Apabila Orang Umno Keluar keADILan 
(buat Rahman Palil dan Hamidzun)
Assalamualaikum Tuan Pengarang!

Parlimen sudah pun dibubarkan, hanya menanti waktu untuk penamaan calon, berkempen seterusnya mengundi dan selepas itu barulah ditubuhkan kerajaan baru yang akan menentukan nasib rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun mendatang.

Kali ini dan di sepanjang musim berkempen saya akan cuba menulis dalam bentuk yang normal agar mudah difahami oleh semua pihak. Sebaik-baik sahaja pilihan raya selesai nanti maka saya akan kembali ke `stail` asal saya.

Dato Rahman Palil Kaki Kelentung Berlagak Warak.

Tidaklah saya sangka bahawa Dato Rahman Palil bekas ADUN Sementa begitu punya bacul dan bongok. Sekali pun sudah terdesak janganlah buat kerja sebangang itu.

Lima enam hari yang sudah Rahman Palil mengaturkan suatu majlis untuk mengisytiharkan konon 210 orang penyokong BA (150 Pas-60 keADILan) telah memasuki Umno.

Siapa yang mahu ditipunya hah? Umno tolol boleh lah,orang BA tak semudah itu tertipu. Wahidin Darman yang dikatakan Ketua Penerangan Pas Kawasan Kapar tu,entah mana-mana punya penyangak pun kita tak tau.

Begitu juga dengan seorang lagi musibat kononnya bekas Bendahari keADILan Bahagian Kapar, itu pun tak pasti siapa orangnya, pendek kata Umno dan Rahman Palil tipu orang Umno dan rakyat hidup-hidup!

Setelah Pas Kawasan bersama keADILan Bahagian Kapar membuat laporan polis barulah kelam kabut Rahman Palil….. cis buat malu kompeni saja!

Tapi apa yang nak dihairankan, Rahman Palil sejak menjadi Adun Sementa kemudian menang Ketua Bahagian selepas itu bergelar Dato`, segala `ilmu agama yang dipelajarinya ditolak tepi. Belajar agama pun bukan tinggi sangat,setakat 4 Thanawi sahaja!

Semua orang tahu betapa Rahman –SPM pun belum tentu lulus - tetapi tiba-tiba sahaja memperolehi `title` Doktor. Kalau tak menipu apakah namanya tu?

Bila bicara soal rasuah, jangan sangka dia tidak membedal, sebenarnya sejak sebelum menjadi Wakil rakyat lagi Rahman Palil sudah terkenal sebagai `tukang bedal`. Cuma dia sangat pandai berlakon, tidak menampakkan kekayaannya. Kalau nak tau dia adalah salah seorang banker `wang rasuah` Dr Khir Toyo MB Selangor.

Hamidzun Orang Umno Keluar keADILan.

Rahman Palil sebenarnya amat terdesak. Kedudukannya di DUN Sementa dikatakan tidak begitu selamat lagi. Ramai ahli-ahli Umno yang sudah lama meluat dengan dia. Antara sebabnya ialah Rahman Palil hanya memelihara tiga empat kerat kroni dan saudara maranya sahaja.

Bukan setakat itu,malah Rahman dikenalpasti sebagai orang yang sangat pekat `kejawaannya`. Apit lempang barua kiri kanannya semua orang Jawa, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan Umno pun diatur sedemikian rupa untuk `di `Jawakannya` secara menyeluruh.

Untuk memperkuatkan lagi `kejawaannya` Doktor Celup itu telah berjaya membawa masuk ke dalam Umno - Hamidzun Khairuddin bekas orang kuat keADILan Bahagian Kapar kira-kira dua tahun sudah - 2001.

Hamidzun menentang Rahman di DUN Sementa pada pilihan raya umum 1999. Rahman menang dengan majoriti 3000 lebih. Masuk bersama Hamidzun ialah Hj. Jamali. bekas Ketua Bahagian KeADILan Kapar.

Lawyer Hamidzun itu sebenarnya sudah bersedia untuk memasuki Umno (menjual kerusi) pada pilihan raya umum 1999 lagi, namun hal itu tidak berlaku kerana Rahman hanya sanggup membeli Hamdzun dengan RM300 Ribu sahaja, sedangkan yang diminta adalah RM500 Ribu.

Apabila sudah tewas Hamidzun di dalam pilihan raya, mau tak mau terus aktif di dalam keADILan lalu dilantik menjadi Ketua Pemuda Selangor, kemudian menang Exco Pemuda Malaysia sebelum dilantik sebagai SU Perhubungan keADILan Selangor.- (2001)

Tidak berapa lama setelah dilantik sebagai SU Perhubungan Selangor, Hamidzun mula dikesan menggeliat, asyik-asyik tak cukup duit sahaja. Parti keADILan mana ada duit nak bagi elaun dia, last-last dia menghilang begitu saja kemudian tau-tau sudah masuk Umno.

Ramai orang menyangka Hamidzun dapat habuan RM berjuta-juta, tetapi sebenarnya dia hanya ditawarkan untuk menjadi `peguam` kepada sebuah projek 40 unit rumah kos sederhana saja.

Bayangkan kalau seunit kos guamannya RM1500/, maknanya Hamidzun hanya dapat RM60 Ribu saja. Murahnya harga diri lawyer Jawa ni! Wang sebanyak tu berapa hari sangat boleh makan.

Selepas masuk semula ke dalam Umno, Hamidzun difahamkan pasang satu lagi bini. Dia kahwin dengan orang pantai timur kata orang `janda` dari Kelantan. Lantak dia lah…

Sebenarnya nama Hamidzun tu sudah tak ada apa-apa makna kepada sesiapa pun, BA telah melupainya dan Umno Kapar sendiri sedang menyisihkannya. Dia benar-benar tersepit.

Di dalam situasi serba tersepit itulah tiba-tiba Hamidzun tampil semula untuk mengisytiharkan diri keluar dari keADILan buat kali keduanya di hadapan Rahman Palil pada 4 Mac 2004.

Kedua-duanya `penipu besar`, seorang Doktor Celup seorang Lawyer Buruk. Cukup tak bermaruah. Semua orang tahu Hamidzun bangang tu sudah keluar keADILan kira-kira dua tahun lalu.

Cubalah tuan-tuan fikir (khususnya) para pengundi Parlimen Kapar (DUN Sementa), kalaulah hal sebegitu yang sudah diketahui umum mereka sanggup menipu terang-terangan, apa lagi yang mahu diharapkan dari mereka?

Berapa pula lagi wang sogokkan yang disuap ke mulut Hamidzun di dalam drama terbaru itu? RM60 Ribu yang terdahulu tentu sudah lama habis…

Kesiannn….. orang-orang Umno yang mati-mati bekerja kuat di cawangan-cawangan dapat tak berapa sen kadang-kadang langsung tak merasa apa pun, tetapi orang macam Hamidzun sekejap Umno, sekejap keADILan, kemudian Umno lagi, kemudian keADILan lagi, kemudian Umno lagi……… yang dipelihara oleh Rahman Palil.

Allah hu Akbar! Reformasi! Daulat Tuanku!!!

Berani Kerane Benar!
Hidup Agamaku! Hidup Bangsaku!

SI SONGKOK TINGGI KAPAR  - 06.03.2004 -(suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Catatan: Makne perkataan Keling pade saye: Berbohong dari segi perkataan, perbuatan dan niyat macam Mahathir…. . tak ade makne lain tau…)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN