Menuju Ke Arah Malaysia Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Pilihan Raya Umum ke-11 akan diadakan pada 21 Mac 2004 ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya jangan membuang peluang keemasan ini dengan menukarkan kerajaan (BN) yang ada sekarang dengan kerajaan yang baru (Malaysia Baru).

Malaysia Baru adalah manifesto Barisan Alternatif (BA).

Inilah masanya kita seluruh rakyat Malaysia yang berakal fikiran yang waras dapat menentukan baik buruk pemimpin yang akan datang melaksanakan tugas dengan baik untuk memerintah negara Malaysia yang tercinta ini nanti. Kita harap rakyat Malaysia jangan takut untuk merubah seperti slogan Proton "Berani Berubah".

Kita harap rakyat Malaysia jangan mempersia-siakan harapan mereka yang dizalimi oleh ISA serta mereka yang teranaiya.
Kita harap rakyat Malaysia jangan takut untuk mengundi BA pada masa mengundi nanti.
Kita harap rakyat Malaysia akan hidup aman sejahtera dalam negara Malaysia Baru nanti.
Jangan terpedaya dengan slogan "Gemilang, Cemerlang & Terbilang" nanti jadi "temberang, tembelang & terus hilang"
Jadikan Malaysia ini negara Malaysia Baru yang dipimpin oleh orang yang jujur dan amanah serta yakinlah kita pasti akan berjaya sekiranya rakyat Malaysia dapat berfikir secara waras tanpa takut dengan tekanan kerajaan BN yang selama ini sombong bodoh mengatakan hanya BN saja yang dapat memberi pembangunan di Malaysia ini.

Jangan kita tertipu sekali lagi dengan janji BN kerana kata-kata mereka indah khabar dari rupa.

Mereka sanggup menipu orang-orang kampung dengan janji pembangunan sedangkan pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah bukan hanya berjanji waktu pilihan raya saja....

Kenyataan pemimpin BN seperti orang yang tidak berpijak di bumi nyata. Mereka saja yang betul semua orang lain tidak betul. Pemimpin BN selalu berkata "Kalau BN kalah semua pembangunan akan terbantut dan negara akan huru-hara".

Apa punya kenyataan ini macam budak tidak pernah pergi sekolah saja yang akan terpengaruh dengan kenyataan pemimpin BN ini. Jadi kalau kita tidak mahu terus diperbodohkan oleh pemimpin BN maka sekaranglah masanya kita memberi undi kepada BA semoga kita dapat keadilan & bulan yang mengembang pasti muncul di Negara Malaysia Baru nanti. InsyaAllah. Semoga hati rakyat Malaysia terbuka untuk bersama-sama mengundi Barisan Alternatif nanti.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan memberi hidayah kepada kita semua yang cintakan Islam dan keadilan.

Semoga negara kita selamat dari pemerintahan yang zalim terhadap orang tahanan yang tidak bersalah & bebaskan diri kita dari jajahan BN. Sekali lagi diingatkan jangan mempersia-siakan harapan rakyat Malaysia untuk mendapat pemerintahan yang adil, amanah dan bebas dari segala gejala rasuah. Semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia pada hari mengundi nanti untuk memberi mandat kepada Barisan Alternatif untuk memerintah Malaysia Baru.

Selamat Mengundi barisan Alternatif (BA) dan semoga impian kita untuk mendapat pemerintahan yang baru dan melihat Malaysia Baru tercapai.

Sekian wassalam

Kiriman Suara Rakyat Malaysia - 19.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN