Selamatkan Paklah
Catatan Webmaster:
Bahan ini untuk edaran pihak sebelah sana tetapi tidak ada sebarang pengesahan berkaitan dengannya. Baca dengan penuh hati-hati, tidak menerimanya secara bulat-bulat. Disiarkan sekadar untuk makluman & pengetahuan.

Selamatkan Pak Lah.

Terlebih dahulu Pak Cik ingin meminta maaf kepada semua penyokong UMNO, kerana terpaksa menggunakan platform saluran berita parti pembangkang untuk menyampaikan maklumat ini. Berkaitan dengan itu, Pak Cik ingin ucapkan terima kasih kepada anak saudara Pak Cik Tuan H dari Bukit Aman yang banyak membantu Pak Cik dalam urusan maklumat penting ini. Pak Cik lakukan semua ini adalah demi masa depan parti UMNO itu sendiri dan untuk generasi baru yang akan datang.

1) Beberapa kali usaha untuk menyampaikan maklumat ini kepada akar umbi UMNO tapi kurang berjaya kerana kebanyakan pimpinan tertinggi UMNO sekarang adalah pro Mahadir atau Najib serta mata duitan dan mata projek tanpa memikirkan masa depan parti. Mereka cuba menyekat maklumat ini disebarkan - ada beberapa orang pemimpin yang cuba menyampaikan maklumat ini telah diugut.

2) Bagaimana dulu Mahadir pernah menggunakan pentas parti PAS untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman sehingga menyerahkan kuasa kepada Tun Razak. Taktik yang sama juga saya gunakan untuk tujuan yang sama untuk menyelamatkan.parti UMNO. Pak Cik tahu ada yang tak setuju dengan cara ini, tapi itulah yang terbaik sebelum parti menjadi "HAK KETURUNAN" demi menafikan HAK ORANG lain.

3) Pak Lah telah dilantik sebagai PM tapi dari segi ekonomi/pemilihan calon/kawalan parti/keselamatan dalam negara masih lagi dalam kawalan Mahadir. Sebab itu Mahadir mengambil masa yang agak lama bagi memilih proksi (orang suruhannya) supaya tidak menentangnya kemudian hari. Mereka ini telah menjalani pemilihan yang sangat ketat serta mengangkat sumpah tidak akan belot serta ganjaran yang sangat lumayan. Mereka dikawal rapi oleh skuad khas. Skuad khas ini hanya mengikut arahan dari Mahadir. Sekiranya kedudukan Mahadir tergugat dia tidak akan teragak-agak mengarahkan skuad khas ini bertindak.

4) Mahadir mempunyai sekurang-kurangnya 40 orang ahli skuad khas ini. Jika suasana tidak memihak kepadanya, skuad ini bersedia untuk meneutralkan sasaran termasuk parti pembangkang, proksi dan Pak Lah group dan di masa yang sama Najib akan mengambil alih kuasa. Jika suasana kelam kabut ia akan menggunakan pelan C dan bersedia untuk melarikan diri sebab itu dia tak bertanding.

5) Ketua Polis, tentera, hakim serta Sultan-Sultan tidak boleh berbuat apa-apa kerana skuad 40 ini telah mengambil tempat masing-masing untuk bertindak.

6) Mahadir telah membina empayarnya melebihi 20 tahun. 65 % daripada perniagaan di Malaysia adalah kepunyaan Mahadir + Najib dan keturunan mereka.

7) Semasa malam perpisahan Mahadir dengan komponen BN di Putrajaya, Mahadir dengan angkuhnya serta membelakangkan Pak Lah telah mengisytiharkan Najib adalah TPM. Walaupun wajah Pak Lah berubah tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Kebanyakan komponen BN tahu tapi mereka pun tak berani nak membantah.

8) Kejatuhan Tun Hussein Onn adalah strategi Mahadir. Tun Razak telah memaksa Tun Hussein Onn melantik Mahadir sebagai TPM. Mahadir telah membuat surat sulit dengan Tun Razak bahawa bila cukup matang tempohnya jawatan PM hendaklah diberikan kepada Najib. Mahadir setuju sebab itulah wujudnya Wawasan 2020. Mahadir cuba memerintah melebihi 20 tahun dengan harapan jawatan PM akan diserahkan balik pada Najib. Sekiranya pelan ini berjalan lancar Najib pula akan mencari masa matang untuk menyerahkan balik jawatan PM kepada salah seorang anak Mahadir. Itulah perjanjian di antara mereka. Di mana anak Mahadir akan dilantik sebagai Menteri Pendidikan melalui jawatan senator, kemudian akan dinaikkan pangkat sebagaimana Mahadir lakukan kepada Najib.

9) Kejatuhan Anwar Ibrahim bukanlah sebenarnya disebabkan oleh spekulator mata wang, tapi ingin memberi laluan kepada Najib dengan mudah. Mahadir tahu Anwar Ibrahim ada pilihan lain untuk jawatan TPM sekiranya Anwar jadi PM kelak. Pada masa itu Mahadir, Anwar, BPR, Najib, Miss X serta perancang perangkap yang merakam hubungan se** Najib tahu tentang video se** Najib. Sebab itulah Anwar Ibrahim tidak mahu memilih Najib. Ini dapat dihidu oleh Mahadir. Mahadir mengambil Anwar Ibrahim pada masa itu hanyalah untuk mengimbangi pengaruh parti Pas. Pelantikan Musa Hitam dan Ghafar Baba hanyalah untuk mengabui mata ahli politik UMNO lain serta sebagai kambing hitam. Peristiwa Memali adalah perancangan rapi Mahadir dengan SB-SB. Imbas kembali peristiwa ini berlaku semasa Mahadir berada di luar negara, Musa Hitam dituduh merancang semua itu. Pak Cik akui Mahadir seorang yang pintar dalam selok-belok politik tapi Pak Cik tak sanggup melihat UMNO hancur oleh sikap oportunis ini.

10) Semasa perlawanan di antara Tengku Razaleigh dengan Mahadir merebut jawatan Presiden Umno, Najib kononnya adalah penyokong Tengku Razaleigh tetapi ia telah menikam Tengku Razaleigh dari belakang dan Mahadir menang dalam pemilihan itu. Pak Cik rasa Tengku Razaleigh tidak akan lupa peristiwa ini sampai mati.

11) Semua projek Kementah (direct nego - runding terus) daripada MOF telah diberi kepada proksi Najb serta proksi anak Mahadir termasuklah projek yang paling besar membekal kapal selam yang bernilai berbillion-billion ringgit.

12) Sekiranya pilihan raya nanti BN menang dengan selesa (sekiranya semua hardcore Najib dan Mahadir menang) maka Pak Lah akan dipaksa letak jawatan atas alasan tidak sihat (seperti Tun Hussein Onn)

13) Selepas Najib menjadi PM, ia akan melantik Nazri Aziz sebagai TPM dan JJ sebagai Menteri Kewangan penuh serta anak Mahadir sebagai Menteri Pendidikan (senator). Seterusnya seperti yang dituliskan dalam 8)

14) Demi maruah UMNO saya menyeru pada semua ahli UMNO akar umbi supaya protes Najib. Sekiranya orang Najib beri wang, ambil wang tersebut tapi undi mestilah protes. Sekiranya ingin Pak Lah berkuasa selepas pilihan raya ini dan UMNO untuk SEMUA ORANG bukan hanya untuk keturunan Mahadir atau Najib maka undi anda mesti protes. Dalam perjuangan ini kita terpaksa mengorbankan seseorang demi untuk parti UMNO bukan untuk individu.

PROTES NAJIB DI PEKAN ADALAH WAJIB BAGI PENGUNDI UMNO PEKAN.

15) Menurut anak saudara Pak Cik dari Bukit Aman video Najib, video adik Najib dengan selebriti Melayu terkenal serta video Najib dengan seorang penyanyi / pelakon terkenal akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini (19/04/04). Selebriti tersebut khabarnya tak sanggup lagi jadi perempuan simpanan adik Najib. Jangan terkejut nanti ada pengakuan adik Najib bahawa dia telah berkahwin dengan selebriti tersebut.

PENGUNDI PEKAN MESTI TONTON VIDEO INI, JANGAN TAKUT - VIDEO INI TELAH DITAPIS SUPAYA IA BERSESUAIAN DENGAN AWAM (18 TAHUN KE ATAS)

16) Dr Mashitah Ibrahim, Imam Duit (Pirdaus) dan Dr Amran Kasimin sebenarnya bukanlah pilihan Pak Lah tapi adalah anak didik Mahadir untuk menyaingi pengaruh pembangkang. Mereka ini akan berkhidmat di bawah Najib bagi mengimbangi pengaruh Pak Lah dan menjadi kuda kayu untuk berdepan dengan Pak Lah. Menurut maklumat dari Bukit Aman, Mashitah khabarnya telah tersepit dengan perniagaannya serta kes mahkamah. Dr Amran Kasimin pula khabarnya banyak hutang dengan kawan-kawannya serta penuntutnya di universiti. Boleh tanya studentnya. Manakala Imam Duit (Pirdaus) pula telah termakan banyak habuan yang diberikan oleh Mahadir dalam melenyapkan pengaruh Anwar. Sekiranya beliau menang beliau akan memegang jawatan menteri penuh dalam Hal Ehwal Agama Islam. Kepada penyokong UMNO jangan marah sangat pada mereka bertiga walaupun jadi bidan terjun sedangkan orang lain lama dah buat kerja. Mereka ini telah terperangkap. Beri peluang dia orang settle hutang-hutang mereka. Orang lain nak berniaga, mereka juga nak berniaga, tapi lingkup. Lebih baik duduk mengajar mengaji Quran boleh buat bisnes juga. Kepada penyokong Pak Lah yang ada calon sendiri di kawasan ini harap bersabar dan PROTES UNDI MEREKA.

17) Saham yang naik sekarang ini adalah kenaikan palsu kerana Mahadir telah menggunakan wang Tabung Haji (yang diselewengkan) supaya melabur di luar negara melalui syarikat-syarikat tertentu dan wang ini dilabur balik ke dalam saham-saham di BSKL. Ini menampakkan pelabur asing yang melabur tapi sebenarnya adalah duit daripada Tabung Haji, KWSP, TNB, Petronas dan sebagainya.

18) Pak Lah cuba untuk membuka balik kes PERWAJA, Rafidah, BMF, Bakun serta kes-kes lain tapi dihalang oleh Mahadir serta Najib. Surat-surat khabar yang dikawal oleh Mahadir serta Najib cuba memalukan Pak Lah dengan menyiarkan nama 10 orang Melayu terkaya di Malaysia. Sedangkan anak-anak Mahadir serta adik beradik Najib adalah bilionnairre tapi mengapa tidak disiarkan? Tidak cukup dengan itu isu Scomi pula dikeluarkan. Mahadir sebagai penasihat Petronas telah mendapatkan maklumat anak Pak Lah serta memberikannya kepada beberapa pihak tertentu untuk dieksploitasikan. Sebenarnya dalam Scomi bukanlah banyak sangat saham anak-anak Pak Lah tapi saham-saham anak Mahadir yang menggunakan proksi yang sengaja yang tak mahu didedahkan.

19) Adalah penting bagi mengalahkan Najib sebab Najib adalah penerus Wawasan Mahadir. Maklumat sebenar dari sumber-sumber memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia tidak mempunyai wang. Gaji-gaji UiTM sekarang dibayar oleh Petronas dan Telekom, kalau tak percaya tanya bahagian akaun dan gaji mereka selalunya lambat.

20) Untuk kesejahteraan pemerintahan pak lah saya merayu sekali lagi pada penyokong umno akar-umbi supaya memprotes semua orang-orang Najib supaya Pak Lah dapat terus memerintah selepas pilihan raya ini. Walaupun orang-orang Najib + Mahadir kalah dalam pilihan raya ini, saya yakin BN akan terus memerintah Malaysia.

PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN...... UNTUK CUCU CICIT KITA MASA HADAPAN.

Pak Cik - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN