DUN LUNAS Tetap Dipertahankan
Oleh Spy Lunas
Bilik Gerakan Utama DUN Lunas telah pun dibuka di pekan Lunas kelmarin. Berita tentang Saudara Tian Chua yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Lunas pun baru saya ketahui kelmarin. Pada mulanya saya merasa agak terkilan juga apabila Saudara Saifuddin Nasution (YB tak boleh guna dah pasai Parlimen dah bubar….patuh undang-undang wooo!) tidak akan mempertahankan kerusinya di DUN Lunas kerana kami telah merasai satu keserasian dengan beliau sebagai wakil kami di Lunas. Masih terbayang-bayang lagi bagaimana beliau begitu bekerja keras memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini tidak berapa lama dahulu. Kalau hendak dibandingkan dengan cara kerja Jin Kaki Kacau Kampung yang hanya bergerak apabila habuan wang ringgit tiba, Saudara Saifuddin ternyata meninggalkan mereka jauh di belakang. Karisma Saudara Saifuddin berjaya menarik bantuan sukarelawan dari masyarakat setempat termasuk masyarakat Cina bagi bersama-sama meredah banjir dan membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat di dalam musibah banjir yang sangat dahsyat itu.

Seperti yang saya sebutkan tadi, biarpun agak terkilan dengan berita Saudara Saifuddin yang tidak akan mempertahankan kerusi DUN Lunasnya, namun ianya terubat juga apabila beliau akan tetap mewakili kami dengan bertanding di atas tiket Parlimen Padang Serai. Manakala pengganti beliau pula bukanlah calang-calang orangnya iaitu Orang Besi kita, Saudara Tian Chua. Kepada masyarakat Cina di sini pula, nama Tian Chua tidaklah asing buat mereka terutama sekali selepas pilihan raya kecil DUN Lunas yang lalu. Melalui Saudara Tian Chua, masyarakat Cina pada masa itu mudah didekati dan berjaya digemblengkan untuk bersama-sama para pendokong BA menakluki Lunas. Semasa kes Saudara Tian Chua dibelasah oleh anjing-anjing KERAjaan dahulu, gambarnya disiarkan di dalam akhbar-akhbar Cina dan masyarakat Cina di sini turut marah dan bersimpati dengan beliau. Pernah saya memasuki sebuah kedai gambar di sini semasa kes Tian Chua masih hangat, mereka menunjukkan kepada saya gambar Tian Chua di dalam akhbar dan menceritakan pula kepada saya akan laporan yang dibacanya. Oleh yang demikian, tidak dinafikan lagi nama Tian Chua telah pun sedia terukir di hati masyarakat Cina di sini.

Kelmarin apabila saya melalui jalan di Pekan Lunas, saya ternampak bendera KeADILan berkibaran di salah sebuah rumah kedai di situ. Reformis Tan dari KL telah pun membersihkan kedai tersebut bagi tujuan dijadikan bilik gerakan utama DUN Lunas. Peniaga-peniaga Cina di deretan kedai yang sama turut memberikan alu-aluan yang positif. Percaya tak kalau saya beritahu bahawa salah seorang peniaga Cina di situ berkata “kita bagi PAS menang lagi bagus!”. Memang itulah yang saya sendiri dengar apabila peniaga itu datang mampir ke bilik gerakan yang baru dibuka kelmarin. Beberapa kenderaan yang lalu lalang di situ pula membunyikan hon tanda sokongan apabila menyedari kewujudan bilik gerakan yang baru dibuka itu. Malah ada yang berhenti untuk meminta poster bagi ditampal di kawasan mereka.

Saya belum lagi berpeluang bertemu dengan bakal wakil kami, Saudara Tian Chua. Namun semangat dan karisma beliau telah pun dapat saya rasai. InsyaAllah dengan berkat usaha gigih dan semangat perjuangan yang telah teruji di kalangan rakan-rakan pendokong BA di sini, kami akan mempertahankan kerusi DUN Lunas ini. Dengan Saudara Saifuddin sebagai wakil di Parlimen dan Saudara Tian Chua sebagai wakil DUN di Kedah, rasanya tiada gandingan yang lebih mantap dan meyakinkan lagi bagi memenangi hati masyarakat yang berbilang kaum di sini.

Teruskan perjuangan!

Spy Lunas - 10.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN