PAS Mesti Secara Rasmi Menentang Program Khidmat Negara 
Melainkan...
Saya menyeru barisan pemimpin Pembangkang terutama Pemuda PAS yang dipimpin Salahuddin Ayyub mengambil langkah berani dan bukan sekadar mengeluh dengan apa sahaja Agenda Jahat BN menghancurkan Moral serta Agama di kalangan remaja. Apa yang perlu dibuat Pemuda BA? Pertamanya Menyeru semua anak Ahli PAS serta pembangkang lain agar jangan menyertai Program Khidmat Negara sehingga syarat-syarat ini dipenuhi. Apa syaratnya?

Pertama: Mengasingkan Lelaki dan Perempuan
Jangan diulang perkara yang berlaku ketika program rakan muda dahulu apabila ada dikalang remaja Bebas bergaul seakan akan tidak ada batas agama. Jadi peserta mesti diasingkan kecuali dalam program-program tertentu seperti rombongan luar serta aktiviti luar kem.

Kedua: Mewajibkan Peserta Sembahyang Berjemaah
Apa yang menjadi masalah, di waktu yang paling sesuai untuk melatih peserta untuk sembahyang berjemaah. Mereka tidak lakukan. Malah dibiarkan bebas. Siapa yang nak pergi .pergi. Siapa tak nak dia punya fasal. Inilah caranya UMNO mahu menjadikan Remaja memandang remeh tuntutan Sembahyang berjemaah. Dengan cara ini, mereka akan mengimarahkan Masjid selepas tamat Program ini. Walaupun ada peserta beragama lain, ianya bukan alasan. Ingat ini bukan alasan kukuh. Mereka boleh duduk di khemah atau diberi tugas lain.

Ketiga: Memperbanyakkan Program Agama
Program agama seperti Kuliah Subuh dan Maghrib sepatutnya dilakukan, banyak daripada Ustaz atau jemputan hanya disuruh jadi imam. Mengapa tidak terus memberi kuliah? Bukannya lama. 15minitpun jadi setiap sesi. Ini semua bagi mengingatkan mereka akan Islam.

Keempat: Dibuka untuk pemantauan pihak luar seperti Parti Pembangkang
Semua program ini seharusnya dibiarkan agar boleh dipantau bagi mengelak aktiviti serta Program Khidmat negara ini tidak digunakan untuk tujuan Politik dan salahguna parti kerajaan terutama UMNO.

Akhirnya: Menjauhkan Unsur Barat dalam setiap Program
seharusnya aktiviti melibatkan tarian keterlaluan seperti yang berirama rancak ala Disko serta percampuran lelaki perempuan dihalang sama sekali.

Ingat! UMNO semakin takut. Apabila ramai dari peserta bagi sesi kedua tidak menghadiri Program Khidmat Negara kerana takutkan program-program ala barat serta melampau! Ramai dari ibu bapa merungut anak mereka terlampau terdedah dengan unsur barat. Semua ini luahan yang kedengaran di akhbar harian perdana sendiri. Ingat setelah anak anda sertai Program ini. Moral anak anda dalam Bahaya. Lihatlah bagaimana mereka ini disertakan dengan KAD Diskaun untuk ke tempat Hiburan serta Disko.

Ingat! Pemuda Harus Berani. Kita bukan menentang usaha kerajaan.
Tetapi kita mahu perlaksanaan ini dipenuhi dengan nilai akhlak Islam dan ketimuran yang baik. Jangan biarkan anak anda Rosak. Ini Amaran Serius. Kebimbangan Ibu bapa sekarang makin memuncak. Itu sebab mereka terdesak mahu mendakwa 10,000 peserta yang tidak hadir ke Program ini.

Ayuuuhhh.! kita tentang Program yang menjadi Proxy yahudi.

Lawan Tetap Lawan!!

Oleh Reformis Muda - 13.04.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN