Isu 'Serangan Peribadi'

Datuk Harussani Zakaria Mufti Perak ditemu ramah oleh TV3 mengenai serangan peribadi kepada seseorang. Dijawab oleh mufti, haram hukumnya dan tidak boleh melakukan perbuatan tersebut dan dikira berdosa. Ditanya lagi kepada beliau mengenai kehadiran orang-ramai pada majlis tersebut. Mufti menjawab tidak boleh menghadiri majlis tersebut dan orang-orang yang hadir berdosa sama. Oleh kerana ada perkara yang patut TV3 bertanya tetapi tidak bertanya kepada mufti tersebut, jadi biarlah saya bertanya dan menjawab sekali gus untuk direnung bersama.

SERANGAN PERIBADI

Kalau UMNO melalui TV3 menganggap isu tersebut boleh memberi kelebihan pada mereka untuk meraih undi,ia satu tanggapan yang silap kerana isu tersebut juga memberi kelebihan pada PAS. Apakah tidak ada pemimpin UMNO menyerang secara peribadi kepada kedua-dua Tuan Guru tersebut? Oleh kerana media dikuasai oleh UMNO, dengan sepantas kilat UMNO dan TV3 mencari tokoh agama untuk mendapatkan pendapat. Sewaktu kedua Tuan Guru tersebut diserang peribadi mereka, tidak ada media yang mahu menjadikan ini sebagai isu. Tidak pernah kedua-dua Tuan Guru mengadu dan bersungut kepada sesiapa yang mereka diserang secara peribadi, kerana mereka sedar mereka berada di pentas yang boleh diserang secara peribadi. Serangan peribadi yang di terima oleh kedua Tuan Guru adalah lebih meluas caranya melalui media cetak dan elektronik. Melalui kedua-dua media tersebut, serangan yang diterima boleh dikatakan setiap hari, dan serentak. Pada PAS perkara sebegini tidak menjadi isu. UMNO sebenarnya kekurangan isu.

ORANG YANG HADIR BERDOSA SAMA

Bagaimana dengan orang yang terlibat dengan media cetak dan elektronik. Kalau media cetak, dari pengarang,pemberita, penyunting, pekerja kilang akhbar, pengedar sehinggalah penjual akhbar apakah mereka juga berdosa kerana terlibat dengan fitnah, pembohongan, memburuk-burukkan peribadi kedua-dua Tuan Guru tersebut. Bagaimana pula dengan pembaca yang membaca berita tersebut? Begitu juga media elektronik TV3 misalnya dari orang yang mempunyai saham dalam TV3, CEOnya, jurukamera sehinggalah pembaca berita yang menyampai berita dengan bersungguh-sungguh tidakkah mereka ini juga dikira berdosa.

Lebih teruk lagi ialah RTM, dari Perdana Menteri sendiri, Menteri Penerangan, Timbalan Menteri, Penasihat Media sehinggalah pembaca berita tidak kah mereka ini juga berdosa? atau bagaimana? Yang PAS punya berdosa yang pemerintah punya tidak. Begitukah? Bagaimana dengan penonton pula? rasanya lebih ramai yang menonton TV dari yang hadir mendengar ceramah pada setiap malam. TV3 selalu mewar-warkan yang ia mempunyai penonton berjuta-juta orang, begitu juga Utusan Malaysia mendakwa mempunyai pembaca yang berjuta-juta jumlahnya. Adakah lebih tepat lagi, penyampai berita dan penonton sahaja yang berdosa. Patutkah mereka bangun lari meninggalkan kaca TV ketika berita tersebut disampaikan. Setiap tindakan UMNO dan TV3 untuk memburuk-burukkan PAS tak lebih dari
menikam diri mereka sendiri.

Oleh:  Saumagrho`din Al-Chechen - 10.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN