Atas permintaan ramai, Laman M@RHAEN menyimpan satu salinan 'Laman Web Shahidan Kasim'
bagi tujuan rujukan Pilihan Raya Umum Ke-11. 


          LAMAN WEB UMNO NEGERI PERLIS

 

Assalamualaikum wbrt dan salam sejahtera kepada seluruh warga Perlis Indera Kayangan, 
 

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua kerana sudi melawat laman web ini.  Saya amat berharap agar semua yang melewati laman ini dapat menyampaikan berita serta hasrat hati saya ini agar kita dapat kembali bersatu bagi menentukan kejayaan besar Barisan Nasional negeri Perlis dan sekaligus kita dapat menawan kembali 3 DUN yang sekarang ini menjadi milik PAS.

Warga Perlis yang saya kasihi sekelian,

Kebelakangan ini wujud banyak konspirasi berunsur fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang Menteri Besar.  Saya bukan sahaja menerima tomahan dari pihak pembangkang yang sentiasa mencaci saya dalam ceramah-ceramah mereka, malah yang paling ketara dan menyedihkan saya ialah terdapat beberapa pemimpin UMNO negeri Perlis yang melakukan percubaan jahat mereka untuk menjatuhkan saya.

Sehubungan dengan itu, dalam laman web ini saya akan mendedahkan secara terbuka para pemimpin UMNO tersebut agar kita semua dapat berhati-hati tidak mendekati mereka ini kerana saya menganggap mereka ini adalah para pengkhianat dan penjahanam UMNO yang tidak berperikemanusiaan. Sebenarnya saya telah meluahkan kenyataan dan keluhan peribadi saya dalam Berita Minggu bertarikh 29hb Feb 2004 melalui ruangan khas temubual dengan wartawannya, namun saya dapati banyak kenyataan saya telah diedit oleh pihak Berita Harian kerana dikatakan akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihanraya akan datang.  Walaupun saya akur terhadap keputusan tersebut tetapi saya berpendapat demi menjaga keutuhan dan kesinambungan UMNO Perlis khususnya, maka dalam laman ini saya akan memberanikan diri untuk mendedahkan hakikat sebenarnya akan perbadi mereka yang sebelum ini saya pendamkan.

Saudara Ammar Hasan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau adalah perancang utama dalam hal ini.  Beliau mempunyai satu pakatan jahat bersama saudara Azmi Suboh, Zainuddin Yom (Din Yom) Ketua Penerangan Pemuda Arau, Baharuddin Ahmad (YDP MPK yang dipecat kerana rasuah) dan Bahari Ali (Bekas Ketua Pemuda PAS Perlis) telah mengadakan satu rancangan jahat memfitnah saya dalam usaha menjatuhkan saya sebagai  MB.

Mereka inilah yang mengedarkan gambar lucah saya yang bertujuan memalukan saya. Mereka inilah yang bertindak menghantar surat keterangan Baharuddin yang cuba menegakkan benang yang basah.  Mereka inilah yang menghentam saya dalam SMS dengan bermacam-macam kejian hinggakan sanggup mereka gelar saya beruk tua, raja seks, munafik, babi, keji anak saya yang telah arwah sehinggakan isteri saya menangis setiap hari.  Mereka ini yang menuduh saya melakukan rasuah dalam projek-projek yang di miliki oleh Bintong Construction.  Mereka tuduh saya ada hubungan sulit dengan Norita. Pelbagai lagi tuduhan yang mereka lemparkan yang saya sendiri sudah lupa.

Apakah dosa saya?  Saya mengaku Bintong Construction sememangnya ada memberikan saya sejumlah wang yang besar, tetapi saya tidak menggangap itu adalah rasuah kerana saya gunakan untuk kepentingan UMNO sendiri.  Saya tidak nafikan ada terguna wang tersebut untuk keperluan peribadi tetapi itu adalah hak saya yang diberikan oleh syarikat tersebut.

Tentang hubungan saya dengan Norita, saya mengaku pernah jadikan dia sebagai anak angkat memandangkan dia ini anak Perlis yang perlu di bantu oleh saya.  Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan dia.  Saya sanggup jalankan ujian DNA untuk tujuan tersebut.  Saya amat hairan kenapa ada peguambela pembunuh Norita (Sankara Nair) mengaitkan nama saya dalam kes tersebut sehinggakan kes ini terpaksa ditangguhkan sampai selepas pilihanraya.

Saya dikatakan berpakat dengan adik saya Senator Ismail Kassim menggelapkan wang  BERNAS. Ini sesuatu yang tidak benar sama sekali kerana wang tersebut telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah BERNAS ketika itu untuk tujuan merampas kembali Parlimen Arau dalam pilihanraya yang lepas.

Saya  juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan YB Mastika Junaidah beberapa tahun yang  lalu, kononnya didedahkan oleh seorang  bekas pimpinan wanita UMNO Perlis (Che Ah Long) juga amat tidak benar kerana ketika itu saya hanya berbincang mengenai hal UMNO di dalam biliknya di  sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Saya juga dituduh menyalahgunakan wang perbendaharaan negeri Perlis semasa lawatan-lawatan saya ke luar negara.  Saya mengaku sehingga sekarang saya gagal untuk mendapatkan pelabur yang sanggup melabur di Perlis tetapi saya terpaksa berusaha kearah itu.  Apakah menjadi satu kesalahan saya membawa keluarga saya bersama? Kenapa ini dijadikan isu?  Sebelum ini YB Beseri selalu mempertikaikan saya dalam hal ini, namun setelah beliau saya lantik sebagai EXCO Pelaburan, beliau sendiri mengaku gagal dan tidak berupaya menarik pelabur. Jangan salahkan saya seorang dalam hal ini. 

Yang merisaukan saya adalah sebahagian besar pimpinan bahagian di negeri Perlis percaya akan hal ini.  Bagaimana kita hendak menang?  Apakah kita sanggup berikan negeri ini kepada PAS untuk memerintah? Tepuk dada tanya selera.  Menang sorak negeri tergadai.  Ini mungkin hasrat jahat mereka yang boleh merosakkan perpaduan parti.

Beberapa bulan yang lalu, saya diserang dengan maki hamun melalui SMS prepaid.  Saya telah menghubungi bahagian telekomunikasi Celcom dan melapurkan hal ini kepada pihak polis untuk mengenal pasti siapa sebenarnya yang melakukan kerja tersebut.  Ternyata setelah siasatan pihak berkuasa,  yang melakukan itu adalah Azmi Subuh, Boy (anak Shukur Sultan), Ammar Hassan, Zainuddin Yom yang didukungi oleh beberapa pemimpin bahagian negeri Perlis.  Pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap peribadi saya.  Yang amat menyedihkan saya adalah mengapa kegiatan tidak bermoral ini didukungi oleh pemimpin bahagian negeri Perlis.  Tidakkah ini boleh merosakkan keharmonian di dalam UMNO sendiri? Apakah mereka ini punya agenda tersendiri yang bertujuan memecah-belah UMNO dari dalam.  Sikap biadap ini harus diperangi segera.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa Azmi Subuh telah saya tukarkan ke Alor Setar kerana beliau banyak terlibat melakukan projek sedangkan beliau adalah seorang kakitangan kerajaan.  Amalan rasuah dan kepentingan diri sendiri saya tentang habis-habisan agar UMNO lebih dihormati.  Selain itu beliau adalah seorang manusia yang tidak boleh menjaga rahsia kawan.

Ammar Hassan adalah kakitangan PKENPs.  Sepatutnya beliau tidak layak kerana telah disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Kangar pada tahun 1990 kerana mengalami gangguan mental dan sakit jiwa (gila). Tetapi semandangkan jasa bapanya seorang imam telah saya kenangi, maka sayalah yang merayu supaya beliau diterima bekerja.  Malah semasa bertugas beliau adalah seorang yang amat tidak berprestasi dan dianggap sebagai manusia jenis kepala angin.  Pemimpin jenis apa kalau sanggup tumbuk rakan sepejabat hingga berdarah di muka. Kalau tidak  percaya sila rujuk kepada kakitangan PKENPs. Walaupun saya terima laporan ini tetapi saya tetap mendiamkan diri bagi menjaga kepentingan UMNO.

Boy anak Shukur Sultan merupakan seorang kaki judi, arak dan sekarang menagih dadah.  Dia telah diupah oleh seseorang untuk mengugut saya sehinggakan sanggup untuk bunuh dan culik anak saya.  Saya malu dengan Shukur Sultan dalam hal ini dan saya cuba berbincang dengan beliau dan pernah meminta Tuanku Raja Perlis untuk menjadi orang tengah.  Namun semuanya gagal belaka. Saya tidak pernah mendedahkan kepada umum bahawa Shukur Sultan juga mempunyai seorang anak gadis (kakak kepada Boy) yang menjadi pelacur kelas bawahan di Kuala Lumpur. Ini merupakan bala yang Allah turunkan kepada Shukur Sultan yang tidak tahu berterima kasih kepada saya. 

Zainuddin Yom adalah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Arau yang bersifat lalang.  Dulu dia lawan Ammar Hassan tetapi sekarang telah berpaling tadah dan jilat kembali ludahnya.  Dia merupakan duri dalam daging yang cukup parah dan bernanah dalam UMNO.  Dia merupakan petualang utama  mengalahkan BN dalam pilihanraya kecil Arau yang lalu.  Sekarang dia mendesak untuk bertanding dalam DUN Sanglang.  Orang macam ini bersifat gigolo dan tidak bertanggungjawab di mana dia  kahwin suka-suka dan selepas itu menceraikan isterinya. Mana mungkin orang seperti ini boleh menjadi pemimpin.  Kalau diberikan sesuatu projek dia sengaja gagalkannya dan larikan wang serta tidak mahu bayar hutang.  Sekarang diberitakan beliau lari dan menetap di Sungai Petani. Kalaulah kita ambil dia sebagai calon, maka dengan sendirinya kita menyerahkan DUN Sanglang kepada PAS. 

Saya rasa setakat ini luahan panjang lebar saya agar rakyat Perlis memahami hakikat sebenar UMNO.  Marilah kita bersatu dalam pilihanraya ini bagi menentukan agar UMNO terus berkuasa dan berikanlah kepercayaan kepada saya yang masih belum tua ini.  Saya yakin YB Dato' Azmi Khalid selaku Ketua Bahagian Padang Besar dan Dato' Radzi Sheikh Ahmad selaku Ketua Bahagian Kangar akan mempertahankan saya sebagai Menteri Besar bagi meneruskan pembangunan negeri Perlis selepas pilihanraya ini.  Ini kerana kedua-dua mereka ini telah melafazkan sumpah taat setia yang tidak berbelahbagi kepada saya baru-baru ini.

Sekian.

Wasallam.

Dato Seri Shahidan Kassim

Jika anda ada sebarang respon, sila emelkan kepada saya di mbperlis@yahoo.com
 


Maklumat terkini drp Sorayanii:
Nama Sidan terkeluar dari senarai PakLah ha ha ha.....Pukul 1 pagi sebentar tadi saya terima SMS... Sidan telah kerah kuncu kuncu dia supaya mendapatkan tanda tangan ketua ketua cawangan semua bahagian diPerlis berkemungkinan untuk dipersembahkan kepada DYMM Yang diPertuan Agong esok dan menitah supaya PAkLah menerimanya dan masuk dlm senarai....dari info yg umum Bonda Agong memang tak berkenan pada Sidan kerana Sidan pernah derhaka pada Tuanku Raja Syed -Putra dan juga pada agong sekarang