Apa Sudah Jadi Imam (Alhafiz)?
Apabila membaca berita yang Imam Besar Masjid Negara akan bertanding di Permatang Pauh (Imam Sukan Komanwel Tentang DS Wan Azizah Di Permatang Pauh) saya merasa agak terkilan, kerana sebagai seorang yang dikatakan (Alhafiz) imam sanggup menggadaikan ilmu ke arah yang pasti membinasakan diri sendiri. Kerana saya pasti yang imam tentu tahu ”harakah” yang imam ceburi itu adalah satu ”harakah” yang tidak mampu meletakkan ketinggian martabat al-Quran di tempat yang semestinya. Ke mana hendak imam tempatkan isi kandungan al-Quran yang keseluruhannya sudah tersimpul erat di dalam hati imam? Takkan imam hendak bersekongkol dengan”harakah”yang kebanyakan pemimpinnya pernah mencaci, menghina serta menginjak-injak kesucian AGAMA ISLAM ke tahap yang paling hina..

Terlupakah imam dek terlanjurnya perbuatan imam membaca doa di sukan Komanwel dulu rakyat marhaen ramai yang mencela tindak tanduk imam kerana membaca doa bukan pada tempat yang sesuai. Sebagai seorang imam saya pasti imam tentu arif berkaitan dengan doa, seperti adab dan tempat yang sesuai untuk berdoa. Bukankah berdoa memang dituntut oleh agama. Tetapi doa yang bagaimana?.

Mungkin imam sudah terlupa, beberapa tahun lepas imam ada memberi ceramah agama di Mersing. Isi ceramahnya tidak perlu saya sentuh. Apa yang ingin saya peringatkan kembali ialah berkenaan dengan apa yang pernah imam perkatakan tentang perjuangan.

Selesai memberi ceramah, imam telah dibawa oleh Encik Sidik pekerja Jabatan Agama Islam Mersing ke restoran ”FIRDAUS” terletak di Jalan Jemaluang. Semasa sedang minum ada beberapa orang yang bertanya berhubung dengan pendirian imam dengan suasana politik yang terdapat di tanah air kita. Dengan bersahaja imam telah memberikan respons yang imam menyokong BA dengan cara sembunyi atau lebih tepat saya katakan ”menyokong di dalam hati saja". Elok juga tu, tetapi untuk mencegah kemungkaran bukankah cara yang imam perkatakan itu selemah lemah iman bagi seorang yang bergelar Alhafiz.

Imam jangan salah tafsir berkaitan dengan teguran saya ini, kalau ia pun siapalah saya untuk menahan imam dari bertanding, itu hak imam. Kalau difikirkan bukan imam seorang yang memiliki pengetahuan luas berkaitan dengan AGAMA ISLAM yang menjadi ahli ”HARAKAH” yang begitu benci dengan kebangkitan ISLAM. Tetapi saya kasihan dengan pengundi-pengundi yang tidak mendapat membezakan apa itu ISLAM sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran. Tidakkah nanti dengan kehadiran imam bakal memesongkan akidah kebanyakan rakyat marhaen yang kurang iman.

Andai kata imam berjaya dalam misi mencari kebahagiaan dunia (Di-jauhkan ALLAH) hendaknya. Bakal bertuahlah penduduk Permatang Pauh kerana di setiap function, tak kira apa bentuk nya, baik pesta tari menari, peraduan menyanyi, peraduan ratu cantik, perkelahan dan sebagainya bakal ada seorang insan (sebut insane) bergelar Alhafiz bernama Firdaus Ismail akan membaca ”DOA” yang ada kaitan dengan kelancaran sesuatu function. Tak gitu ”MAM”?

Buat pendokong dan pencinta KEADILAN dan penegak AGAMA ISLAM yang MAHA SUCI sematkan di dalam hati matlamat sebenar perjuangan kita. ALLAH tidak akan merobah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merobah nasib nya. Lihatlah sekeliling segala kemungkaran yang di lakukan oleh mereka yang telah di beri kuasa. Segala kerakusan mereka hendaklah sama-sama kita jadikan iktibar. Lihatlah wahai rakyat marhaen sekelian, kini siapa yang memperdagangkan agama (bukan membela). Adakan PAS atau pun umNOmore?

Kini sekali lagi ALLAH telah memberi kita kesempatan untuk merobah serta mencari jalan yang diredai nya. Dulu pada tahun 1999 telah kita persia-siakan. Jangan nanti RAHMAT yang telah ALLAH berikan ditarik balik dan digantikan dengan kaum lain sebagai pemimpin kita.

Seperkara lagi marilah kita sama-sama renung dan cuba rasakan apa yang sedang dialami oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bukankah kerana ingin menolong menaikkan taraf hidup rakyat marhaen dia di fitnah. Hanya kita saja yang dapat membebaskan beliau dan menempatkan beliau sebagai KETUA.

Selamat mengundi untuk semua dan berikanlah kemenangan kepada BA.

Penegak Keadilan - 06.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN