Terkuburnya Kompleks Yayasan Islam Perlis
Oleh Sorayanii.com

Terkuburnya Yayasan Islam Perlis
Sekali pandang ianya cerucuk bangunan tetapi pandangan kedua ia meyerupai batu nisan tanah perkuburan bersejarah YAYASAN ISLAM NEGERI PERLIS (gambar yang dikirimkan agak kurang jelas, kami akan cuba mendapatkan gambar-gambar berkaitan)
 
ASSALAMU’ALAIKUM..WBT
Salam Sejahtera  Salam Reformasi
Salam Perjuangan untuk semua Rakyat Marhaen

Di persimpangan  jalanraya persekutuan Kangar Alor Setar dan Jalan Dato’ Wan Ahmad  kita akan saksi satu kawasan tapak binaan terbengkalai seperti tertera digambar. Tapak binaan ini adalah milik Yayasan Islam Perlis.

Mengapa jadi begini? Ini kena  tanya UMNO/BN yang mentadbir negeri. Sumbangan dari sebuah negara Arab mencukupi untuk  bangunan 11 tingkat Kompleks Yayasan Islam ini. Tetapi malang seribu kali malang, lalang dan rumput lana yang melata lebih tinggi dari bangunan yang bakal membanggakan umat Melayu Islam di negeri Perlis. Ia merupakan salah satu mercu tanda Islam yang CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG  di negeri Perlis . Tetapi apa boleh buat “tangan tangan” yang berkuasa, tamak, haloba dan rakus tergamak memusnahkan harapan rakyat M@rhaen beragama Islam.

Kebocoran dana telah berlaku setelah diperkosa dirogol dan diliwat bergilir gilir dengan begitu kejam hingga Yayasan Islam mengalami trauma yang kronik tidak bermaya untuk bergerak sendiri terpaksa dipapah menunggu saat dikuburkan. Ia bagaikan seorang pelacur tua yang sudah luput tarikh kegunaannya (menopause) setelah madunya dihisap sepah dibiarkan bersepah bersempalit merata tempat

Wang peruntukan projek tersebut telah disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan kroni bagi membeli saham BERNAS dimana saham tersebut bermasalah semasa kegawatan ekonomi dan mengalami kerugian jika dipaksa jual. Hari ini saham  BERNAS milik “mereka” telah melepasi kerongkong mereka yang tercekik dan transaksi jual beli telah berlangsung  antara  Permatang Jaya Sendirian Berhad milik proksi & kroni dengan Al Bukhari Holding atas arahan  “yang diatas”. Dimanakah wang hasil jualan saham atas nama Yayasan telah ghaib??? Satu tanda tanya yang wajib disoal  oleh Rakyat M@rhaen  terhadap kepimpinan Umno/BN yang serba boleh.

Hari ini mereka menatang, menjaja dan mempelawa untuk menjual projek tersebut kepada berbagai towkeh, tokoh koprat termasuk Baitulmal Perlis dan Tabung Haji, malangnya lagi nasi sudah menjadi bubur, apabila dikaji selidik dalamannya ia dijangkiti sindrom  barah tersangat parah yang tidak bisa dibaiki lagi kecuali diberi injeksi jutaan Ringgit Malaysia

Nampak gaya projek Kompleks Yayasan Islam Perlis ini tersadai dan berkubur disini sahaja. Batu batu cerucuk bagaikan nisan yang melambangkan kerakusan kepimpinan UMNO/BN merompak hak milik orang Melayu Islam menumpang bangga…….

Lain pula ceritaaa …. Yayasan POK & KASSIM yang terletak antara persimpangan Jalan Mata Ayer dan JalanArau ….akar nya menjalar makin mengukuh maklumlah “menahan lukah dikegentingan” tak kiralah ikan  kecil ke…. ikan besar ke…..semua disauknya.. Berkesempatan “AKU BERKUASA” dapatlah “AKU” menimba khazanah yang terduga jangkaannya “BERAPA PERSEN BOLEH BAGI” ayat pembuka bicara. “Lampu ajaibnya” memang menjadi…. sekali gosok saja… jin jin dan hamba abdinya akan datang membawa mencurah curah harta rampasan sumber dari langit keberapa wallahu’alam; tanpa dipeduli halal haram. Hari ini Yayasan Pok & Kassim lebih menampilkan keceriannya dengan solekan dan tambahan bangunan disewa untuk menampung asas institiut pengajian tinggi KUKUM berapa sewanya ye…….???? Ini kena tanya yang berkuasa KUKUM. Sebuah Yayasan telah dinaik taraf yang bersesuaian dengan institiut pengajian tinggi sudah tentu banyak kos binaan nya……tanya sikit…  siapa yang menanggung????

Yayasan Pok & Kassim juga berperanan mengeluarkan hampers derma derma kebajikan anak yatim dan orang miskin. Untuk kenduri kendara yang besaq besaq tu dia hanya menggosok lampu ajaibnya dimana jin jin ni akan bertempiaran mengejar dan mencekik kontraktor yang yang terhutang budi dengan nya. Disegi zahir memang nampak baik amalan nya suka membantu orang dalam kesusahan (boleh dikatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak perlu bersusah payah) tetapi hasil sumber yang dipertikaikan……. haram atau halal ? Kesian yee orang kampong !!! tidak mahu ambil tahu punca rezeki yang diperolehi nya.

Walau bagaimana pun apa yang dikeluarkan dan didermakan hanyalah sisa sisa makanan yang terlekat dicelah gigi….terpelanting keluar setelah dicolek dengan pencolek gigi…………….

Sekian serba rengkas ceritera dua yayasan yang kontroversi ………………………….
Selamat mengundi “pilih lah yang terpilih”

Wassalam

Warga Perlis sekelian: SMS DAN SEBAR: "JANGAN BERI SHAHIDAN CEK KOSONG!!! CEK TENDANG BOLEH LAAA!!!!!

Kiriman: Sorayanii.Com
UMNO KUNO
Perlis Indera Kayangan Kingdom of BEN KASSIM
17 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN