Zool Hilmi Pejuang Muda Yang Menjadi Rebutan (Siri 1)
Oleh Pendita Muda
Tertarik saya untuk menulis sepatah kata berkaitan isu geng 12 (macam nama kumpulan gengster) bukan kerana apa tapi lebih berminat mengupas kisah seorang anak muda yang terpaksa mengkhianati  tok gurunya yang perlu di hayati oleh semua pihak.

 
Bermula dengan Pengenalan siapa anak muda bernama Zool Hilmi b Yahya ini(bukan kenal sangat tapi boleh la cerita sedikit sebanyak). Saya mengenali beliau kira-kira 4 tahun yang lalu ketika itu anak muda ini baru berusia lingkungan 21 tahun, anak muda ini boleh saya katakan saban hari berada di perkarangan mahkamah tinggi Kuala Lumpur mengikuti perkembangan kes DSAI. Anak muda ini peramah orangnya dan mudah rapat dengan rakan-rakan dari kalangan reformis. Beliau dilihat cukup rapat dengan kumpulan reformis, selalu terlihat mereka ini bersama. Anak muda ini dari kaca mata saya cukup bijak mencatur strategi, dapat dilihat semasa beliau mengasaskan Gabungan Kuasa Pelajar Malaysia (GKPM) sebuah gerakan bawah tanah pelajar-pelajar IPTS terutama dari UNITEN dan MMU, dalam masa yang singkat hampir 3 ratus ahli pertubuhan haram ini berjaya beliau kumpulkan. Anak muda ini juga dilihat cukup berani terutama ketika berhadapan dengan polis dalam beberapa demo yang pernah saya hadiri. Selepas terpisah sekian lama (saya berehat sebentar tumpu pada kerja) tahun lalu saya berkesempatan bertemu lagi dengan anak muda ini di Ipoh dan saya agak terkejut apabila dimaklumkan oleh beliau yang kini beliau adalah Ketua Pemuda Keadilan Perak dalam hati tertanya betul ke budak ni kerana usianya masih terlalu muda. Dari risikan kawan-kawan pemuda Perak cara beliau mentadbir pemuda Perak lebih mirip kepada cara dua gabungan idola beliau iaitu Hanafiah Man dan Hamdan Taha. Anak muda ini tidak di nafikan hanya satu-satunya pendokong B.A di Teluk Intan Perak yang sanggup bergaduh demi mempertahankan Hamdan Taha Yang sebelum ini dikhabarkan telah menyertai UMNO setelah meletak jawatan. Anak muda ini bermati-matian mendakwa mentornya itu tidak menyertai umno, yang pasti anak muda ini cukup taat dengan insan bernama Hamdan Taha.
 
Pernah terbayang di pemikiran saya bahawa budak bernama Zool Hilmi ini merupakan jelmaan kepada Hamdan Taha cuma kalau di bezakan, hanya Hamdan Taha ini penakut tidak pula pada Zool. Percaturan politik dan stategi anak muda ini tidak jauh bezanya dengan Hamdan Taha sesiapa yang biasa dengan Hamdan Taha tentu tahu persamaan yang ketara antara dua insan ini.
 
Berbalik kepada kisah geng 12 yang cukup terkenal ketika ini. Anak muda Zool Hilmi ini bukan sekadar terpaksa membuat satu keputusan yang cukup berat malahan terpaksa mengkhianati tok gurunya sendiri. Satu perkara yang cukup berat dan tak dapat di ramal akan berlaku. Saya agak terkejut apabila mendengar kisah geng 12 dan anak muda ini macam tak percaya pada mulanya tapi apabila saya berbalik kepada logik akal "tiada yang mustahil", saya berkesempatan bertemu anak muda ini di rumah sdr Ezam Mohd Nor, soalan saya yang pertama saya kepada anak muda ini "lawan Hamdan nampak"? Jawapannya terlalu mudah "dia cuma ajar dan didik saya sebagai pejuang tapi tak sempat nak ajar saya macam mana nak jual perjuangan" jawab anak muda ini sambil tersenyum tetapi dari air mukanya nampak sedih setiap kali terpaksa menyebut nama Hamdan Taha dan nama Hamdan Taha di sebutkan.
 
Kini difahamkan anak muda ini berada dalam pelarian, hanya kerana satu laporan polis yang dibuat oleh sifunya sendiri secepat kilat beliau di buru oleh pihak polis dan orang-orang Najib, daripada maklumat yang boleh di percayai, Najib Tun Razak mahukan anak muda ini menarik balik Akuan Berkanun beliau sebelum Pilihanraya dan dikhabarkan anak muda ini kita berada dalam jagaan Ezam Mohd Noor. Yang pasti anak muda ini akan menjadi senjata sulit Ezam Mohd Noor untuk bertempur di Pekan Pahang. Bagi Najib pula Anak muda ini jika berada dalam genggamannya pasti Ezam jatuh terduduk di medan peperangan.
 
akan saya tulis lagi sambungan kisah ini sedikit masa lagi.......

Pendita Muda - 25.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN