Tukang `Ketuk Kereta` Kroni No.1 YDP MDKS
Oleh Rajawali

Lagi cerita benar mengenai Amin Jaya Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Selangor, kali ini didedahkan siapa kroni No. 1 beliau dari kalangan orang bukan-Melayu:
 
Namanya lelaki Cina yang menjadi saudara angkat Amin Jaya ialah Teng Lai, tuan punya premis mengetuk dan mengecat kereta di Tanjong Karang. Sebelum Amin Jaya datang ke Kuala Selangor, Teng Lai hanyalah seorang pengusaha ketuk kereta haprak yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wang.
 
Antara kerja `haramnya` ialah menyambung chasis kereta yang tidak diizinkan sama sekali oleh JPJ. Sebelum wujudnya Puspakom (Pusat Pemeriksaan Berkomputer JPJ), Teng Lai dikatakan begitu bermaharajagila dengan aktiviti haram itu.
 
Bagaimanapun sejak Puspakom mula beroperasi kegiatan menyambung chasis kereta itu tidak dapat diteruskan kerana barua-barua Teng Lai tidak lagi berani berurusan dengan JPJ.
 
Dengan peralatan canggih di Puspakom kesan penyambungan chasis kereta secara haram itu begitu mudah dikesan risikonya sipembawa kereta boleh didakwa di bawah akta JPJ, barua-barua Teng Lai yang kebanyakannya orang Melayu tidak sanggup menanggung akibat.
 
Itu Teng Lai dulu…… amat berbeza dengan Teng Lai sekarang,kalau dulu dia selekeh tetapi sekarang dia cukup segak dan bergaya. Tiada lagi kegiatan menyambung chasis kereta secara haram manakala kerja mengetuk dan mengecat kereta diteruskan seperti biasa tetapi Teng Lai jarang-jarang sekali berada di premisnya sebagaimana dahulu.
 
Semuanya disebabkan Teng Lai kini sudah menjalin hubungan seperti `abang-adik` dengan Amin Jaya YDP MDKS. Bagaimana hubungan itu boleh dijalin hanya Teng Lai dan Amin Jaya sahaja yang tahu. Mungkin hobi mereka sama iaitu suka berkunjung ke Hatyaai, Medan, Batam dan di mana-mana sahaja ada `syurga dunia`.
 
Pelik seribu kali pelik! Teng Lai yang `buta huruf` mendapat peluang seluas-luasnya membekal segala macam keperluan MDKS antaranya pendingin hawa, komputer, alat tulis dan berbagai-bagai lagi.
 
“Teng Lai hanya tahu ketuk kereta saja,hal komputer sikit pun dia tak tau, macam mana dia boleh supply itu barang!” kata seorang peniaga Cina yang pernah diberi sedikit peluang membekal keperluan MDKS sebelum kedatangan Amin Jaya.
 
Teng Lai kini bebas keluar masuk ke MDKS,tiada siapa yang boleh menghalang dia menyambar segala-galanya termasuk kerja-kerja kontrak, semuanya disebabkan Amin Jaya memberikan `lesen besar` kepada penyangak Cina itu.
 
“Teng Lai sekarang adalah Timbalan YDP MDKS yang tak rasmi.” kata salah seorang kakitangan MDKS yang sudah tidak tahan dengan lagak kedua-dua ekor `beruk berayun` - Amin Jaya/Teng Lai.
 
Hidup Amin Jaya! Hidup Teng Lai! Orang lain boleh jalan!!!

Rajawali - 13.10.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: