SIAPA PERDANA MENTERI MALAYSIA,
PAK LAH ATAU KHAIRY JAMALUDDIN?
Oleh Pendekar Mustar - Laman M@RHAEN

Khairy Jamaluddin sudah melampau. Habis kepala semua orang dia pijak-pijak. Kepala bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), dia pijak-pijak. Kepala Tan Sri KSN dia pijak-pijak. Kepala Tan Sri IGP dia pijak-pijak. Kepala Tan Seri Ketua Turus Angkatan Tentera dia pijak-pijak. Kepala Tan Sri Hakim Negara dia pijak-pijak. Kepala Mufti Wilayah Persekutuan dia pijak-pijak. Kepala Timbalan Perdana Menteri dia pijak-pijak. Kepala Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun dia pijak-pijak. Habis, kepala siapa lagi yang belum dia tidak pijak-pijak?

Khairy Jamaluddin sudah lupa daratan. Macam kacang lupa kulit. Bagai kaduk naik junjung. Seperti kera dapat bunga. Umpama kodong dapat cincin. Dia barua Singapura. Dia barua Amerika. Mungkinkah dia juga barua zionis yahudi? Hari ini, Khairy sudah gadaikan Perdana Menteri Malaysia kepada Singapura dan kepada Amerika Syarikat. Mungkin juga dia gadaikan Perdana Menteri Malaysia kepada zionis yahudi. Ini semua berlaku kerana Khairy anak didik Kalimullah, Ketua Pengarang Kumpulan NST merangkap jadi spy Singapura.  Yahya Ismail pernah bertanya dalam buku terbarunya, kenapakah Kalimullah kerja sekejap sahaja dengan TPM Tun Ghafar Baba? Jawabnya kerana dia tidak lulus security vetting atau tidak diizinkan oleh pihak keselamatan negara. Sebabnya kerana Kalimullah adalah ejen atau spy Singapura. Dalam zaman Pak Lah, Kalimullah naik tocang. Pasal apa? Pasal dia pandai ampu Khairy. Dia juga pancing Khairy dengan wang berjuta ringgit. Akibatnya, Khairy pun ikut telunjuk Kalimullah dan gadaikan Pak Lah selaku bapa mertuanya kepada Singapura, Amerika dan yahudi.

Macam mana dia gadai? Senang sahaja. Pak Lah terlalu sayangkan Khairy. Semua rahsia negara Khairy baca. Semua fail rahsia Negara yang Pak Lah bawa balik ke rumah, Khairy baca. Fail sengkang besar atau rahsia besar pun Khairy baca. Lepas itu Khairy lapor pada Kalimullah. Kalimullah pula report pada Singapura. Kadang-kadang, Kalimullah juga report terus pada Amerika Syarikat.

Bangsat betul Khairy Jamaluddin. Laknat betul Kalimullah. Tapi Pak Lah tak peduli apa orang kata. Dia sayang sangat pada menantunya. Dia terlalu sayang pada Khairy pasal Kak Endon suruh. Jahanam Malaysia kalau amalan Pak Lah macam ini berpanjangan. Lengkup agama Islam kalau perbuatan Pak Lah tak hendak sekat pengkhianatan Khairy berterusan. Hancur bangsa Malaysia kalau Khairy dan Kalimullah terus dipercayai oleh Pak Lah.

Kenapa Pak Lah lembik sangat? Kenapa Pak Lah asyik ingat Kak Endon sahaja dalam dunia ini yang benar, sebenar-benarnya. Kenapa Pak Lah marah-marah pegawai kerajaan atau Menteri yang menyampaikan berita-berita mengenai Khairy seperti di atas? Kenapa Pak Lah tak mau terima bahawa Khairy adalah pengkhianat negara?

Hishamuddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun sama. Macam pondan. Cita-cita tinggi melangit. Tapi perjuangan tak kemana. Nama sahaja cucu pengasas UMNO dan anak bekas Perdana Menteri. Tapi semangat juang lembik macam maknyah. Hishamuddin ingat bila Khairy jadi naibnya, Khairy akan jadikan dia kuat? You are a fool, man! Real bloody fool!! Sekarang apa sudah jadi? Nampak gayanya Khairy macam dah nak bunuh Hishamuddin. Exco Pemuda UMNO Malaysia takkan tak  nampak apa Khairy buat. Orang macam Datuk Dr. Zambry yang naik mendadak kerana pakar ampu Hishamuddin buta ke? Tak nampak ke apa yang Khairy buat? Betul juga kata Yahya Ismail, Exco Pemuda UMNO Malaysisa dan majoriti Kertua Pemuda UMNO adalah barisan super oportunis yang gila pangkat dan mabuk harta kekayaan par excellence! Jadi, apa ahli-ahli pemuda UMNO di seluruh negara nak buat? Ampu lagi Hishamuddin dan Khairy? Ampulah!!! Ampulah sampai negara lengkup, bangsa tergadai dan agama musnah!!!! Ampulah!!!!

Tapi, segala musibah yang menimpa UMNO dan negara ini sebenarnya berpunca daripada sikap Pak Lah yang dengar sangat cakap Kak Endon, Khairy dan Kalimullah. Kalau Pak Lah tak bagi muka pada Khairy dan Kalimullah, tentu kaduk tak naik junjung. Kalau Pak Lah tak lebih-lebih sangat dengan Kak Endon, tentulah Khairy tak boleh angkat muka. Kalau Pak Lah insaf bahawa dialah Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tentunya dia tak rela dirinya dikongkong oleh Kak Endon, Khairy dan Kalimullah.

Pak Lah kena sedar. UMNO hak orang Melayu. Jadi, kalau orang Melayu kata Khairy itu pengkhianat, Pak Lah kena dengar, siasat dan ambil tindakan sewajarnya. Ini tidak. Pak Lah Presiden UMNO. Tapi bila orang UMNO tegur Pak Lah pasal Khairy, Pak Lah melenting dan orang UMNO itu pula yang disalahkan. Pak Lah Perdana Menteri Malaysia. Jadi, kalau ada rakyat Malaysia kata Khairy adalah pengkhianat negara, Pak Lah kena dengar, siasat dan ambil tindakan serta merta. Ini tidak. Walaupun orang dah kata, waspadalah dengan Kahairy, Pak Lah masih lagi bagi Khairy baca seluruh fail mengenai rahsia besar negara. Lingkup… Lingkup Malaysia tak lama lagi.

Pak Lah kena insaf. Beberapa Perdana Menteri Malaysia yang dulu-dulu, bukan Tun Mahathir Mohamad, pernah disusupi oleh anasir-anasir musuh. Ingat tak cerita Sidik Ghouse ejen CIA? Ingat tak kisah seorang setiausaha politik yang jadi talibarut komunis? Ingat tak cerita seorang hamba Allah yang jadi ejen freemason. Ingat tak Pak Lah segala cerita ini?

Sekarang, Pak Lah sedar tak yang Pak Lah sedang dipagari oleh ejen-ejen Singapura, Amerika, yahudi dan zionis. Ini bahaya. Ini soal keselamatan negara. Ini soal survival bangsa. Ini soal agama. Sebab itulah hari-hari ada saja percubaan puak-puak musuh ini untuk melemahkan Malaysia. Terbaru sekali soal Inter Religious Commission atau Suruhanjaya Antara Agama. Cuba Pak Lah siasat  dengan rapi, siapakah di sebalik ura-ura pebubuhan IRC itu? Mungkinkah menantu Pak Lah bernama Khairy dan Kalimullah terlibat di sebalik ura-ura itu.

Pak Lah jangan lupa, soal Islam Hadhari pun kena jaga-jaga. Islam hanya satu. Tak ada Islam A, tak ada Islam B. Tan ada Islam PAS, tak ada Islam UMNO. Tak ada Islam Hadhari, tak ada Islam tak hadhari. Islam agama Allah. Kalau kristian adalah macam-macam kategorinya. Ada protestan, ada katholik, ada churches of England, ada prebystrian, ada Anglican, ada Sidang Injil Borneo, ada macam-macam. Tetapi Islam hanya satu kerana Islam adalah agama penyatuan, perpaduan, keamanan, kesejahteraan. Kalau gitu, kenapa Pak Lah kata yang ini Islam Hadhari dan yang lain pula Islam tak Hadhari? Kenapa ada Islam Pakeda dan Islam bukan Pakeda? Adakah ini juga atas nasihat Khairy yang super pintar?
 
Pak Lah jangan lupa, soal rasuah. Pak Lah nak hapuskan rasuah. Tapi, kenapa kabinet Pak Lah penuh dengan muka-muka rasuah? Pak Lah tentu tahu siapa muka-muka rasuah dalam kabinet Pak Lah. Khairy yang super bijaksana pun juga tahu. Tapi, dengar-dengar ceritanya, Khairy juga sekarang sudah jadi super korup, super crook, dan super penyamun. Kalau Pak Lah tak percaya, tanya Datuk Cik Khalib CEO TNB. Tanya dia apa Khairy dah buat dengan tender-tender TNB? Kalau Pak Lah nak tau, tanya-tanyalah Datuk Seri Idris Jusoh. Tanya dia berapa ribu ekar tanah pasir Khairy dapat dari Terengganu tanpa perlu diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu?

Itu baru sikit. Kata orang putih, baru tip of the iceberg. Banyak lagi cerita pasal Khairy anak menantu kesayangan Pak Lah. Akhir-akhir ini sudah timbul cerita pasal Khairy bercintan-cintun dengan seorang wanita asing. Ada orang sudah ada filem pasal cerita Khairy yang terbaru ini. Mereka tidak bohong. Rasa-rasanya Nori anak perempuan kesayangan Pak Lah pun dah tau pasal cerita ini. Percayalah Pak Lah. Banyak orang ada filem pasal kisah ini. Tapi Pak Lah tentu biasa dengan cerita pasal filem seperti ini kerana seorang lagi anggota keluarga Pak Lah pun dah ada filem juga. Yang Pak Lah belum pasti ialah, mungkinkah dan bilakah filem-filem itu jadi filem box office di Malaysia?

Tolonglah Pak Lah. Tolonglah. Khairy Jamaluddin mesti dikenakan tindakan tegas dan segera. Jangan sampai Khairy menantu kesayangan Pak Lah ini jadi penyebab keruntuhan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Kalau Pak Lah tidak bertindak, slogan Pak Lah (atau mungkinkah ini juga slogan ciptaan Khairy?) cemerlang, gemilang, terbilang hanya menjadi slogan kosong. Kalau Pak Lah tidak bertindak bermakna Pak Lah akan mengkhianati bangsa Malaysia yang mahu maju sepenuhnya menjelang 2020. Kalau Pak Lah tidak segera bertindak, lebih baik Pak Lah berhenti dan lantik sahaja Khairy sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO secara rasmi.

Percayalah Pak Lah. Ramai bangsa Malaysia dah kecewa dengan Pak Lah. Bila mereka baca buku Yahya Ismail yang terbaru mengenai Khairy berura-ura nak jadi Perdana Menteri bila berumur 40 tahun, ramai lagi bangsa Malaysia jadi meluat dengan Pak Lah. Hal ini buat mereka bertanya: Siapa Perdana Menteri Malaysia? Pak Lah atau Khairy? Mereka hilang hormat pada Pak Lah kalau Pak Lah tidak bertindak segera. Tapi ingat, kalau nak bertindak terhadap Khairy, bertindaklah juga terhadap cikgu besarnya bernama Kalimullah. Kedua-dua manusia ini adalah makhluk perosak. Mereka merosakkan Pak Lah, mereka merosakkan Malaysia, mereka merosakkan Islam, mereka merosakkan UMNO.

Terkini: Seorang Hamba Allah berkata pada 28.2.05, baru-baru ini Khairy telah ditangkap oleh JAWI kerana berkhalwat. Lebih menarik lagi, isteri Khairy, Nori Abdullah, dikatakan terlibat memerangkap suaminya dengan jerat khalwat tersebut. Benarkah cerita ini? Harap sama-sama kita siasat! 

- Pendekar Mustar  - 01.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: