Fun Fair: Kita Tunggu Apa Kata Dr Amran Kasimin...
Saya selalu berulang-alik daripada Bangi ke Kajang atas urusan kerja melalui Jalan Reko. Semenjak dua ini ada benda baru di tepi jalan tersebut. Jika anda memandu di jalan tersebut, anda akan perasan satu persiapan sedang dijalankan untuk menyambut suatu pesta. Itulah dia pesta “Fun Fair”. Sudah agak lama juga kawasan Bangi dan sekitarnya tidak dihidangkan dengan pesta Fun Fair tersebut. Kedudukannya adalah di sebelah Kompleks Hentian Kajang yang hidup segan mati tak mahu tu.

Wah! Nampaknya orang Bandar Baru Bangi dan sekitarnya bolehlah mula berangan nak berpesta di Fun Fair tersebut. Bolehlah bawa makwe@pakwe datang untuk bersuka ria. Dah lama tak de pesta tu di area ini. Sejak Umno menang, barulah berpeluang nak berpesta dan bersuka ria. Baguslah Umno ni. Hidup Umno!!

Tertanya juga di hati ini apa kata Dr. Amran Kasimin, wakil hantu bagi DUN Bangi. Masih terngiang-ngiang di telinga ni, kata-kata Amran Kasimin semasa kempen pilihanraya tempoh hari. “Saya masuk UMNO ke, masuk PAS ke, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar”. Satu Malaysia dengar apa yang dia cakap sebab masuk tv. Baguslah apa yang bekas pensyarah UKM ni cakap. Perkara yang benar mesti dikatakan benar dan yang salah tu tetap dikatakan salah walaupun pahit.

Teringin hati ini nak bertanya kepada Amran Kasimin, “Berpesta dan bersukaria di pesta Fun Fair tu boleh ke tak boleh? Salah ke tak salah? Kalau ikut Islam Hadhari tajaan UMNO tu, mesti boleh punya. Apa salahnya nak menghiburkan hati sekali-sekala kan... Bukannya selalu. Masa wakil rakyat PAS dulu tak boleh, takkan masa wakil UMNO pun tak boleh. UMNO Boleh!!! Malaysia Boleh!!! Fun Fair pun Bolehlah!!!

Saya menunggu apa komen Amran Kasimin dalam perkara ni. Jangan sampai digelar orang, “Fun Fair: Inilah sumbangan pertama Dr Amran Kasimin selaku wakil rakyat kita” sudahlah. Tolong jangan berikan alasan pesta tu bukan bawah kuasa dia. MPKj yang luluskan. Salahkan MPKj. Selaku wakil rakyat UMNO, Amran Kasimin ada kuasa untuk menghalang pesta maksiat itu daripada diteruskan. Buktikan kata-katamu sebelum jadi wakil rakyat dulu. Pesta seperti itu mengundang maksiat, hiburan lara, pembaziran, khayal dengan judi, meruntuhkan akhlak muda-mudi. Halang pesta itu dengan kuasa yang ada padamu. Jangan sampai laknat Allah menimpa rakyat Bangi kerana mempunyai wakil rakyat yang buta dengan pesta maksiat yang berlaku didepan mata.

Selaku wakil hantu yang mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan agama, Amran Kasimin sepatutnya mengetahui keburukan pesta-pesta seperti itu kepada pemikiran rakyat setempat terutamanya anak-anak muda yang masih bersekolah. Cukuplah dengan aktiviti hiburan yang direstui oleh pemerintah seperti konsert artis barat dan tempatan, Sure Heboh, pesta tahun baru dan sebagainya yang telah merosakkan minda rakyat. Jangan ditambah dengan pesta maksiat tersebut.

Kepada penduduk sekitar Bangi dan Kajang, marilah kita bersama mengelakkkan kaki kita dan keluarga kita daripada mengunjungi pesta melalaikan tersebut. Tunjukkan kepada penganjur dan UMNO bahawa rakyat di Bangi dan Kajang benci dengan budaya hedonism yang cuba diserapkan oleh UMNO kedalam pemikiran anak-anak muda kita.

Hidup Demi Allah!!!!
Takbir!!!

Kiriman Rindu Purnama - 14.04.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN