kemudiannya diulang sekali lagi oleh Amerika Syarikat di Afghanistan.

Semua kes ini menunjukkan betapa faktor luaran telah membantu mentaliti keganasan mencapai satu tahap pembangunan dalam tahap politik dan ketenteraannya. Kalaulah tidak kerana Perang Dingin dan kepercayaan kabur oleh sesetengah pihak bahawa agama itu boleh digunakan sebagai alat menjuarai konfrontasi itu semua, mentaliti keganasan itu tidak mungkin dapat mencapai tahap ukuran seperti yang ada sekarang ini.

Walaupun pada sebahagian besarnya, semua itu adalah hasil faktor dalaman seperti tekanan politik, kekurangan pergerakan sosial, kehilangan kecekapan, kehampaan yang berlarutan, diperkasakan oleh sistem pendidikan dan penerangan yang usang, mentaliti keganasan telah diberikan suntikan besar oleh faktor luaran gara-gara salah-congak yang bukan kepalang silapnya di abad kedua puluh itu.

Akan bersambung ke Bahagian 4

- Tarek Heggy
Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 03.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Tangguhkan dahulu!