Perkara-Perkara Yang Membatalkan Islam

Dari Buku Panduan untuk Jemaah Haji dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul; Cetakan Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Bimbingan, Arab Saudi, 1423H m/s 13 - 22 (Buku ini diberikan kepada semua jemaah Haji setibanya mereka sama ada di lapangan Terbang Jeddah/Madinah)
 

1. Syirik mempersekutukan Allah dalam ibadat. Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan ulama adalah kafir.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka dan membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian ia telah kafir.

4. Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain selain daripada petunjuk Nabi adalah lebih sempurna dan berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (aturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang daripada hukum Allah). Dan mengetepikan hukum Rasulullah SAW. maka orang yang berkeyakinan seperti begitu telah kafir. Sebagai contoh:

• Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam; atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad ke dua puluh; atau Islam adalah sebab kemunduran kaum Muslimin; atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
• Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti hukum potong tangan pencuri dan merejam penzina tidak sesuai untuk masa ini.
• Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah sama ada dalam hukum muamalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun todak disertai dengan keyakinan bahawa hukum2 tersebut lebih utama daripada syariat Islam kerana dengan sedemikian perkara yang diharamkan oleh Allah menurut kesepakatan ulama. Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dr syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan ulama Islam.
5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian ia telah menjadi kafir. Maksud firman Allah “Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan pahala segala amal perbuatan mereka”.

6. Mempersendakan Allah atau kitabnya, atau Rasulullah SAW, atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah kafir.
Maksud firman Allah “Katakanlah (wahai Muhammad) ;Adakah terhadap Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu sekalian memperolok-olok? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”.

7. Sihir, di antaranya ilmu guna-guna, iaitu mengubah kecintaan seseorang suami/isteri terhadap isterinya/suaminya menjadi benci dengan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir.

8. Membantu atau menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum Muslimin, kerana firman Allah “Dan barang siapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi & Nasrani) menjadi pemimpin, maka ia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.

9. Berkeyakinan bahawa sesetengah individu dibolehkan untuk tidak mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW. Orang yang berkeyakinan demikian adalah kafir. Firman Allah ”Barang siapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”.

10. Berpaling daripada agama Allah atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagi Muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah ”Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat TuhanNya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”.

Firman Allah “Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”.

Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada dilakukan secara bergurau atau bersungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali jika dipaksa. Semoga Allah melindungi kita daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah, dan seksaan yang amat pedih.

Dikirim untuk siaran di Laman M@RHAEN oleh RZD - 01.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN