Marilah Kita Membuat Perubahan

Assalamualaikum wht.

Saudaraku Yang Dihormati  Sekalian,

Alhamdulillah,kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t kita telah berada dalam bulan Zulhijjah 1424h.Bulan yang dimana kalau kita membaca lembaran sirah ianya penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran kepada umat Islam.

Hari ini kita dikejutkan dengan pelbagaian isu gejala sosial yang sangat mengaibkan seluruh umat Islam. Majoriti bangsa Melayu yang dilibatkan dengan pelbagai isu akhlak yang meruntuhkan sama sekali nilai kemanusiaan apalagi kita sebaagai umat yang terbaik yang dilahirkan untuk memimpin dunia ini, menyeru kepada yang baik (maaruf ) dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. (maksiat).

Pemimpin Barisan Nasional terus mandabik dada mengatakan merekalah yang mampu memerintah negara ini dengan sistem tinggalan Penjajah British. Mereka membuat kenyataan bahawa negara ini hanya layak diperintah oleh Umno/Bn. Tiada lagi parti lain yang layak memerintah negara ini melainkan mereka dan sekutunya.

Pertambahan pusat hiburan di sekitar Parlimen Permatang Pauh sangat menakutkan kita sebagai umat Islam.Ini kerana hasil tinjauan yang dibuat oleh DPPKPP mendapati pusat hiburan tumbuh bagaikan cendawan dan diberikan lesen halal untuk beroperasi sedangkan dimasa yang sama pihak keselamatan membuat kenyataan bertambahnya gejala sosial dari sehari ke sehari. Budaya lepak, lumba haram, ketgihan alkohol, hidu gam dan pelbagai kelakuan yang menjijikan semuanya diketuai oleh umat Islam.

Apakah tiada penyelesaian dalam hal ini?kami daripada DPPKPP menyeru kepada rakyat supaya kembali kepada sistem dan nilai yang dianjurkan oleh Islam.Suatu sistem yang memang tidak boleh dinafikan oleh umat manusia yang mempunyai rekod yang baik kepada manusia.

Kesempatan pilihan raya ini kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya gunalah jalan demokrasi untuk membuat perubahan kepada Islam yang syumul berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah sebagai galang ganti kepada sistem tinggalan penjajah British. Marilah kita membuat perubahan.

ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR!

Sekian,

Wassalam.

USTAZ MOHD ZAKARIA BIN HAMZAH,
KETUA DEWAN PEMUDA PAS,
KAWASAN PERMATANG PAUH.

(LKKDPPKPP 2004)  - 28.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN