Turunkan Harga Kereta!!
Jadikan Agenda Utama Menifesto Kerajaan BA !!
Sebelum ini saya sudah menulis artikel sepatutnya Pembangkang menjadikan isu penurunan cukai kereta sebagai satu dari menisfesto BARIsaN ALTERnATIF !!! Ingat.. Jika ia tidak diletakkan didalam Menisfesto BA dalam pilihanraya kali ini.. ia adalah satu perkara yang tidak dapat dilupakan!1 ini adalah kerana dalam keadaan ekonomi sekarang dan masih hangat isu harga kereta selepas AFTA.. ia amat relevan dijadikan Isu dan Menifesto utama pembangkang!! Ingat.. jika lima tahun lagi ia mahu dijadikan isu ia sudah tidak relevan!! boleh dikatakan isu dan menifesto ini relevan  digunakan disemua Dun dan Kawasan Parlimen!! andaikata rakyat menolak pembangkang dalam pilihanraya ini... dan rakyat kebanyakan merungut harga kereta tinggi selepas itu.. penyokong pembangkang boleh berkata dengan bangga.. "Itulahh.. Bila Pembangkang nak turunkan harga kereta.. korang tak nak!!" saya harap Isu Penurunan tarif kereta harus dijadikan menifesto Utama!!!

artikel sebelum ini!!

Pada penghujung Disember lalu ketika Paklah mengumumkan bahawa duti Import kenderaan Auto diturunkan, rakyat melonjak gembira seketika ,rupa rupanya kegembiraan Rakyat tidak bertahan lama dan sekarang banyak daripada rakyat merasa tertipu kerana rupa rupanya kerajaan mengenakan pula duti eksais kepada kereta yang diimport !! jadi apa bezanya  soal kebanyakan rakyat ??? 2 x 5 dan 5 x 2 jawapannya tetap sama ?? malah hari ini didalam akhbar harga kereta import bukan sahaja tidak akan turun..tetapi berkemungkinan Naik !!  tindakan  terbaru kerajaan ini  bukan hanya mengecewakan rakyat..tetapi kebanyakan penguasaha sektor Auto sendiri!!

Sebelum ini penganalisa Ekonomi pernah mempersoalkan mengapa kerajaan beria ia sangat mahu mempertahankan Harga kereta daripada turun..sedangkan hasil Duti Import kereta import hanya sekitar RM 500Juta ??  jawapannya senang semuanya hanya untuk Kroni !! Kerajaan UMNO sanggup mempertahankan kemewahan dua tiga kerat Kroni didalam Proton dan sanggup meletakkan semua bebanan keatas bahu  jutaan rakyat malaysia !! lihatlah sahaja bagaimana Murahnya kereta kita dijual dipasaran luar Negara?? sedangkan rakyat dibebani dengan harga kereta yang tinggi ?? begitu jugalah dengan harga Air.. kerajaan sanggup menjual air pada harga sekitar RM3 kepada rakyat Miskin.. dan menjual 1000gelen pada harga 3sen kepada singapura ??
 
Oleh itu saya menyarankan kepada Pembangkang dan Barisan Alternatif !! jadikan penurunan Harga kereta sebagai satu agenda Utama didalam menifesto Kerajaan BA akan datang!! kerana rakyat akan menantikan saat saat begini !! sedikit teguran saya kepada BA.. didalam Menifesto atau apa sahaja penerangan sebelum ini Pembangkang selalu meletakkan bahasa yang susah difahami.. sebagai contoh!! dengan menyebut jika BA memerintah.. kerajaan BA akan memberi keadilan dalam menguruskan Ekonomi?? seharusnya dalam menifesto akan datang.. ayatlah mestilah ringkas...tetapi mudah difahami rakyat !! umpamanya salah satu dibawah tajuk Menifesto adalah "Kerajaan BA akan MEnurunkan Harga Kereta " dengan ayat sebegini Rakyat akan mudah untuk faham !!! hanya satu cadangan untuk BA !! saya berharap dapatlah BA menggunakan pengalaman pakar pakar Ekonomi seperti Prof Jomo ataupun saudara Dato' seri Anwar sendiri dalam merangka menifesto BA terutama melibatkan Hal Ekonomi !! setiap janji kerajaan mestilah diperincikan ??
 
Jadikan Iktibar Kemenagan Besar PAS di Terengganu !! kemungkinan besar PAS menang di Terengganu bukan kerana isu Anwar.. tetapi kerana janji dan Menifesto kerajaan BA Terengganu mahu menghapuskan TOL Jambatan Sultan Mahmud dan Cukai Pintu !! kalau nak ikutkan pengaruh PAS ketika itu Kedah lebih berpengaruh berbanding Terengganu!! kerana semua mejangkakan PAS menang d iKedah !! tetapi kebanyakan rakyat di Terengganu yang beralih kepada PAS mengejutkkan Dr.Mahathir sendiri ketika itu !!

Lawan Tetap Lawan!!

Kiriman Reformis Muda - 10.03.2004 (artikel ini disiarkan tanpa semakan/suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN