Keadilan Bentong Terus Utuh Dan Bertambah Kuat

Parti Keadilan Nasional Bahagian Bentong telah membuat keputusan untuk melantik Sdr Othman Bin Ismail selaku Pemangku Ketua Bahagian Bentong yang baru dan juga Sdr Aeri Azahar Bin Ghazali selaku Pemangku Ketua Pemuda Bahagian bentong yang baru mulai 15 Februari 2004. Keputusan  ini dicapai ketika mesyuarat tergempar Keadilan Bahagian Bentong semalam (15 Februari 2004) bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr Wahid Shuhaimi dan Sdr Jeffrey Nizam akibat kemasukan mereka berdua ke dalam umno pada 11 Februar1 2004 yang lalu.

Seramai 16 Ahli Jawatankuasa Keadilan Bahagian Bentong telah mengadakan perbincangan selama 2 jam di pejabat bahagian yang mana ianya turut dihadiri oleh Sdr Amir Abd Aziz dan Sdr Rizal Ali Selaku Wakil dari Perhubungan Negeri untuk memantau perjalanan mesyuarat tersebut.

Sdr Amir Abd Aziz ketika dihubungi turut melahirkan rasa kagum terhadap ahli-ahli di Bentong kerana masih kuat dah teguh dengan keputusan bersama Parti ini walaupun dipercayai wakil kedua-dua bekas pemimpin ini telah mula turun ke bawah untuk memujuk mereka agar menyertai bersama-sama mereka ke dalam umno. Di samping itu juga keputusan memilih 2 pemimpin baru bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan itu adalah amat tepat kerana secara tidak langsung telah menjawab teka teki ahli bawahan sama ada Keadilan di Bentong ini masih wujud atau tidak dan juga secara tidak langsung telah memberi isyarat kepada Dr Wahid Shuhaimi bahawa ahli-ahli di Bentong ini tidak mudah untuk diperdagangkan maruah dengan memasuki umno!

Sementara itu Pemangku Ketua Bahagian Sdr Otman Ismail dan Sdr Aeri Azahar Ghazali selaku Pemangku Ketua Pemuda Bahagian sepakat mengatakan "pemimpin boleh datang dan pergi tetapi perjuangan tetap diteruskan"  dan  "rakyat bawahan tidak pernah mengkhianati pemimpin tetapi pemimpin (yang keluar parti) selalu mengkhianati rakyat bawahan". Kenyataan mereka bersama ini juga turut mengingatkan kepada 2 bekas pemimpin Keadilan Bentong itu agar jangan sesekali cuba untuk membuat huru hara terhadap parti keadilan Bahagian Bentong ini dengan menghantar wakil untuk memujuk agar bersama-sama untuk menyertai umno.

Menurut mereka lagi, proses memujuk ahli ini terpaksa dilakukan kerana mereka berdua sekarang ini berada di dalam 'situasi' yang tidak menyenangkan akibat kegagalan mereka untuk menunjukkan  kepada umno bentong khususnya Dato Seri Adnan Yaakob selaku ketua umno Bentong dan MB Pahang tentang pengaruh mereka berdua di dalam Keadilan selama ini. mereka juga ingin memberitahu kepada umno bahawa tanpa mereka berdua Keadilan Bentong pasti lumpuh dan seterusnya dibubarkan akibat ketiadaan orang yang layak untuk memimpin Keadilan di Bentong itu sendiri.
 

RIZAL ALI
Pemangku S/usaha Perhubungan Negeri
Parti Keadilan Nasional, Pahang DM

Bertarikh: 16 FEBRUARI 2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN