Pura-Pura Enggan Dirasuah: 
YDP MDKS Hampir-Hampir Bertumbuk Dengan Kontraktor
Oleh Rajawali

Berikut cerita terbaru Mohd Amin Jaya Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Selangor yang dikatakan oleh kebanyakan kontraktor dan lain-lain pelanggan yang berurusan dengannya sebagai kaki rasuah:
 
Amin Jaya baru-baru telah didatangi oleh seorang kontraktor bernama Nor Rahim di pejabatnya di Kompleks MDKS Kuala Selangor berhampiran dengan Kompleks Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor.
 
Nor Rahim juga adalah Timbalan Ketua Umno di sebuah cawangan dalam DUN Bukit Melawati Kuala Selangor. Dia merupakan salah seorang pendokong kuat YB Daud Tarihep Ahli Parlimen Kuala Selangor yang kalah di dalam pemilihan ketua Umno Bahagian yang lepas.
 
Kontraktor itu diberitakan terlalu laparkan projek seperti mana kontraktor-kontraktor bumiputera lain yang terpaksa bersaing sesama sendiri bagai nak gila. Semua orang tahu bahawa `stail` YDP Amin Jaya melaksanakan taktik rasuahnya adalah melalui orang tengah `runner`.
 
Segala habuan tidak boleh diberikan kepada Amin Jaya secara terus tetapi mestilah melalui runnernya. Amin Jaya selalunya mengurniakan projek MDKS kepada kontraktor-kontraktor tertentu tetapi mengenakan syarat bahawa kerja-kerja perlaksanaan projek itu mesti diberi kepada sub-sub kontraktor yang telah dipilih oleh Amin.
 
Maknanya main-con hanya menerima wang komisen atau pun sedikit keuntungan sahaja. Selalunya harga tender yang dikeluarkan oleh MDKS adalah `untung lipat dua` (untung 100 persen).
 
Nor Rahim yang tamak dikatakan mahu menyekat tradisi itu terus menemui Amin Jaya dan secara `gentleman` memberi tawaran rasuah secara terang-terangan. Amin Jaya gelabah tetapi dapat mengawal keadaan lalu memaki hamun Nor Rahim sambil menafikan bahawa dia ( Amin ) tidak pernah menerima rasuah daripada sesiapa pun.
 
Kontraktor orang kuat Umno itu tidak dapat menerima kepura-puraan Amin Jaya terus mengherdik YDP MDKS apalagi suasana pun hangat dan mereka hampir-hampir bertumbuk. Akhirnya Amin Jaya mengusir Nor Rahim dari pejabatnya, Nor Rahim yang kurang berpuas hati terus keluar dan menjaja cerita bahawa YDP MDKS tidak mengizinkan orang awam menemuinya.
 
Cerita panas Nor Rahim/Amin Jaya itu terus diulang-ulangi sama ada di ofis kerajaan, beranda-beranda surau dan masjid, di kedai-kedai kopi dan di mana sahaja. Kedua-duanya Melayu bergaduh fasal projek, fasal rasuah! Hidup Melayu!!!!

Rajawali - 11.10.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: