HENTIKAN
SALAHGUNA KUASA POLIS
Gabungan
Menentang Salahlaku Polis akan mengadakan suatu perhimpunan secara
besar-besaran untuk memprotes pelbagai insiden melibatkan salahguna kuasa
polis, terutamanya yang melibatkan kematian suspek-suspek di dalam
tahanan polis dan akibat tembakan polis, salahguna proses reman, penyuraian
perhimpunan yang aman dan penyekatan sebaran risalah. Keadaan menjadi lebih
keruh akibat ketiadaan keadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis dan
segala aduan telah tidak mendapat respon yang memuaskan dari segi penyiasatan
yang bebas dan transparen, tindakan tatatertib atau pendakwaan terhadap
pesalah anggota polis.
Oleh itu, kami
memanggil semua untuk hadir untuk memberi sokongan kepada perhimpunan ini
untuk memberi suatu mesej yang kuat bahawa segala salahlaku polis tidak
boleh dibenarkan untuk bermaharajagila dan harus diberhentikan dengan
serta merta.
"HENTIKAN
SALAHGUNA KUASA POLIS"
Perhimpunan
Menentang Salahlaku Polis
Tarikh:
28 Febuari 2004 (Sabtu)
Masa:
10.00 pagi
Tempat: Ibupejabat
Polis Bukit Aman
(Pintu masuk Lake Garden, Off Jalan Parlimen)
Info: 03 -
7782 0357 / 013 - 377 1473
Bersama-sama
Kita Suarakan Bantahan Kita!
- 19.02.2004