Kekalahan DAP di Ketari


Kenyataan oleh Presiden PRM

Beberapa orang wartawan telah meminta komen saya mengenai kekalahan DAP di Ketari. Walaupun agak keberatan , saya penuhi juga permintaan mereka dengan memberi komen ringkas seperti berikut:

“Calon pembangkang boleh mendapat keputusan lebih baik sekiranya beliau mempunyai hanya 5 peratus daripada jumlah wang yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil itu, dan jikalau beliau mendapat hanya 5 peratus daripada masa yang diberikan oleh televisyen kepada BN untuk menyebar propaganda mereka.”

Namun begitu saya berharap kini DAP akan mengambil peluang untuk mengkaji semula pendiriannya terhadap  kerjasama dengan Barisan Alternatif (BA).

Dr Syed Husin Ali
31hb Mac 2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!