Rasuah: Khir Toyo Sendiri Makan, Sendiri Nafi, Sendiri Bersihkan Diri
Assalamualaikum Tuan Pengarang!

Akhirnya saat yang dinanti dengan penuh pelbagai debaran dan kegilaan berakhirlah sudah. Semua pihak sama ada BA tau pun BN telah pun menghebahkan secara rasmi senarai calon masing-masing.

Bab calon-mencalon tak perlulah diulas panjang lebar. Memadailah jika dirumuskan mana-mana yang tercalon pastinya akan tersenyum meleret dan yang tidak tersenarai atau digugurkan sekurang-kurang akan menangis di dalam hati lantaran sedih kerana sudah tidak diperlukan lagi. Fenomena sebegini selalunya melanda BN.

Calon BN Tersenyum Tawar

Sayugia diingat, calon-calon BN sekarang ini hanya boleh tersenyum selepas nama mereka dicalonkan tetapi belum pasti senyuman itu akan berterusan sehingga kemalam keputusan pilihan raya diketahui 21 Mac nanti.

Silap-silap haribulan ada yang meraung, menendang kerusi meja dan menyumpah seranah pekerja parti kerana tewas di tangan calon BA.

Kalau dulu sebelum Reformasi, calon-calon BN khususnya di negeri-negeri `karat Umno` boleh berkempen sambil rileks-rileks kerana bak kata orang jika diletakkan `tunggul kayu` pun BN akan menang, tetapi sekarang belum tentu lagi akan menang meskipun calonnya seorang Doktor.

Khir Toyo Perasuah Elit, janganlah bercakap besar sangat! Cukuplah dengan amalan rasuah yang besar-besar janganlah pula ditambah dengan kelentung besar untuk melindungi penyelewengan besar.

Hassan Ali, Azmin Ali, Ismail Kamus, Ezam Mohd Noor dan seluruh pemimpin serta penyokong BA bukan `kayu mati` seperti mana kebanyakan pembesar-pembesar dan penyokong Umno yang kurang bermaruah dan bangang.

Tokoh-tokoh BA dan para penyokong mereka tidak akan membenarkan impian Khir untuk mensifarkan pembangkang menjadi kenyataan.

Lagi pun tatkala ini (musim pilihan raya) Khir Perasuah Elit Umno tidak berhak menggelar BA sebagai pembangkang. BN juga tak berhak mendabik dada sebagai parti pemerintah. Keputusan untuk menentukan siapa pemerintah dan pembangkang hanya ditentukan selepas 21 Mac nanti.

Tidak mustahil Umno BN akan duduk di kerusi pembangkang,BA pula jadi kerajaan kerana rakyat Selangor sudah menanam tekad tidak akan menyerahkan lagi negeri itu kepada Perasuah Elit dan penyangak-penyangak peliharaannya untuk lima tahun akan datang.

Perasuah Elit yang menafikan rasuahnya sendiri

Pada penulisan lalu saya telah katakan bahawa: “Umno Itu Rasuah, Rasuah Itu Khir Toyo”. Martabat Khir dalam bidang rasuah ini sama tinggi dengan Mahathir Kutty. Mike Tyson (Mat Taib) pun terpaksa salut (salute) kepada kehebatan Khir membaham rasuah. Punyalah taat dan hormat Mike Tyson kepada Imam rasuahnya, sehingga merelakan diri tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi.

Muka tebal Khir Toyo (juga setebal muka Mahathir) begitu berselamba mengisytiharkan bahawa semua calon BN Selangor adalah sifar rasuah. Proses saringan telah dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum nama mereka dimuktamadkan sebagai calon.

MB dan KM negeri-negeri lain tidak pun meminta BPR membuat saringan terhadap senarai calon mereka, hanya Khir yang berbuat begitu. Adakah Khir lebih bersih daripada rakan-rakan sejawatannya yang lain?

Tidak! Bahkan Khir Toyolah yang paling teruk, dahsyat lagi haprak. Selain daripada Khalil Yaakub bekas MB Pahang dan Taib Mahmud KM Sarawak, Khir Toyo bolehlah ditabalkan sebagai Raja Rasuah di kalangan MB dan KM Umno BN.

Khir Toyo dan kroninya mengakui mereka memang perasuah. Isu kebejatan mereka ini kalau dijadikan bahan utama kempen pilihan raya pasti akan menarik minat rakyat untuk menyokong BA.

Penafian demi penafian yang dibuat oleh Khir dan barua-baruanya terhadap dakwaan rasuah itu gagal untuk meyakinkan rakyat Selangor bahawa Khir tidak rasuah.

Rakyat lebih percaya laporan yang dihantar kepada Ketua Pengarah BPR oleh pengamal media Ahmad Lutfi Othman dan pendedahan melalui ceramah-ceramah anjuran BA. Ya! selama lebih 3 tahun BA sudah berjaya memahatkan ke minda rakyat Selangor bahawa Khir Toyo memang perasuah besar. Bukan dongeng, bukan tohmah dan bukan fitnah!

Segenap lapisan rakyat percaya Khir Toyo perasuah besar. Umno percaya, MIC percaya, MCA percaya, Gerakan percaya, Imam surau percaya, paderi gereja percaya, sami-sami di kuil pun percaya, kaki seludup pun percaya, kaki ganja pun percaya…… pendek kata semuanya percaya Khir Toyo `perasuah besar`.

Pihak istana pun dikatakan sudah dua tiga kali menyindir Khir di dalam function-function tertentu khusus tentang amalan rasuahnya. Lalu siapa lagi yang tidak percaya bahawa Khir itu Rasuah, Rasuah itu Khir!

Terbelenggu dengan isu seberat itu, Khir tidak punyai jalan lain untuk melepaskan diri kecuali memperalatkan BPR itu sendiri untuk proses pembersihan. Agar tidak kelihatan BPR itu semata-mata diperalatkan untuk kepeningannya seorang, maka Khir Toyo terpaksalah menghantar semua senarai calon Umno BN Selangor untuk saringan.

Rakyat Selangor tidaklah sebodoh seperti sangkaan Khir Toyo, meskipun seribu kali Khir Toyo menghebahkan bahawa BPR sudah pun membersihkannya dari kes-kes rasuah, namun siapa yang mahu mempercayainya kerana Umno di zaman Mahathir –Dolah Badawi adalah Umno yang telah meliwat segala-galanya .

Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!

Berani Kerane Benar!
Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!

SI SONGKOK TINGGI KAPAR  - 13.03.2004 -(suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com
Catatan: Makne perkataan Keling pade saye: Berbohong dari segi perkataan, perbuatan dan niyat macam Mahathir…. . tak ade makne lain tau…)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN