ZAM Jadikan RTM Sebagai Alat Propaganda Kaki Lima
Nampak gayanya Zam atau Zainudin Maidin cuba nak mengampu Pak Lah dengan menyiarkan segmen `Wajah Sebuah Parti' bermula 5 Januari 2004 ini. Kita rasa Pak Lah patut pecat atau tamatkan saja perkhidmatan Zam dari jadi menjadi Timbalan Menteri Penerangan. Kalau tidak silap kita tempoh Zam jadi senator sudah pun tamat dan tidak perlu lagi orang macam beliau disambung perkhidmatan.  Orang macam beliau tidak layak sebagai seorang menteri kerana mentalinya tidak elok kerana suka sangat menghasut serta dengki terhadap pihak lain.

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak suka melihat RTM dijadikan alat propaganda oleh parti Umno/BN.

Kita tidak mahu rakyat Malaysia akan berbalah sesama sendiri akibat fitnah serta hasutan yang disiarkan oleh RTM.

Jangan jadikan RTM sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu politik perkauman serta hasad dengki seseorang yang "kurang pandai' dengan menjadi RTM sebagai alat beliau untuk menghasut rakyat Malaysia supaya membenci sebuah politik yang tidak sehaluan dengan beliau.

Diharap Pak Lah sebagai seorang yang dikira 'alim' serta dari keturunan yang baik-baik (ulama) dapat mengambil sesuatu tindakan terhadap Zam yang nyata suka menghasut rakyat Malaysia untuk membenci PAS amnya.

Diharap jangan biarkan orang macam ini menjadi menteri kerana ia akan merosakkan perpaduan kaum di negara tercinta ini.

Di harap pihak RTM hendaklah berlaku adil pada semua pihak terutama sekali pihak pembangkang kerana mereka juga perlu menjelaskan apa-apa jua masalah yang berbangkit nanti. Berilah peluang yang sama adil kepada semua pihak kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapat gambaran yang jelas dari semua pihak.

Sekiranya Zam betul-betul ikhlas jangan hanya menayangkan keburukan parti lawan sedangkan mereka (pembangkang) tidak dapat peluang untuk membalas balik tuduhan yang dilemparkan oleh Zam nanti.

Jangan biarkan perkara tidak baik berlaku nanti dan diharap mendapat perhatian dari semua pihak yang berkenaan.
Sekian harap maklum.
 
- Rakyat Malaysia Prihatin - 31.12.2003

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Tangguhkan dahulu!