Anwar Ibrahim Tetap Relevan!
ANWAR IBRAHIM TETAP RELEVAN

Isu Anwar Ibrahim tetap relevan. Selagi keadilan dan kebenaran tidak ditegakkan, selama itu, isu Anwar Ibrahim tetap relevan. Kezaliman bermaharajagila dan kepalsuan bertebaran. Ramai yang menjadi mangsa dan Anwar Ibrahim menjadi puncak kepada kezaliman tersebut. Malangnya, ia yang dibuat oleh penguasa terdahulu, tetapi di teruskan oleh penguasa sekarang "atas nama Al-Syafi段 dan Al-Ghazali. Satu fitnah besar terhadap kedua-dua Imam besar itu. Golongan penegak kezaliman bertungkus lumus mahu mematikan isu Anwar, tetapi angkatan penegak keadilan dan penentang kezaliman semakin kukuh dan bertambah sokongan.

PERDANA MENTERI ABDULLAH MENCARI AL-SYAFI棚 DAN AL-GHAZALI
PM Abdullah, mengungkapkan dalam sajaknya baru-baru ini, bahawa dia mencari Imam Al-Syafi段 dan Imam Al-Ghazali, bukan wang-ringgit, pangkat dan kedudukan. Kita berasa kagum dengan kata-katanya itu, kerana tidak seorang pun PM sebelumnya mengungkapkan perkataan sedemikian. Kita bersangka-baik kepada beliau kerana kita tahu latar belakang beliau iaitu berkelulusan Pengajian Islam dari universiti tempatan. Sangka baik kita tentunya perlu diuji dengan kita meneliti kitab-kitab karya kedua-dua imam besar itu, kalau tidak, kita telah berlaku zalim kepada diri kita dan menjadi fitnah pula kepada kedua-dua imam kita itu.

KEWAJIPAN MENEGAKKAN KEADILAN
 Khalifah Abu Bakar r.'a, dalam ucapan pengukuhan sebagai khalifah, menekankan bahawa beliau akan terus menegakkan keadilan dan akan memastikan tiada kezaliman dan penindasan berlaku. Kedua-dua Imam besar yang disebut PM Abdullah itu juga, sepanjang hayat mereka, sentiasa mengingatkan pemerintah betapa wajibnya menegakkan keadilan. Tulis Al-Ghazali kepada Mujiruddin, penguasa pada masa itu, katanya: "tahankanlah diri dari menyeksa orang yang tidak berdosa ini, kalau tidak, besar kemurkaan Allah kepada kamu. Jika kamu ingin terhindar dari hukuman ini, maka kamu perangilah kekejaman dan ketidakadilan "
 
Jelas sekali, Al-Ghazali menekankan kepada pemerintah supaya memerangi kekejaman dan ketidakadilan yang sekali gus menegakkan keadilan. Allah sendiri menyuruh: berlaku adillah kamu. Abdullah tahu, hukuman terhadap Anwar adalah hukuman politik, bukan kerana dia bersalah. Pemimpin kanan dan veteran UMNO sendiri mengakui perkara ini.

Kita katakan bahawa hukuman terhadap Anwar adalah salah dan bercanggah dengan ajaran Al-Syafi段. Fiqh Al-Syafi段 menyatakan bahawa saksi utama yang terlibat langsung dalam sesuatu kes, menjadi penentu kepada hukuman. Dalam kes Anwar, saksi utama ialah Azizan. Azizan berkali-kali menafikan dalam mahkamah yang dia pernah menjadi mangsa kepada tertuduh iaitu Anwar. Kalaulah saksi utama yang dilibat secara langsung dengan tertuduh menafikan - dan dalam mahkamah pula "atas alasan apa tertuduh disabitkan kesalahan? Maka di mana kata-kata Abdullah yang dia mencari Al-Syafi段 dan Al-Ghazali, sedangkan mereka berdua menolak cara penghakiman tersebut? Jika Abdullah benar-benar mahu menghayati ajaran Al-Syafi段 dan Al-Ghazali itu, maka beliau akan; sama ada meminta mahkamah bersidang semula mendengar kes Anwar atau membebaskan beliau serta merta. Kezaliman tidak boleh di biar walau sesaat.

Demikian juga dalam kes tahanan ISA. Penahanan mereka adalah bercanggah dengan ajaran Imam Al-Syafi段 dan sekali gus bercanggah dengan Islam. Mereka ditahan atas syak wasangka semata-mata dan tidak pernah dibawa ke muka pengadilan untuk dihakimi. Adakah Al-Syafi段 membenarkan penahanan tanpa bicara? Tidak. Kalau begitu, penahanan mereka atas dasar apa? Sudah tentu atas dasar hawa-nafsu jahat. Dan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebagaimana yang dihuraikan Al-Ghazali dalam Ihya' nya iaitu larangan menurut hawa nafsu. Demikian Al-Syafi段, melarang tahanan tanpa bicara. Jadi di manakah kebenaran kata-kata Abdullah yang dia mencari Al-Syafi段 dan Al-Ghazali dan sudah tentu Allah juga.
 
Dalam konteks menegakkan keadilan ini, mari sama-sama kita perhatikan amaran Al-Ghazali. Kata beliau: "akibat yang mengerikan akan berlaku, jika seorang pemerintah mengamanahkan tugas". "Kepada orang yang tidak mampu, malah lebih dari itu, bencana akan terjadi jika pemerintah melantik seseorang yang tidak layak, bagi menjawat sesuatu jawatan yang berkaitan dengan keadilan". "Sekiranya benar Abdullah mencintai Al-Ghazali, maka sebaik sahaja beliau memegang tampuk kekuasaan, maka perkara pertama dan utama yang dilaksanakan ialah menegakkan keadilan, seperti yang dilakukan Khalifah Abu Bakar r.'a itu. Abdullah sepatutnya memecat hakim-hakim yang menghakimi kes Anwar kerana ternyata sepanjang perbicaraan, mereka tidak mempunyai kewibawaan seperti yang disebutkan Al-Ghazali di atas. Kata Al-Ghazali lagi: "jika kamu (PM) tidak mahu hilang dari kasih sayang "yang semestinya kamu berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan mahu melayani orang Islam dengan hati yang ikhlas, tentu kamu (PM) hanya akan melantik orang yang bertanggung jawab, tulus dan soleh untuk memegang jawatan hakim. Hakim-hakim yang mendengar kes Anwar adalah hakim-hakim yang menurut perintah individu, bukan menurut hukum keadilan yang sebenar. Abdullah sedar perkara ini, tetapi beliau tidak berbuat demikian. Kenapa?

Kita hairan, kenapa Abdullah meneruskan kezaliman yang dilakukan Mahathir kepada Anwar itu. Adakah beliau berdendam kepada Anwar? Kalau dia berdendam kepada Anwar dan menzahirkan dendamnya itu, maka ini adalah bercanggah dengan ajaran Al-Ghazali yang melarang keras berdendam. Di manakah kebenaran kata-katanya itu, yang dia mencari Al-Ghazali? Adakah Abdullah terlalu menurut kehendak isterinya yang memusuhi Anwar sejak sekian lama seperti yang diluahkannya dalam suatu wawancara oleh sebuah majalah/akhbar tempatan beberapa ketika dahulu? Kalau ini benar, maka Abdullah sekali lagi menyalahi ajaran kedua-dua imam tersebut, kerana ini adalah perbuatan dayus. Dayus adalah haram dan berdosa suami menurut kehendak isteri dalam hal batil. Kita sama tahu kedudukan orang dayus dalam ajaran Islam. Atau pun, Abdullah bertindak menurut hawa-nafsu jahat dalam dirinya, kerana mengikut perhitungannya, jika beliau berlaku adil kepada Anwar dengan membebaskan beliau, maka kedudukan politiknya terancam, kerana Abdullah sedar, dia tidak mempunyai kewibawaan dan kebolehan berbanding Anwar. Kalau ini benar, maka Abdullah sesungguhnya, menyimpang terlalu jauh dari ajaran imam-imam itu. Imam-imam tersebut, sentiasa menjunjung perintah Al-Quran yang menyuruh berlaku adil dan jangan menurut hawa nafsu jahat, semata-mata untuk kepentingan diri. Di sini timbul tanda-tanya: Betulkah Abdullah mahukan Al-Syafi段 dan Al-Ghazali? Atau cakap-cakap kosong sahaja untuk menunjukkan yang dia berimej Islam, kerana ramai orang dewasa ini, tidak mempunyai keyakinan kepada kebolehan beliau mengurus negara seperti mana yang dituntut oleh kedua-dua Imam yang disebut beliau itu. Di sinilah relevannya isu Anwar. Isu Anwar Ibrahim tetap relevan dalam apa jua konteks dan suasana masa kini, apatah lagi dalam konteks dan suasana untuk mendaulatkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

Dalam salah satu surat Al-Ghazali kepada Perdana Menteri, Nizamuddin Fakhrul Mulk, beliau mengingatkan PM itu supaya hakim-hakim membuat penghakiman berdasarkan hukum Allah. Kata Al-Ghazali: "hakim-hakim dituntut membuat keputusan bersesuaian dengan apa yang diperintahkan Allah. Ia mesti mengadili sesuatu sesuai dengan ajaran Allah berkenaan dengan keadilan seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran. Di tempat lain, Al-Ghazali mengingatkan dengan katanya: "bencana akan timbul jika ia (pemerintah) melantik orang yang tidak sesuai untuk jawatan yang berkaitan dengan keadilan. Nah, sekarang bandingkan kata-kata Abdullah dengan kata-kata Al-Ghazali. Diketahui umum bahawa hakim-hakim yang membuat keputusan terhadap Anwar, adalah hakim-hakim yang telah menyeleweng dari saranan Al-Ghazali. Atau dengan meminjam kata-kata Anwar : hakim-hakim itu membaca skrip. Abdullah tidak peduli. Abdullah bergembira dengannya atas nama Imam besar tersebut!
 
 Seperti yang di ketahui umum, Al-Syafi段 dan Al-Ghazali, adalah pejuang gigih yang bekerja menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesaksamaan di kalangan umat sejagat. Sejarah menunjukkan kepada kita, bagaimana Al-Syafi段 membantu gerakan dari kumpulan kebenaran, menentang penyelewengan pemerintah. Demikian Al-Ghazali, seorang sufi besar tersohor, menyokong gerakan Ibn Tumart, secara kekerasan menjatuhkan Ibn Tashfin si-durjana penentang Hukum Allah dan al-Sunnah itu. Kedua-dua Imam besar ini terlibat dalam gerakan rakyat menjatuhkan kezaliman dan kedurjanaan, semata-mata atas tanggungjawab agama, di mana mereka berdua tidak mahu membiarkan sidurjana bermaharajalela menjahanamkan rakyat, akibat menyeleweng dari ajaran Al-Quran dan al-Sunnah. Abdullah yang sedikit sebanyak memiliki ilmu Islam berbanding Mahathir, bukan saja menolak keadilan, tetapi mempersendakan nama Al-Syafi段 dan Al-Ghazali.

IMAM SOLAT - KAITAN DENGAN MENDIRIKAN KEADILAN
PM Abdullah ingin menyembunyikan dasar kezalimannya dengan menjadi imam solat fardu dan sunat tarawih. Beliau cuba mencari kelainan untuk mengabui mata rakyat dengan perbuatannya itu. Beliau silap strategi. Pengikut Imam Al-Syafi段 di Nusantara, Syeikh Daud al-Fatani, ulama besar lagi tersohor, dalam kitabnya Muniyah al-Musalli, selepas habis membicarakan solat, beliau r.h, menyuruh pemerintah menegakkan keadilan dan kebenaran. Beliau menyenaraikan hadis Nabi s.a.w, athar Sahabah serta ungkapan Salaf yang berkaitan dengan kewajipan menegakkan keadilan dan bahaya kezaliman. Perhatikan hubung-kait solat dengan menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman. Abdullah bukan sahaja bersolat bahkan menjadi imam solat sepatutnya lebih-lebih lagi sedar dan faham mengenai hubung-kait solat dengan kewajipan menegakkan keadilan. Abdullah yang mendakwa pengikut Al-Syafi段, sepatutnya bertindak pantas memusnahkan kezaliman sebaik sahaja menjawat jawatan tertinggi Negara, berasaskan ajaran imamnya itu, bukan mengikut Mahathir, si diktator tua yang menentang Islam itu. Kata Syeikh Daud al-Fatani, dengan memetik sebuah syair yang ertinya: 笛angan kamu zalimkan orang, apabila kamu ada kuasa" Dan kata beliau lagi: "Adil pemerintah itu mewajibkan kita kasih akan dia dan zalimnya, mewajibkan (kita) bercerai-cerai daripadanya".
 
Al-Ghazali membantah penindasan tetapi Abdullah meneruskan penindasan. Anwar dizalimi dan difitnah oleh musuhnya kerana Anwar menentang rancangan mereka yang mahu menggunakan harta Negara semata-mata untuk menyelamatkan syarikat milik anak-pinak mereka itu. Besarlah kemurkaan Allah kepada orang yang berkata mengenai kebaikan tetapi mengabaikannya. Jadi dalam konteks perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman, maka isu Anwar Ibrahim tetap relevan - dipenjarakan bukan atas dasar kebenaran dan keadilan -tetapi merupakan mangsa kepada rejim anti kebenaran dan keadilan yang berteraskan nafsu jahat semata-mata. Kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, kita tidak boleh memisahkan diri dari isu Anwar Ibrahim.

AL-GHAZALI MENENTANG RASUAH DAN NEPOTISME
Mari kita perhatikan surat Al-Ghazali kepada Perdana Menteri Seljuk pada masa itu. Tulis Al-Ghazali: "kamu mesti berusaha sungguh-sungguh menghapuskan rasuah, nepotisme, kezaliman, kekejaman dan penyakit-penyakit (sosial) yang lain. Perhatikan ajaran Al-Ghazali ini dengan perbuatan Abdullah. Memang benar Abdullah mendakwa dua orang besar baru-baru ini, tetapi kita musykil kenapa orang lain yang pernah disarankan oleh Pejabat Peguam Negara untuk didakwa, tidak dibawa ke muka pengadilan? Malah, pernah dibuat laporan polis terhadap orang berkenaan. Dan kenapa pula ada pendakwaan terpilih? Dan lagi, kenapa proses perbicaraan dibuat akhir tahun? Apakah Abdullah takut sesuatu terbongkar hingga menjejaskan UMNO dalam pilihan raya ini? Apa yang paling jelek sekali ialah ketika beliau bercakap mahu membasmi rasuah, Petronas telah menawarkan kontrak bernilai kira-kira RM 2 bilion, kepada syarikat yang anaknya, Kamaluddin, mempunyai kepentingan. Apa erti semuanya ini? Bandingkan kata-kata Al-Ghazali di atas yang menyuruh pemerintah membanteras rasuah, nepotisme dan ketidakadilan, sedangkan Abdullah tidak peduli sama sekali saranan Imamnya itu.

Di sinilah relevannya Anwar dalam perjuangan kita. Perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kedurjanaan dan kezaliman, adalah agenda perjuangan kita. Kebenaran dan keadilan bukan hak milik makhluk. Ia adalah milik mutlak Allah. Sebab itu setiap Jumaat, khatib mengulang-ngulangi firman Allah : Sesungguhnya Allah menyeru kepada berlaku adil dan ihsan. Di mana nilai ajaran Ilahi ini kepada Abdullah? Oleh itu, perjuangan membebaskan kita dari cengkaman para penzalim, adalah perjuangan mulia. Ia dilaksanakan oleh para Rasul dan orang-orang soleh dahulu dan kemudian. Justeru itu, isu Anwar Ibrahim masih relevan kerana hingga kini, beliau masih dibelenggu kezaliman yang bersangatan. Memang banyak kes kezaliman yang berlaku di depan mata kita. Kita masih ingat, bagaimana tanah rakyat miskin dirampas sewenang-wenangnya, kedai dan gerai untuk mendapat sedikit rezeki, dirobohkan sesuka hati, rumah-rumah diruntuhkan tanpa belas kasihan, rakyat ditahan tanpa dihakimi dan berbagai-bagai kezaliman lagi terus mencengkam. Dari sekian banyak kezaliman, kezaliman kepada Anwar Ibrahim terlalu ketara, hinggakan orang yang tidak memahami ajaran Al-Syafi段 dan Al-Ghazali pun, dapat merasai kezalimannya. Oleh itu, isu Anwar Ibrahim tetap relevan, kerana ia adalah sebahagian dari ajaran Al-Syafi段 dan Al-Ghazali, yang menentang segala macam kedurjanaan, kezaliman dan penderhakaan terhadap Allah.

AL-GHAZALI MENENTANG PENINDASAN
Hari mengundi jatuh pada 21 Mac. PM Abdullah perlu meneliti amaran Al-Ghazali dalam surat beliau kepada Mujiruddin, penguasa Seljuk masa itu: "kini penindasan telah memuncak. Maka wajiblah kamu menolong orang yang ditindas. Seperti mana yang termaklum, semasa pilihan raya, parti yang memerintah menggunakan harta kerajaan, jentera kerajaan dan ejen-ejen kerajaan untuk memastikan kemenangan mereka. Di masa lalu, ejen-ejen kerajaan memeras ugut rakyat sehingga rakyat berada dalam ketakutan. Seperti kata Al-Ghazali kepada Mujiruddiin itu, maka kita berharap Abdullah yang mendakwa mencintai Al-Ghazali, mesti bertindak tegas, memastikan bahawa penindasan terhadap lawan politiknya semasa pilihan raya nanti, tidak berlaku.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kalau benar-benar Abdullah mahu mengikut Al-Ghazali, maka perhatikan hadis yang dibawa oleh Al-Ghazali, yang mafhumnya: Pada Hari Kebangkitan, pemerintah akan bangkit seperti semut dari dalam bumi dan rakyat jelata akan menginjak-nginjak mereka di bawah tapak kaki mereka dengan kasar. (jika mereka tidak melaksanakan hukum Allah dan rasul Nya). Dan ingatlah lagi  firman Allah: 釘erlaku adillah".

Di sinilah relevannya isu Anwar Ibrahim.

- Putera Negara / Kiriman Ibrahim Baba 16.03.2004 (suntingan M@RHAEN) 
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN