Kisah Hamid Albar dan Cerita SUPIR
Ohh I See dan Hamid Albar

Geram sungguh bila mendengar ulasan Hamid Albar mengenai peristiwa yang berlaku di Iraq sekarang. Ditanya oleh wartawan, apakah peranan dan tindakan OIC dan Malaysia selaku Pengerusi OIC dalam kemelut peperangan yang sedang hebat melanda Iraq sekarang ini? Apa jawab Hamid Albar? Adakah patut dia menyatakan bahawa Malaysia akan mengadakan sidang tergempar OIC dalam masa terdekat ini. Lagi-lagi sidang tergempar. Lagi-lagi mensyuarat tergempar. Sedang rakyat Iraq dihenyak, dibom, dibunuh dengan kejam, masjid dibom dan sebagainya, Malaysia hanya boleh buat sidang tergempar!!!! Lepas bersidang nak buat apa? Balik negara masing-masing dan goyang kaki. Itu sajakah usaha yang boleh dibuat oleh Malaysia sebagai Pengerusi OIC?

Tidak cukupkan Persidangan OIC di Putarjaya tempoh hari? Sehingga sekarang kita bertanya, mana perlaksanaan resolusi persidangan tempoh hari? Tak nampak pun!!! Berjuta ringgit lebur. Lepas bersidang, jalan-jalan cari makan sikit di Malaysia, balik negara masing-masing, resolusi simpan bawah bantal. Terbukti pemimpin sekular Islam yang bersidang tak boleh diharap langsung. Jika ada apa-apa peristiwa besar berlaku pada umat Islam, panggil sidang tergempar, balik dan resolusi masuk tong sampah. Itulah skrip yang akan berulang dan berputar selagi negara-negara Islam dipimpin oleh pemimpin sekular Islam.

Cerita SUPIR

Malam 9 April di Kajang Utama, telah diadakan ceramah Bantahan Penyelewengan Pilihan Raya ke-11. Para penceramah terdiri daripada Dr Hasan Ali, Zulkifli Nordin dan Dr Shafei. Seperti biasa dalam mana-mana ceramah, polis datang buat kacau, tapi ceramah dapat diteruskan kerana dibuat di dalam markas. Kehadiran amat memuaskan. Antara lain disebut tentang penyelewengan dalam pilihan raya dan taktik kotor yang mainkan oleh komponen-komponen BN seperti SPR dan JPN.

Apa yang menarik perhatian ialah gesaan oleh Zulkifli Nordin untuk menggelarkan SPR sebagai SUPIR. Supir dalam bahasa Indonesia adalah pemandu atau pembantu. Memang tepat gesaan itu dibuat memandangkan peranan SPR sebagai pemandu dam pembantu kepada BN dalam agenda jahat BN hendak memenangi pilihan hanturaya yang lalu. Saya mencadangkan kepada pendokong dan penyokong perjuangan BA agar mula menggelar SPR sebagai SUPIR. Kerja-kerja jahat yang dimainkan oleh SUPIR dan juak-juaknya sungguh teliti, tetapi akhirnya akan mula terbongkar sedikit demi sedikit hasil pendedahan serta bukti-bukti kukuh yang akan dikeluarkan oleh BA. Ketua segala SUPIR ini telah meracau tak tentu pasal sekarang dan Insya-Allah segala kebenaran akan terserlah jua.

SPR tukar kepada SUPIR!!!

Takbir!!!

Kiriman Rindu Purnama - 10.04.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN