Hak cipta Intelektual Menjamin Keuntungan Kroni Mahathir?
Di muka surat 26, Utusan Malaysia 2 Oktober, 2003. termuat satu tajuk “Lapan CPU RM16,000 dirampas”

“KANGAR 1 Okt. – Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan (BSJP) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merampas sejumlah lapan unit pemprosesan pusat (CPU) komputer dan perisian bernilai kira-kira RM16,000 dari sebuah siber kafe di Taman Kemajuan di sini hari ini kerana disyaki menggunakan program salinan langgaran.

Jurucakap polis berkata, kesemua lapan CPU itu dipercayai menggunakan tujuh jenis perisian permainan milik Sendi Mutiara Multimedia Sdn Bhd., tanpa mendapat kebenaran salinan langgaran syarikat itu.

“Katanya, tujuh perisian yang dikeluarkan oleh syarikat itu terdiri daripada’ Blizzard Entertainment’, Sierra Entertainment’. ‘Black Label Gamen’, ‘Universal Interaksi’, dan ‘Empar’.

“Ini merupakan rampasan pertama seumpamanya yang dibuat di Perlis pada tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

“Menurut jurucakap polis itu, dalam serbuan pada kira-kira pukul 3 petang itu, disertai oleh lapan pegawai dan anggota dari BSJP Bukit Aman serta tiga wakil syarikat pengeluar hak cipta perisian permainan berkenaan.

“Beliau berkata, pemilik syarikat itu boleh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Hak cipta  1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap salinan langgaran terbabit.”

Sekali pandang, penangkapan ini memang boleh dianggap normal. Akan tetapi apabila ada penglibatan LAPAN pegawai dan anggota dari BSPJ Bukit Aman, semata-mata untuk merampas lapan butir CPU, kita boleh baca ini bukannya sebarang penangkapan.

Penangkapan in berbaur politik dan muslihat perniagaan.

Berapakah gaji lapan anggota Bukit Aman? Tentu melebihi RM16,000 sebulan. Apa pula pendapatan serong pengusaha siber kafe yang mempunyai lapan CPU? Tidak lebih RM500 sebulan. Itu pun kalau semua CPU itu sudah langsai hutangnya. Pengusaha siber kafe harus dilihat sebagai seseorang yang lebih berkorban kepada masyarakatnya daripada seorang yang berniaga untuk keuntungan. Dia memerlukan paling minimum, sekitar RM50,000 untuk memulakan perniagaannya. Pulangannya adalah amat tipis, lebih baik dia berniaga kedai makan di warung yang boleh memberikan pulangan lumayan dengan modal yang kecil.

Soalnya sekarang, hanya di Malaysia ada sibuk-sibuk akan hak cipta CD. Ia tidak wujud di Thailand, di Indonesia dan juga di Filipina.

CD yang dikatakan tertakluk kepada hak cipta boleh dibeli dengan murah di Imbi Plaza, Sungei Wang, Plaza Yow Chuan, Low Yuat dan merata Lembah Kelang. Adakah mana-mana kedai di sana yang ditangkap dan pengusaha perniagaan itu dipenjarakan?

Satu ketika dulu ada beberapa KILANG yang mempunyai mesin cetak rompak yang bernilai berjuta-juta ditangkap. Apa jadi dengan penangkapan itu?

Suka Siasat - 04.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - https://e-umno.tripod.com/

Click Here!