PLKN Hellcamp Versi Malaysia Hadhari
Oleh Sirril Asrar
Assalamualaikum semua,

Amat mendukacitakan apabila kisah pemerkosaan mula terserlah di kem Khidmat Negara yang dilancarkan oleh mazhab baru iaitu puak Islam Hadhari yang amat meragukan sekali konsep dan arah tuju mereka.

Kes rogol sering terbayang di mata saya terhadap kem yang ditubuhkan oleh mazhab tersebut dan ianya memang benar terjadi dan telah benar-benar terjadi.

 Sebenarnya Islam Hadhari adalah satu cabang baru dalam umat Islam yang mana ianya merupakan salah satu dari 72 cabang yang bakal mengheret manusia ke lembah neraka. Kita sebagai umat Islam harus taat setia dengan satu jalan iaitu Ahluss Sunnah Wal Jamaah.

APA ITU ISLAM HADHARI?

Islam Hadhari merujuk kepada pemikiran dan wadah kehidupan yang dibawa oleh UMNO itu sendiri sebagai tunjang BN yang menerajui negara.

Ianya disokong kuat oleh mentaliti golongan murtad dan munafik yang banyak terselindung di sebalik UMNO itu sendiri.

Mereka ini adalah sebahagian dari JIN (yang tersembunyi) dan kurang menonjol melainkan memainkan peranan di sebalik tabir. Jika mereka muncul ia ditutupi dengan topeng agama bagi mengelabui orang awam.

Islam Hadhari adalah suatu jalan yang sesat lagi menyesatkan. Ini kerana Islam Hadhari menyokong penuh budaya kezaliman sebagai tradisi politik mereka.

Antara kesesatan Islam Hadhari

A) menghalalkan ISA.
B) penipuan demokrasi berpilihan raya.
c) memporak-perandakan sistem kehakiman negara dan membelakangkan perundangan Islam
D) mempertahankan golongan perasuah sebagai umarak.
E) menghalang rakyat menyuarakan teguran terhadap kepincangan kerajaan dengan pelbagai akta dan kekerasan.
F) menakutkan bukan Islam dengan menipu bahawa hukum Allah itu zalim seperti hudud.
G) menjalankan program yang meragukan atas alasan kepentingan negara bagi menjalankan agenda mereka tersendiri seperti program khidmat negara yang tidak disadur dengan pendidikan akhlak dan akidah.

Fungsi Program Khidmat Negara

1. Menarik keluar golongan remaja dari kawalan ibu bapa untuk dikumpulkan di suatu tempat dalam jagaan puak Islam Hadhari bagi menabur agenda mereka secara halus.

2. Merosakkan akhlak muda mudi agar menerbitkan masyarakat yang lalai dari agama dan bebas bergaul.

3. Menyemai benih-benih gejala sosial seperti rogol, pergaduhan dan seumpamanya. Rogol amat penting bagi merosakkan muda -mudi dan seks secara rela lebih diutamakan supaya tidak menjadi isu hangat di kalangan ibu bapa kerana ianya boleh disembunyikan berbanding rogol atau pemerkosaan.

Kerosakan golongan wanita bisa menjana masyarakat yang lari dari agama seterusnya memegang konsep Islam Hadhari Umno yang lebih bebas untuk kepuasan nafsu dan selera muda-mudi selain menjauhkan mereka dari merapati perjuangan Pas dan ulama sejati.

Kesimpulan

Kem Latihan Khidmat Negara berpotensi menjadi HELLCAMP yang terbaru dan lebih terbuka berbanding dengan kem ISA .Kerana kem ini mampu menarik minat muda-mudi menganut fahaman Islam Hadhari yang banyak memberi mereka kepuasan dalam menuruti selera dan hawa-nafsu.

Akhir kata, kerosakan masyarakat akan melumpuhkan perjuangan Pas khususnya dan menjana kebangkitan Islam Hadhari yang bakal mengheret manusia dari HELLCAMP ke neraka Jahannam.

Semoga Allah melaknati perancang dan penipu daya yang tersembunyi.

Saya menyeru kepada semua ulama dan pencinta Islam dari parti Umno, Pas dan lain-lain pertubuhan dakwah agar bangun menentang mazhab baru Islam Hadhari dan Program Hellcamp yang berbahaya ini. Fikirkanlah nasib anak cucu anda sebelum anda semua menutup mata. Lupakanlah perbezaan parti dan bersatulah menentang kezaliman yang semakin terserlah ini.

SESUNGGUHNYA KESUDAHAN YANG BAIK ITU BAGI MEREKA YANG BERTAKWA.

Sirril Asrar - 20.04.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

.

Sertai Maillist M@RHAEN