Najib Adalah Steven Spielberg Malaysia 

Kalau sandiwara Sauk, kita dapati bagaimana mudahnya anggota Al-Maunah berjaya memasuki kem tentera dan mengambil senjata dalam jumlah yang sangat besar, kini kita dihidangkan dengan satu lagi sandiwara bagaimana mudahnya BN mengalahkan BA untuk merebut kerusi Parlimen dan DUN untuk membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kita juga dapat melihat babak-babak dalam sandiwara tersebut yang di lakonkan semula oleh pihak tentera di perkarangan MINDEF, bagaimana senjata yang banyak jumlahnya itu di susunatur oleh anggota tentera ke dalam kenderaan pacuan 4 roda, dalam keadaan kemas dan sangat teratur bagi membolehkan jumlah senjata yang sangat banyak itu boleh menjadi muat dengan kenderaan pacuan 4 roda tersebut.

Marilah kita ingatkan kembali kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan pemimpin BN sebelum hari pembuangan undi dijalankan, yang mempunyai kaitan
dengan konspirasi yang mereka lakukan.

1. Apabila ada sahaja soalan yang diajukan oleh wartawan kepada Najib mengenai Kelantan dan Terengganu, Najib akan berkata `kita dapat melihat
banyak berlaku perubahan di sana, di mana rakyat mula faham dan dapat menerima kita`. Jika kita melihat jumlah manusia yang hadir pada hari lawatan mereka, jumlahnya menidakkan kenyataan Najib. Saat saya melihat berita tersebut di TV hati saya mengatakan itu adalah hanya `perang saraf` saja. Tak lebih daripada itu. Begitu juga kenyataan Pak Lah.

2. Pak Lah berani untuk tidak mencalonkan muka-muka lama dalam jumlah yang sangat ramai dan tidak takut kemungkinan berlakunya `tikam belakang` oleh calon dan penyokong mereka yang tidak dicalonkan itu.

3. Najib terlalu marah tindakan oleh Ibrahim Ali yang bertanding di atas tiket bebas.

4. Najib bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Program Khidmat Negara.

5. Diberitakan kehadiran pasukan risik tentera ke Kem Khidmat Negara berkempen untuk BN dan dalam masa yang sama mengugut pelatih yang terlibat
dengan projek `ghost/phantom voters`.

6. Diberitakan JPN membuka kaunter khas untuk proses kad pengenalan dan masa operasinya hingga ke tengah malam.

7. Kiriman beribu-ribu surat oleh Pak Lah kepada pengundi menggesa mereka pulang ke kampung untuk mengundi. Saya, isteri dan jiran-jiran yang akan
mengundi setempat tidak pun menerima surat tersebut.

8. Penamaan calon-calon BN dilihat kelamkabut (di saat akhir dan ada ketika nama-nama telah dihantar dan terpaksa ditukar) seperti berlaku di Perlis.

9. Kenyataan Pembangkang Sifar oleh Khir Toyo.

10. Pos-pos BN tidak banyak dan kosong sahaja tanpa petugas. Mereka dilihat lebih relaks menghadapi pemilu pada kali ini padahal mereka tahu rakyat
terbanyak menyebelahi BA.

Malah lebih banyak lagi dari yang saya senaraikan di sini, sekiranya kita amati betul-betul apa yang berlaku sebelum hari pengundian.

Oleh: Saumagrho`din Al-Chechen - 26.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN