Seberat-Berat Derita Nirmala Tidak Setanding Derita Anwar Ibrahim.
Assalamualaikum Tuan Pengarang!

Melayu Islam yang sudah hilang sensitiviti

Semua orang sibuk memperkatakan derita Nirmala pembantu rumah Indon yang di dera sehingga tubuh badannya sudah tidak lagi menampakkan keasliannya sebagai manusia biasa.

Kesan luka, melecur dan hangus kerana dicurahkan air panas, dibelasah dengan cawan besi dan di gosok dengan seterika panas di luar tubuh lambat laun mungkin hilang tetapi cedera di hati amat sukar untuk sembuh.

Nirmala bukanlah pembantu rumah pertama di dera oleh majikan berbangsa Malaysia yang terkenal dengan keserba-bolehan mereka..Ratusan kes-kes deraan sudah pun berlaku sebelum ini. Bukan setakat deraan fizikal bahkan sampai ke tahap deraan seksual,deraan perasaan dan berbagai-bagai bentuk deraan lain.

Saya yakin para pembaca sudah lali mendengar cerita bagaimana pembantu rumah asing (terutamanya Indon) beragama Islam bukan sahaja tidak dibenarkan beribadah bahkan dipaksa memasak daging babi dan memandikan anjing oleh tuan-tuan non-Muslim mereka.

Apa reaksi umat Melayu Islam apabila dimaklumkan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya itu menimpa ke atas saudara-saudara seagama mereka itu meskipun berlainan nasionaliti?

Reaksi mereka cukup hambar bermula dari orang besarnya sehinggalah orang kecilnya,dari orang alimnya sehinggalah orang jahilnya semua seolah-olah tidak merasakan apa-apa apabila saudara seagama dan serumpun diperlakukan seperti hamba tebusan (Kunta – kinte). Habis-habis mengeluh dan menghulur sedikit bantuan material, titik!

Bagaimana bangsa Melayu Islam yang satu ketika terkenal dengan kentalan semangat keagamaan dan persaudaraan itu, kini seolah-olah bagaikan bangsa yang tidak memiliki apa-apa maruah pun?

Kalaulah ini implikasi daripada perjuangan mengejar kemajuan yang telah ditegakkan selama 22 tahun oleh Mahathirov Mahataik, maka dia harus berbangga dengan kejayaannya itu kerana sahlah Melayu kini sedang di dalam proses melahirkan orang-orang seperti Shah Rukh Khan yang amat berbangga menganut fahaman sekularisme.

Bukan sahaja sentimen agama dan persaudaraan serumpun sudah tertanggal bahkan aqidah juga hampir hancur bahana `agama baru` yang dibawa oleh Mahathir Mahtaik menerusi Umno (Baru)nya. Agama baru itu kini disambung pengamalannya bersungguh-sungguh oleh Dolahov dengan versi Hadhari untuk terus menyesatkan ummah.

“Peduli apa penderaan terhadap pembantu-pembantu rumah itu,lagi pun mereka dibayar gaji,terpulanglah kepada majikan mereka nak suruk masak babi ke suruh mandikan anjing ke, kalau ada deraan pun apa nak hairan, di negara–negara Arab lagi dahsyat.” demikian tanggapan kebanyakan puak-puak Melayu celupan Umno yang meletakkan Arab itu sebagi contoh pengamal Islam terbaik dari dulu sampai sekarang.

Apalah sangat derita Nirmala, jika dibandingkan dengan Anwar.

Seteruk-teruk derita yang telah di lalui oleh Nirmala selama lima bulan itu,dia punya ruang untuk melarikan diri daripada seksaan itu. Meskipun negara ini bukan tanah kelahirannya namun masih ada orang yang sanggup menolong dia lolos dan membuat laporan polis.

Pihak polis yang sudah lama dipekuda-kudakan oleh Dolahov untuk mencabul hak asasi rakyat itu pula dilihat cukup baik; menerima laporan dan bertindak serta merta. Maka puji-pujian pun dihamburkanlah kepada polis seakan-akan skuad itulah yang paling cekap menangani sebarang kes jenayah yang mengganggu keharmonian manusia.

Mahkamah dan para petugasnya termasuk hakim-hakim yang sudah lama menjual maruah mereka kepada Dolahov dan pengongsi kebangsatannya,pun turut dilihat cukup efisien; pendera tidak diberikan peluang ikatjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Segala macam media penjilat perdana pun melaporkan kes Nirmala itu dari pagi sehingga dinihari tanpa henti memuji memuja keberkesanan jentera Dolahov membanteras sebarang gejala yang bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan. Ptuihhh!!!

Tetapi semuanya hipokrit, double standard dan penuh dengan kemunafikan. Sistem kehakiman dan perundangan yang sama terus menafikan hak Anwar Ibrahim seorang warga yang amat menyayangi tanah air dan rakyat yang berada di dalamnya.

Anwar terus dilayan seperti mana `penyangak besar Amerika` melayani suspek Taliban dan al-Qaeda di pusat tahanan Guantanamo.

Seawal 20 September 98 apabila wira rakyat itu dipisahkan daripada anak isteri sanak saudara dan para pengikutnya, seluruh jentera kerajaan diperkudakan secukup-cukupnya oleh `bapak sekularisme Malaysia` Mahathirov untuk menjahanamkan Anwar.

Polis menjadi anjing, hakim menjadi serigala, para mufti (bukan semua) menjadi pencacai upahan, para cendekiawan menjadi baghal tunggangan, para korporat menjadi pengeluar modal menyempurnakan konspirasi.

Para menteri, para pegawai tinggi kerajaan dipaksa menjadi lembu tenggala, wakil rakyat dan pemimpin di semua peringkat seluruhnya digabungkan bagi memastikan Anwar tidak akan bangkit-bangkit lagi untuk melakukan Reformasi.

Seolah-olah Anwar itu penyangak besar dan bukan warga yang pernah menabur jasa besar ketika berperanan di dalam kerajaan - maka dia mesti di habiskan dengan apa cara pun.

Tak cukup UTK (Unit Teroris Kerajaan) menyerbu kediamannya secara brutal pada malam 20 September untuk memberkas Anwar,disusuli dengan percubaan membunuh oleh Kaki Pukul Negara Rahim Noor, percubaan meracun dengan Arsenik, perbicaraan sarkas yang diadili oleh hakim-hakim beruk, penyeksaan berpanjangan dengan menafikan hak rawatan terhadap kesakitan yang dialami semuanya itu adalah manifestasi betapa kejam dan busuknya hati Mahthirov.

Pendek kata tiada sedikit ruang yang dibazirkan oleh Mahathirov Mahataik untuk memusnahkan Anwar, namun rencananya itu tetap gagal.

Last-last situa bangsat itu meletakkan jawatan dan menyerahkan tugasan untuk terus menyeksa Anwar (rakyat) kepada Dolahov (komunis baru di dalam Umno; bukan kata saya tetapi berdasarkan statemen dibuat oleh Zaid Ibrahimov lawyer buruk Umno yang sedang gila meroyan).

Lalu apa perlunya rakyat Malaysia terlalu sibuk membicarakan kes Nirmala itu,kalau kes sebesar `kes Anwar Ibrahim` yang dilihat dan didengar keganjilan dan ketidakadilannya oleh seluruh warga dunia yang berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang dan hak asasi kemanusiaan itu tetapi tidak begitu di sisi Dolahov dan parti komunis Umnonya!

Saya percaya mesej saya ini senang difahami kecuali otak tuan-tuan dan puan-puan terutamanya ahli-ahli karat biru parti komunis Umno lebih rendah tarafnya dari otak lembu.

Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!

Berani Kerane Benar!
Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!

SI SONGKOK TINGGI KAPAR  - 25.05.2004 -(suntingan M@RHAEN)
Catatan: Makne perkataan Keling pade saye: Berbohong dari segi perkataan, perbuatan dan niyat macam Mahathir…. . tak ade makne lain tau…)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN