Ahli UMNO Yang Bekerja Untuk Pilihan Raya Sedang Dalam Ketakutan
Oleh Rakyat Kerdil


UMNO merupakan sebuah parti yang berpegang teguh kepada prinsip “Matlamat Menghalakan Cara”. Prinsip ini digunakan untuk demi untuk menyelamatkan survival mereka dalam dunia politik. Mereka begitu takut dengan bayang–bayang sendiri sehingga mereka tidak percaya kepada sesiapapun yang berada di sekeliling mereka terutamanya dari kalangan mereka sendiri.

Orang-orang UMNO begitu cepat mengandaikan atau membuat tuduhan kepada ahli yang kelihatan tidak menyenangi beberapa tindak tanduk pemimpin mereka. Sering kali perkataan pengkhianat digunakan untuk menakut-nakutkan ahli–ahli UMNO sendiri. Justeru melihat dalam perkembangan kini saya percaya ada beberapa ahli yang menyedari beberapa kejahatan yang dilakukan oleh UMNO terhadap BA. Namun demikian mereka merasa takut dan tertekan kerana berada dalam kalangan UMNO sendiri.

Suasana begini, tidak dirasakan sama sekali oleh mereka yang terlibat dengan gerakerja BA. Namun bagi mereka yang terlibat dengan UMNO suasana tertekan jelas dapat dirasakan kerana jiwa bergelumang di antara kebenaran dan kepalsuan. Semua orang faham dan dapat menilai apa yang dilihat di media arus perdana merupakan satu perkara yang tidak adil kepada BA. Melihat kepada website Puteri UMNO saya percaya ada di kalangan Puteri yang goyang dengan perasaan mereka. Mereka begitu takut kerana dalam pertemuan dan latihan sebelum ini, mereka diancam sekiranya mereka lari dalam perjuangan mereka ada pengkhianat bangsa.

Semua orang boleh berfikir dan menilai kata demi kata para pemimpin UMNO. Sering kali mereka menyebut Islam yang dibawa oleh BA dianggap Islam yang menyimpang, dan Islam yang dibawa UMNO lebih moden dan progresif. Masihkah kita ingat dahulu UMNO mengajak umat Islam untuk mentafsir semula Al-Quran? Sesuatu yang sungguh melucukan apabila kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang pemimpin UMNO yang kini telah bersara. Sekarang mereka (UMNO) ingin Islam yang moden dan progresif. Mereka tidak mahu kita menjadi seperti di Palestin. Tapi hakikatnya, orang-orang dan para pemimpin UMNO menghina ulama, UMNO menolak hukum Islam, UMNO menganiaya umat Islam. Inikah Islam Moden dan Progresif yang dimaksudkan?

Sedarlah bagi mereka yang terlibat dalam gerakerja UMNO sekarang saya percaya anda sedang dalam ketakutan anda takut dikecam sebagai pengkhianat oleh UMNO. BA sedia menerima anda dengan hati terbuka, kembalilah. Kembalilah kepada kebenaran dan keadilan.
 
- Rakyatkerdil - 17.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
http://rakyatkerdil.modblog.com/
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN