Tun KLM: Hadhariyyun yang memartabatkan `Penyangak Besar` 
Assalamualaikum Tuan Pengarang!

Setelah hampir sebulan setengah tulisan saya tidak menjengah ke alam siber banyak juga hal-hal yang berlaku untuk diperkatakan, memperkatakan sesuatu bukan bererti kita penyibuk atau `busy body` seperti kata sesetengah orang sebaliknya itu merupakan tanggung jawab asas sebagai insan kerana hidup tiada sebarang erti kalau kita enggan membicarakan kebenaran.

Terang merupeken simbol kepade kebenaran,keadilan,hidayah dan keimanan manekale gelap atau zulumat adelah lambang kepalsuan,kekufuran,kezaliman serte kesesatan. Hidup yang tidak bermakne adelah mewakili kelompok zulumat.

Siapa enggan bertindak sebagai jurubicara kebenaran sudah pasti dia komunis

Di tanahair tercinta yang sudah pun memasuki tahun ke-47 sambutan kemerdekaannya ini tiada siapa paling layak digelar `kelompok zulumat sepanjang zaman` melainkan UMNO (United Marxist National Organisation).

Sekali lagi suke saye memperingatkan sdr/sdri,saye bukan sengaje menuduh Umno sebagai Komunis (Marxist) sebaliknye hanye mengulang-ulangi kenyataan yang telah dibuwat oleh MP Kota Baru Zahidov Ibrahimov; bahawe sistem memilih pemimpin di dalam Umno sekarang sama dengan sistem komunis.

Jika ustaz-ustaz,imam-imam, lebai-lebai dan para professor kangkong termasuk Imam Duit, Ustazah Dr Shit, Profesor Dolah Md Zain dan Dr Amran Kasimin kurang senang kerana dilabelkan sebagai pensyubahat kepada komunis ( Umno), janganlah sesekali memarahi saya sebaliknya berbincanglah dengan YB Zahidov Ibrahimov.

Bukankah Zahidov itu satu-satunye lawyer Hadhariyyun terbukti paling berani menempah api nerake kerane telah mempamerkan skill dan komitmen begitu tinggi kepade umum ketike mengemukekan saman terhadap Allah swt ( hukum Hudud) di Mahkamah Tinggi KL beberape bulan lalu demi mengesah dan menobatkan Umno sebagai parti komunis tulen.

Tiada seorang pun agamawan Umno yang berani tampil ke depan menegur kefasadan Zahidov,semuanya seolah-olah rehda dengan dosa besar yang dilakukan oleh lawyer Hadhariyyun itu.

Hanya mentaliti komunis dan golongan kufur yang sealiran dengannya sahaja tidak merasakan apa-apa apabila mereka menentang Tuhan semesta alam, begitulah hakikat para penganut Umno.

Benar wahai sdr/sdri ku ,kalau kamu bertanye kepada sekaliyan orang waras akal dan sempurne akidah pasti jawapan mereke same yaani barang sesiyape enggan menjadi jurubicare kebenaran sudah pasti mereka jurubicare kepada kepalsuan dan bapak kepada kepalsuan itu adalah Syaitan yang menjadikan komunis serta isme-isme lain sebagai proksi untuk menyesatkan umat manusiye.

Kurniaan Tun Kepada KLM: Cara Hadhariyyun memertabatkan Penyangak Besar

Mungkin sdr/sdri ku tertanya-tanya siapa gerangan Tun KLM kerana bunyinya macam susunan huruf roman sahaja, sekali dengar begitulah dua kali dengar lain pula kisahnya. Mahu tahu apa kisahnya ?

Begini….. K itu membawe maksud Khalil (Khalilov nama komunisnye), L pule Ling Leong Sik (Leong Sikov) dan M ditujukan kepade Mahathir (Mahathirov).

Bukankah ketige-tige `penyangak besar` kepade bangse Malaysia itu masing-masing sudah memperolehi bintang kebesaran tertinggi daripade YDPA yang membawe gelaran Tun.

Ringkasan kepada ketiga-tiga Tun `penyangak` itu adalah KLM dan itulah cara paling hebat yang diperagakan oleh puak-puak Hadhariyyun (para penganut Islam Hadhari) untuk mengenang `jasa–jasa besar` para pemuka mereka.

Khalilov kini TYT YDP Negeri Melaka memang terkenal sebagai Kepala Perompak Balak, Ling Leong Sikov Si Kepale Ikan Busuk merupekan satu-satunye Presiden MCA (sekarang bekas) yang terang-terang menggunekan khidmat dan melindungi kumpulan `triad` gangster Cina untuk mengumpul kekayaan dan membine kekuwatan politiknye.

Manakala Mahathirov sudah pun termasyhur dengan gelaran Si Kepala Taik yang akan dibawanya sampai ke liang lahad itu pun kalau bumi sudi menerima dia, kalau bumi menolak; gelaran Kepala Taik itu tetap unggul walaupun jasadnya nanti terpaksa diawet.

Kezaliman dan kefasadan Mahathirov belum terhenti sedikit pun,hanye wajah dan tubuhnye yang semakin uzur dan kerepot itu sahaje jarang-jarang muncul di khalayak ramai namun kejahatannye tak kunjung padam, sdr/sdri ku masih tak percaye?

Jangan mudah terpesona wahai sdr/sdriku! Kalaulah Mahathirov itu sudah berkurangan kezalimannya gerenti DS Anwar Ibrahim sudah lama dibenarkan ke German untuk menjalani rawatan.

Satu duniye sudah tahu bahawa keputusan para hakim 2-1 memihak kepade Anwar dan Sukma di dalam rayuan mereke di Mahkamah Persekutuan Putrajaya namun segale-galenye ditidakkan oleh Mahathirov sehingge keputusan sepatutnye diumumkan pade Julai 22 lalu terpaksa ditangguh sampai ke satu tarikh yang siyape pun tidak tahu.

Sepatutnya perkara yang menyentuh hak asasi insan dan soal keadilan itu tidak sedetik pun dibiarkan lewat perlaksanaannya jika PM ke-5 jua selaku pengasas mazhab Hadhari benar-benar berani dan beriman.

Dukacita sekali ! cucu ulama tersohor itu terlalu pengecut dan imannya pula kelabu asap untuk memudahkan puaka Mahathirov terus merasuknya..

“Tunggu Pak Lah diendors menjadi Presiden Umno 29 September nanti,sesudah itu barulah Anwar bebas” demikiyan propaganda para pembodek setiye Imam Hadhari untuk menyedapkan hati rakyat yang masih kental menyokong perjuwangan Anwar.

Boleh percaya ke ? Selagi Dolah Lembik namanye dan selama mane Umno partinye sampai kiyamat pun sukar untuk dipercayai janji-janji yang ditabur,justeru itu rakyat jangan mudah termakan umpan yang ditabur kalau mereke tidak mahu menjadi ayam daging.

Sekali lagi saya tegaskan cengkaman Mahathirov Mahataik masih belum longgar sedikit pun,pengurniaan bintang kebesaran tertinggi (Tun) yang dimilikinya sebaik-baik sahaja dia berhenti 31 Oktober 2003 lalu,diikuti pula beberapa bulan sesudah itu kepada Ling Leong Sikov serta terbaru kepada Khalilov Yaakobov,sengaja dirancang untuk membolehkan mereka memperolehi `kekebalan` daripada sebarang tindakan undang-undang.

Benar sdr/sdri ku! Janganlah kamu ragu-ragu lagi itulah realitinye……hanye perompak yang tahu menghargai jase pare `penyangak besar` di kalangan mereke ! dan perompak itu adelah Dolah Hadhari dengan sekeliyan komunis Umno BN nye.

Exco Agama akui Khir Toyo main politik wang

Tidaklah diketahui sama ada YB Dato Dr (Dr belilah !) Abd Rahman Palil anggota Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor juga selaku Adun Sementa dan Ketua Umno Bahagian Kapar sengaja atau tidak ketika beliau terlepas cakap di SUK Shah Alam baru-baru ini bahawa MB Selangor `main politik wang` untuk mendapatkan pencalonan terbanyak bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Macamana tak dapat pencalonan tertinggi kerana taburan wangnya pun cukup tinggi” begitu kata Rahman Palil kepada beberapa orang tertentu,mungkin beliau terlajak atau mungkin juga beliau sudah ada agenda tersendiri untuk `memainkan` Dr Khir.

Semuwe orang tahu,hubungan Rahman Palil dengan Khir hanya intim pade peringkat jawatan di dalam parti sahaje. Dr Khir selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor telah melantik Rahman Palil sebagai Ketuwe Penerangan dan atas kapisiti itulah Rahman dilantik sebagai anggote Exco.

“Kalau Rahman bukan Ketua Penerangan Umno Selangor kempunanlah beliau daripada menduduki kerusi Exco buat selama-lamanya “ kata seorang veteran Umno Selangor.

Dengar khabar selepas PA Agung Umno September ini struktur Badan Perhubungan Umno Selangor akan dirombak dan kemungkinan besar name Rahman akan digugurkan daripade Ketuwe Penerangan Umno Negeri jike Dr Khir masih lagi Pengerusi.

Kate kekawan Umno di Kapar yang cukup masak dengan kelicikan Rahman Palil,mereka tidak terperanjat sekiranya Rahman akan terus kekal sebagai Ketua Penerangan Umno Negeri Selangor sebaliknya Dr Khir Toyo akan menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri selepas PA Agung Umno nanti.

Saya tanya mereka: “Macam mana perkara itu boleh berlaku?” Jawab mereka ringkas dan padat: “Tidak mustahil Dr Khir akan kalah di dalam MT dan siapa saja boleh mengatur kekalahan itu…..”

Lalu hati saye segere berkate: “Apekah Rahman Palil akan memusnahkan Khir Toyo ?” Tidak perlulah saye memeningkan kepale untuk tercari-cari resolusinye. kerane budaye tikam menikam dan sepak menyepak dari belakang,depan,kiri dan kanan itu sudah menjadi rukun politik Umno.

Lagi pun YB Dato Dr ( Dr belilah !) Rahman Palil masih lagi merupekan salah seorang `hard core` Mike Tyson Naib Presiden Umno yang terkenal dengan sejarah kahwin larinya dengan Puteri Raja dan menyeludup berkilo-kilogram wang rakyat keluar negara.

Kalau Mike Tyson mahukan Dr Khir tewas sudah pasti Rahman Palil akan berkate: Yes Sir Mr Vice President !

Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!

Berani Kerane Benar!
Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!

SI SONGKOK TINGGI KAPAR  - 11.08.2004  (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: