Harapan & Kenangan Seorang Sultan Umno


Harapan:
Sultan Pahang gesa rakyat sokong BN

TEMERLOH 26 Feb. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini mengingatkan rakyat dari pelbagai kaum di negeri ini supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan faedah pembangunan dapat dinikmati secara berterusan.

Baginda berharap, rakyat membuat penilaian mendalam terhadap pesanannya itu berdasarkan usaha dan sumbangan kerajaan selama ini.

``Saya merayu kepada rakyat supaya beri sokongan tak berbelah bagi kepada BN (kerajaan) dan pemimpin-pemimpinnya, saya harap pesanan ini dikaji serta diteliti sehalus-halusnya.

``Kalau benar ada perubahan (pembangunan dilaksanakan kerajaan) berilah sokongan,'' titah baginda pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor, Mukim Mentakab dekat sini hari ini.....

Sultan Pahang suruh rakyat undi BN
Fri Feb 27 2004 6:38:40 pm
219.95.175.223

Apakah gerangan nya Tuanku? hingga terjadi sedemikian.Adakah bumi sudah bergoncang? Rakyat diseluruh negara sudah seperti hilang akal Tuanku? Bukan saja rakyat dibumi Pahang ini, yang akan marah malah rakyat seluruh negara akan marah.Lim Kit Siang,Tian Chua dan Gobala Krishnan juga tidak terkecuali.
Janganlah tuanku bermuram durja seandainya UMNO kecundang ketangan PAS, sehingga bakal Menteri Besar nya nanti tidak dapat membantu melangsaikan hutang-hutang tuanku.

Hentikanlah tabiat buruk keturunan tuanku yang suka memburu anak-anak sri panggung.Ini bukannya tahun 1511 tuanku, ini tahun 2004. Rakyat tidak boleh membabi buta menurut titah tuanku.

Setiap kali sembahyang Jumaat rakyat mengaminkan doa khatib mendoakan kesejahteraan tuanku, tetapi tingkah laku tuanku, merendahkan darjat seorang sultan. Apa ni tuanku? Ampun Tuanku.

Bonus:
Kenangan Yang Mengusik Jiwa Sultan Umno:

http://www.sultanofpahang.com/Synopsis.htm

 27.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN