Harimau Mengganas Di Jeli

Di Jeli ada dua jenis HARIMAU. Kedua-duanya makan orang. Di musim pilihan raya ini harimau jenis kedua sedang berkeliaran dengan begitu galak sekali. Biasanya harimau yang ada di not kertas RM50 dan RM100.

Di Jeli Undang-undang SPR hanya untuk parti pembangkang sahaja. Orang Umno malah calonnya dan isteri tidak segan silu memberi wang kepada para pengundi. Pelbagai cara. Tak cukup waktu siang dibuat pada waktu malam. Datanglah ke Jeli dan lihat bagaimana kereta pacuan 4 roda berkeliaran di serata tempat. Sama ada mengiringi Datin atau Dato.

Orang-orang Umno Jeli menjadi orang-orang yang bertelenggak menunggu projek. Jangan silap sangka, di Jeli projek bermaksud kain batik, kain sembahyang, buku Yasin yang dicop BN, RM10, RM50,RM100 dan sebagainya. Kalau kita lalu dekat pos-pos Umno kita boleh lihat mereka menunggu Projek. Ahli parti pembangkang jangankan duit, nak bagi gula sekilo kepada waris yang ahli Umno pun tak berani. Hatta waris itu sedang sakit sekalipun. Tahun 1999 dulu selepas PRU ke-10 kemenangan calon PAS telah ditentang di Mahkamah.

Bagi saya, satu penghormatan harus diberi kepada orang PAS Jeli. Mereka berJIHAD tidak mengambil sogokan UMNO. Sebenarnya bagi orang Jeli RM50, RM100 dan RM200 adalah terlalu besar nilainya, tetapi demi perjuangan mereka tolak. Kalau pembaca masih ingat peristiwa harimau makan orang di JELI, biarlah saya memperincikan mengapa bagi saya orang Jeli telah berJIHAD.

Cuba anda bayangkan. Rata-rata mereka penoreh getah. Mereka tahu, malah mereka nampak harimau yang sedang mencari makanan di sekitar ladang mereka. Lalu mereka tak ke kebun sehari dua. Tapi oleh kerana nak beri makan anak isteri selepas dua tiga hari mereka pergi menoreh juga. Akhirnya dibaham harimau. Pendek cerita susahnya orang Jeli ini sanggup menggadai nyawa mencari rezeki yang halal di negara yang kononnya makmur dan merdeka ini.

Jadi pihak pembaca mesti faham kenapa bagi saya, apabila mereka menolak RM50, RM100, RM200 ia merupakan suatu pengorbanan yang amat besar dan satu JIHAD. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka kerana walaupun mereka miskin tetapi mereka tidak menggadaikan prinsip mereka.

PemiluJeli - 15.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN